Di saat Zest dan Airin ingin bergabung tenaga dengan Elly dan Hermi.
"Tapi..ada risikonya.."
"Apa dia?.." ujar Airin penuh rasa tanda tanya.
"Nyawa awak sebagai taruhan..awak..boleh lakukannya?.." tutur Elly dihujungnya teragak-agak reaksi wajahnya.
Airin mengangguk yakin tanpa dalih.
"Apa sahaja demi menyelamatkan Negara Agara!.."
Airin memandang Zest..Zest juga bersetuju dengan keputusan yang sama.
Dan demikian lah...
***********
"Maafkan Airin ayahanda...ssk..ssk.."
Tubuh Airin pantas didakap oleh Eren penuh hiba.
"Shh shh...anak ayahanda kan berani..Dah selamatkan dunia pula tu.." Eren ketawa kecil berselit dari sudut hatinya berat untuk dia melepaskan anak gadisnya pergi.
"Zest..kenapa dengan badan kau?.." Mata Zen mula perasan apabila tubuh Zest mengeluarkan suatu cahaya.
Zest mula melihat jari-jemarinya. Dia tersenyum sendiri.
"Ayahanda..anakanda janji akan tengok-tengokan Zoth dengan bonda di sana.." ujar Zest dengan senyuman payah. Tak sangka dia akan pergi secepat ini.
Zen mula bangun dari menatap pemergian anak sulungnya tadi segera beralih menghampiri Zest.
"Zest..apa yang kau cakap ni??.."
"Zest minta maaf ayahanda kalau selama anakanda hidup ni, anakanda banyak menyusahkan ayahanda.." ujar Zest sambil terukir senyuman nipis di bibirnya.
"Zest..apa yang kau mengarut ni!.."
Lalu anak mata Zest berpaling menghala ke sisi kirinya yang tidak jauh beberapa meter darinya.
Kelihatan Elly dan Hermi sedang menunggu mereka.
"Ayahanda..." birai mata Zest basah dengan senyuman penuh terukir hingga menapmpakkan gigi putihnya.
Lalu tubuh Zest sekali lagi pantas diragut oleh Zen.
"Kenapa kau pulak yang nak tinggalkan aku..ahkk..hkk..." Zen teresak-esak nada tangisnya.
"Maafkan anakanda ayahanda.." ujar Zest lirih sambil tangannya perlahan menyambut Zen.
Lalu tubuh mereka berdua dilepaskan.
Zen mula sikit demi sedikit memahami situasi Zest.
"Janji dengan ayahanda..Jaga bidadari ayahanda dengan Zoth baik-baik kat sana ok.." ujarnya dengan tawa koyak sambil bahu Zest disentuh lembut olehnya.
"I will ayahanda..." Zest mengangguk dengan hati yang rapuh. Dia juga melepaskan tawa koyak dengan dada sebak menahan air mata yang tak henti-henti mengalir.
"Dah..pergilah.." Zen cuba tabahkan hati, paksakan dirinya untuk ukir senyuman gembira meskipun hatinya sedang menangis.
Zest mengundurkan diri beberapa tapak dari Zen.
Lalu Zest dan Airin bertembung dari dua hala yang berbeza.
Mereka memegang tangan apabila kedua-dua mereka bersatu lalu berjalan menghampiri Elly dan Hermi.
Lalu tubuh dipusingkan menghadap kedua orang tua mereka.
Ayden menyeka air mata yang mengalir di pipinya.Rel pula membiarkan wajahnya dibasahi dengan air matanya. Eren dan Zen tersenyum dari jauh dan air mata turut mengalir di wajah mereka.
Zen melepaskan raut wajah merelakan sahaja pemergian anak laki-lakinya. Dia cuba juga sedaya upaya tersenyum walaupun riak wajah sedihnya itu selalu mengambil alih. Mana taknya. Kedua-dua anaknya bersama Emelyn sudah tiada lagi di pangkuannya. Dia merasakan dirinya gagal menjaga kedua putera-puteranya serta janjinya bersama Emelyn.
Lalu tubuh mereka perlahan-lahan hilang mengeluarkan debu kecil cahaya emas. Zest dengan Airin kala itu tersenyum manis buat kali terakhir dan lama kelamaan mereka tidak lagi kelihatan.
Angin menyapa lembut di wajah mereka semua. Deruan angin itu juga turut menerbangkan dedaun kecil di udara.
************
Beberapa bulan selepas berakhirnya peperangan antara Nagarama itu, tugu Zest dan Airin dilancarkan di kawasan tengah-tengah pekan puak rama-rama untuk memperingati jasa mereka atas pengorbanan yang mereka telah lakukan.
Penduduk puak naga pula..Mereka telah pun membuat keputusan untuk berpindah jauh dari puak rama-rama. Mereka telah putuskan untuk berpisah dan membawa haluan mereka sendiri. Mereka tidak boleh lagi berurusan dengan puak rama-rama.
Ini untuk mengelakkan dari kejadian itu berlaku sekali lagi. Mereka dapat tahu akan hubungan yang dijalinkan oleh Zest dan juga Airin. Dan ini demi kebaikan bagi kedua-dua belah pihak dari berlakunya lagi peristiwa seperti ini.
Zen berjabat tangan buat kali terakhir dengan Eren di istana puak rama-rama dengan orang-orangnya.
Dan sejak dari itu puak naga tidak lagi kelihatan selama bertahun-tahun. Ternyata kewujudan mereka tidak lagi disebut-sebut di kalangan puak rama-rama. Ada juga yang mempersoalkan tugu Zest yang bersayapkan naga itu tapi dinyatakan ianya hanya lah dongeng semata-mata. Hanya orang-orang lama sahaja yang mengetahui cerita sebenar. Generasi baru juga tidak diperkenalkan sejarah puak naga ini. Mungkin takut ada yang mengembara cari puak itu..Siapa tahu?..
*************
"Waauuuw...Kan betul aku cakap itu bukan tugu semata-mata, kalau tak, kenapa orang bina dan kenapa salah seorang dari mereka ada sayap macam naga?.." ujar salah seorang kanak-kanak perempuan itu kepada sahabat di sebelahnya.
"Ya lah..kau betul..aku salah.." ujar kanak-kanak lelaki di sebelahnya tadi sambil membeliakkan matanya dengan menyilangkan kedua tangannya.
Rel menghamburkan tawa. Kelakar melihat telatah kawan-kawan anaknya itu.
"Tapi ayahanda, boleh jadi ke kalau suatu hari nanti kita akan bertemu semula dengan orang-orang puak naga?.." tanya anak lelakinya pula yang seusia dengan sahabat-sahabatnya iaitu 8 tahun.
"Boleh jadi atau mungkin tak.." ujar Rel dengan riak mengeyakan.
"Ayahanda! Ayahanda! anakanda nak tanya.." panggil satu suara kecil tergapai-gapai tangan kanannya ke atas dan ianya adalah anak perempuan Rel yang baru berusia 5 tahun.
"Apa dia sayang.." tutur Rel lembut lalu anak perempuannya tadi bangun untuk duduk di riba Rel.
"Macam mana uncle Zest dengan Airin boleh bertukar jadi naga lagenda tu sama macam abang Zest? Atau sebab Hermi dengan Elly ke yang bagi kuasa kat mereka?"
"Ayahanda pun tak pasti tentang itu.."
Rel mendongak memandang langit melalui jendela bilik anak lelakinya.
"Hmm.."
Dia tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)