Chapter 32

30 7 0
                                    

Zest bangun separa dalam keadaan kepalanya masih pening.

"Apa yang dah berlaku.." soal Zest menggeleng-geleng kepalanya buat beberapa kali. Matanya terkebil-kebil melihat suasana sekeliling.

Airin lalu melihat ke arah Zest. Senyuman lega terpancar di wajahnya..

"Zest! Zest!.."

Segera Airin merangkul tubuh Zest yang masih tidak bermaya itu. Dia menangis penuh kesyukuran.

"Zest..Syukurlah awak masih hidup lagi.." ujar Airin gembira berbaur hampir harapannya putus.

"Airin.." sebut Zest lama menatap wajah gadis yang dicintainya selama ini.. Agak pelik rambutnya berbeza dari yang sebelum ini. Rambutnya pendek tak ubah seperti lelaki.

Wajah gadis itu dipandang, penuh comot di wajahnya. Birai matanya bergenang dengan air mata. Gadis itu menahan tangis sebak.

"Airin.." lantas Zest pula mendakap tubuh wanita itu dipangkuannya.

"Lama rasanya kita tak berjumpa.." bicara Zest dengan nada hiba.

"Ehim.." Airin menganguk. Sesungguhnya dia sangat rindukan Zest. Akhirnya dapat juga lepaskan rindu meskipun dalam keadaan sebegini rupa.

Lalu di saat mereka berasmara berpelukan sesama mereka. Mata Zest mula tertumpu di dada langit. Dia mendongak untuk melihat dengan lebih jelas.

"Zoth.." bicaranya datar. Matanya terpaku.

**********

AAAARRGGGGG!!!!

Sekujur tubuh badan Zoth berdenyut-denyut rasanya. Dia panas. Lalu dia bertukar ke sesuatu form yang tidak dijangka oleh semua.

Sayapnya yang mempunyai 2 menjadi 4 pasang dengan cahaya api ungu kebiruan yang mengganti sayap asalnya. Sayapnya kian berapi megah berterbangan di situ. Tubuhnya banyak bercampur warna berserta cahaya merah, gold dan juga aqua. Sisik tubuh naganya saling berganti warna.

Telinganya dibukakan menjadi persis sayapnya dan sesekali dia mengepak ke depan dengan ngauman. Gigi taringnya ke empat-empat tampak keluar. Anak matanya bercahaya aqua neon dan sebelahnya lagi gold noen. Ekor di hujungnya penuh deduri tajam dan tak lupa juga setiap jalan ekornya dihiasi duri api ungu kebiruan. Tanduknya memuncak keluar.

Dia mengaum beberapa kali dengan kepakkan sayapnya yang besar dari sebelum ini membuatkan angin di bawah permukaan darat bertiup kencang.

Tubuh Zoth kini 2X ganda lebih besar dari saiz Zemberz.

Air muka Zemberz mula kelihatan sedikit cuak.

Lalu semua mata di bawah tunduk hormat ke arah Zoth di dada langit.

Itu adalah puak lagenda dan boleh dikatakan ianya Raja bagi segala dunia puak itu.

Meskipun Nagarama dan Ramanaga dibenci oleh kedua-dua puak akan tetapi yang ini. Mereka tidak bisa menentang sama sekali dengan yang ini. Mereka harus patuh. Kerana suatu ketika dahulu. Puak inilah yang menamatkan peperangan yang berlaku beratus tahun dahulu di antara ke seluruh puak. Nagarama,Ramanaga,Naga dan juga Rama-Rama.

Tak disangka Puak Lagenda Raja segala lagenda muncul kembali. Dia lah Half Breed dari hasil Nagarama dan juga Ramanaga. Puak yang tak juga sepatutnya ada di dunia ini.

"Aku ingin berterima kasih atas kau..kerana kau aku lahir..kerana kau juga.. takdir aku untuk melenyapkan kau dari dunia ini."

Cahaya ungu memancar di kerongkong leher Zoth lalu menyembur keluar hembusan api ungu dan pantas Zemberz menghalang hembusan itu dengan sebelah sayapnya namun gagal.

NAGARAMAWhere stories live. Discover now