Chapter 3

178 9 0
                                    

"Terima kasih Zen..hmm..Aku dari tadi terlihat jejaka tampan di sebelah kau ni..Siapa nama anaknya?" sambil mata Eren melirik ke arah Zest.

"Ooh..perkenalkan ini anak aku Zest Ezrael namanya dan dia ini merupakan anak lelakiku yang kedua..Anak aku inilah ketua bagi bala tentera yang tolong menewaskan makhluk-makhluk aneh di kawasan puak kau tadi..Alang-alang mahu bergerak pulang aku menyuruhnya mengikut aku sekali untuk berkenalan dengan kau.." jawab Zen.

"Ooh..Wah!.. Hensem orangnya...." puji Eren.

Zest hanya mengukir senyum nipis.

Lalu puteri Airin Ariana menyebelah..

"Ayahanda..Airin keluar dulu ya..Airin nak petik beberapa biji epal di luar untuk lauk masakan bonda malam ni.." jawab Airin sambil tersenyum.

Eren sedikit tersentak apabila Airin tiba-tiba menyergah mereka yang sedang bermesyuarat.

"Ooh....Airin...pergilah..." jawab Eren bersahaja cuba kawal riak wajah terkejutya tadi.

Lalu Airin pun berlalu pergi..

Dan kemudian mereka pun menyambung perbualan mereka semula..dan selepas beberapa minit kemudian.....

"Baiklah Eren..Aku pulang dahulu..Lagi pula hari dah nak malam.."

"Baiklah Zen..."

Kemudiannya Zen dan bala tenteranya meneruskan perjalanan mereka..Apabila mereka berjalan pulang keluar dari gerbang istana puak rama-rama..Zest kemudiannya terlihat Airin yang sedang berjalan membawa sebakul epal yang dipetiknya sedang menuju masuk ke dalam  istana.

Dan beberapa ketika itu, langkah Airin terhenti kerana melihat bala tentera yang ramai sedang bergerak dalam satu kawwnan dan kemudian Airin terpandang Zest pada masa Zest juga sedang melihatnya.

Lalu Airin berasa cuak dan sedikit takut.

"Kenapa dia ni pandang aku..." bisik hati Airin sambil meneguk air liur cuak.

Lalu Zest ketawa kecil melihat riak wajah Airin yang dari jauh kelihatan pucat lalu kemudiannya Zest melemparkan satu senyuman manis pada Airin.

Lalu Zest kemudiannya memalingkan wajahnya kehadapan bersama bala tenteranya yang lain lalu pulang.

Airin lantas terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Zest dan tanpa berfikir panjang dia terus berpaling lalu meneruskan langkahnya menuju ke dalam istana.

Wajahnya kian memerah kala itu.

NAGARAMAWhere stories live. Discover now