Airin tersenyum berkhayal seorang diri sambil tangannya memusing-musingkan sekuntum bunga di tangannya
Lalu ada satu suara menegurnya dari belakang.
"Dik..Buat apa kat sini..Pergi balik..Ni untuk lelaki je..Angah tak pe lah nk join..Sibuk juga nak ikut.." arah Rel sedikit tegas.
Airin tersentak dari lamunannya lalu dia mencebikkan bibirnya.
"Ala..Biarlah..Ayahanda kasi..Lagipun adik bosan asyik duduk kat bilik tak buat apa..Baik adik join ayahanda tengok abang kuat ke tidak..Lawan dengan tentera puak naga tu.." perli Airin sambil tangannya masih memusing-musingkan bunga itu.
"Ooouuh..Nak perli abang eeh...Tak apa..kita tunggu nasib adik pula.." tempelak Rel lagi sambil mempamerkan senyuman herot di hujung bibirnya.
Airin mencebik sekali lagi apabila Rel berkata sedemikian.
Dan tidak lama selepas itu Eren memanggil Rel dari jauh.
"REELLLL......Mari sini kejapp......." laung Eren dari jauh..
"Ok..Kejap ayahanda.." laung Rel lagi membalas panggilan ayahandanya.
Lalu Rel meninggalkan senyuman sinis terhadap Airin sebelum menapak pergi.
Airin masih lagi bengang dengan abangnya yang asyik suka membahannya.Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah.
Tiba-tiba beberapa detik selepas itu.Ada suatu suara menyapanya dari sisi kiri Airin..
"Hai..." sapa Zest..
Airin masih tertunduk kepalanya dalam emosinya masih marah terhadap abangnya lalu dia membidas.
"Apa lagi haa Along..." sambil bersuara lantang ke arah wajah orang yang menyapanya itu.
Airin terkesima taktala mendongak. Orang yang menyapanya tadi bukanlah abangnya..tapi Zest..Terus dia tertunduk malu. Pipi mula Airin mula kelihatan merah.
"Err..aa..minta maaf..saya tak bermaksud...emm.." tutur Airin dengan penuh rasa malu dengan sedikit rasa gementar
"Ooh..Tidak mengapalah..Kau..Airin bukan?" soal Zest.
Airin yang masih lagi menahan malu tidak berani untuk bersuara lalu kakinya perlahan-lahan membuka langkah cuba untuk melarikan diri.
"Hey..jangan lah takut..Aku bukannya nak makan kau..." balas Zest tenang. Niatnya bukan nak menakut-nakutkan gadis itu.
"Awak nak apa.." tanya Airin dengan nada suara yang terketar-ketar kerana dia mula rasa takut.
"Tak de apa..saja nak berborak-borak dengan kau..Aku minta maaf atas apa yang anak-anak buah aku..em..Mereka sebenarnya tidak bermaksud untuk mencederakan tentera kau..Lagipun tahulah yang kami ni tentera-tentera puak naga agak ganas sedikit..." jawab Zest sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Entah kenapa..Perlu ke aku beritahu dia pasal ni sebab rasanya dia datang sini pun sekadar penonton. Patutnya aku minta maaf dengan ketua dia. Tapi tak salah aku minta maaf bagi tentera puak aku sebab dia kan anak ketua puak rama-rama..So..
"Ooh..kalau begitu..Saya pergi dulu la ya.."balas Airin yang dari tadi tak pandang sikit pun wajah Zest lalu dia perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya.
Kemudian Zest segera menghalang Airin yang sedang tergesa-gesa bangun untuk pergi dari situ.
"Eeh..Kejap-kejap..Kita belum berkenalan lagi..Nama aku Zest.." ujar Zest pantas sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Airin.
Airin kemudiannya perlahan-lahan mengangkat wajahnya menghadap Zest.
Airin kemudiannya memandang mata Zest yang kelihatan menakutkan kerana di dalam form normal pun matanya masih mengekalkan kedudukan naga yang sebenar dengan gigi taringnya yang tajam lagi.
Matanya yang nampak menggerunkan dan lengan serta lehernya masih lagi bersisikan seekor naga.
Airin kemudiannya berjabat tangan dengan Zest dan matanya agak lama juga merenung Zest kerana inilah kali pertama Airin melihat ahli puak naga secara dekat.
"Emm..hello..kau ok tak.." tutur Zest lagi apabila melihat Airin lama memandangnya.
Airin kemudiannya tersedar dari lamunannya dan berasa malu buat kali kedua kerana melihat Zest dengan begitu lama.
"Aah..maafkan saya..emm.." Airin kabut lalu segera dia melepaskan pegangan tangannya tadi dan beredar laju dari situ.
Dan Airin segera menyorok di balik tiang istananya tadi dengan keadaan tercungap-cungap.
"Aaah..kenapa la aku pandang dia lama sangat. Aku ni teruja ke apa sebab first time tengok orang puak naga dari dekat ni..Aaarghh.." bentak hati Airin sambil menepuk kedua-dua pipinya bagi hilang rasa malu tadi.
"Hmm..muka aku ni hodoh sangat ke sampai tengok aku macam tu.." monolog Zest sambil mengurut-ngurut dagunya.
Tapi pada akhir beberapa saat. Senyuman Zest terbentuk di hujung bibirnya.
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)