"Betul ke apa yang kamu cakapkan ni?" ujar Rel mulai ragu-ragu mendapatkan kepastian.
Airin mengangguk yakin.
"Emm..dekat hutan terlarang.. kawasannya agak besar tapi kalau dilihat dari sudut atas...di situ lah kawasan mereka berkumpul" Airin mula mengimbas kembali detik itu..
"Tak boleh jadi ni..kena bagitahu ayahanda tentang perkara ni..." gertaknya menggengam penumbuk dengan riak wajah menahan geram.
Rel terus bergegas pergi.
******************
Zen melihat suasana desa puaknya di muka tingkap biliknya. Angin ketika itu sungguh lembut menyapa wajah.
Dia mengehela nafas panjang.
Zen mengambil pandangan melihat penghuni-penghuni desanya yang sedang asyik bekerja menyara keluarga di pekan yang terpencil itu dengan suasana yang bersalji. Itulah kawasan utama punca rezeki mereka.
Kebanyakan penghuni di sini banyak bekerja menghasilkan senjata-senjata logam seperti perisai,pedang, tombak dan lain-lain lagi untuk bekalan bala tentera puak ini serta puak rama-rama juga adalah salah satu yang sentiasa menggunakan servis mereka jika memerlukan senjata.
Bunyi-bunyi bising tak pernah lekang menghiasi suasana itu.. ngauman-ngauman naga bergema di seluruh kawasan puak itu.
Tentera-tentera naga yang sedang berlatih..Bunyinya memang tak kena jika untuk tidur di waktu-waktu begini.. Dan beberapa penghuni separa naga beterbangan di langit.
Hari ketika itu mendung tapi hujan masih lagi menahan tunda di awan.
Setelah Zen puas meknikmati pemandangan di situ..Dia beralih pula melihat sesuatu yang tergantung di dinding biliknya.
Gambar keluarga yang diambil 20 tahun yang lalu..bersama isteri tercinta serta Zoth dan juga Zest ketika masih kecil.
Zen menapak meneliti gambar itu dari dekat sambil didongakan kepala.
Zen lalu menutup mata mengimbau memori masa lalu.
28 Tahun yang lalu..
"BERHENTI!! JANGAN BERGERAK!!"
Beberapa tentera-tentera mengepung seseorang di dalamnya dengan mengacukan besi tombak pada wanita yang bercloak menutup kepalanya serta tidak menampakan wajah itu di samping bayi yang dikendong olehnya.
Wanita itu perlahan-lahan membuka kain cloak yang menutup kepalanya.
"Tolong..bunuh la saya tapi jangan bunuh anak saya..tolong." rintih wanita itu..matanya dipohon rayu meminta belas kasihan daripada mereka.
"Apa yang kecoh-kecoh ni!.." Zen seraya muncul melihatkan apa yang berlaku di situ lantas tentera-tentera yang mengepung di kawasan situ segera memnberi laluan pada Zen yang sedang mara.
"Tuanku! Dia telah menceroboh kawasan puak kita tuanku..kami diberitahu oleh penghuni desa yang dia ni secara tidak rasminya bukan datang dari puak kita!"
"Ya tuanku..selain itu ada juga yang melaporkan pada kami ketika kami menjalankan tugas meronda sekeliling desa..ada yang menyatakan dia tiba-tiba sahaja muncul secara tak langsung masuk ke kediaman kita Tuanku. Dan dia juga tidak mempunyai identiti yang lengkap sebagai ahli puak naga di sini.."
"Tolong tuanku...hssk..patik merayu..bunuh la patik jikalau tuanku mahu..tapi kasihanilah anak patik tuanku.." rayunya penuh harapan.
Zen menatap wajah wanita itu comot dibasahi air mata yang tak henti-henti meluncur laju pohon belas kasihan serta anak yang dikendongnya. Terbit rasa simpati apabila melihat air wajah wanita itu.
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)