"NANTI DULLUUU!!..."
Kesemua yang berada di situ melihat sosok tubuh seseorang memakai cloak hitam dan melitupi kepalanya sedang berjalan menghala ke arah Rel dan juga Eren..
"Siapa kau.." seru Eren lantas melihat gerangan yang tidak dapat dilihat wajahnya serta sayapnya berwarna hijau kekuning-kuningan... Dari puak rama......
"Maaf Tuanku...Saya tak boleh memberitahu identitas saya yang sebenarnya..akan tetapi..saya ada bukti yang putera Erel tidak bersalah dalam hal ini..." sambil wajahnya beralih melihat Rel...
Kesemua mata tertancap pada gerangan yang bersuara...
Rel turut terpinga-pinga sambil matanya dikebilkan untuk melihat wajah dibalik hood kepala yang melindung kepalanya itu.
"Apa bukti yang kamu ada?.." sahut Eren serius..
"Tuanku percaya? Bahawa Putera Erel yang melakukan semua ini?.." dia menyoal...
Eren terdiam sejenak..lalu dikalih pandangannya melihat putera sulungnya...pandangan yang meragui..
Rel hanya melirikan anak mata sebaik sahaja Eren melihatnya sebegitu...
Lalu Eren kembali berpaling semula menghadap gerangan yang menyoal...
"Aku tak pasti.. tapi aku sudah amanahkan dia untuk menjaga kunci penjara tersebut..."
"Tuanku tahu bukan negara yang kita alami sekarang...dengan kemunculan Ers serta kebangkitan waris yang yang tidak diduga..."
"Ya...tapi apa kaitannya?.."
"Mungkin naga yang berada di dalam tahanan tempoh hari..mungkin bukanlah dari puak naga yang sebenar.."
Keadaan menjadi riuh seketika..selepas mendengarkannya..
"Apa yang kau cuba ingin sampaikan pada kami?.." lantas Zen mula bersuara...
"Mungkin juga naga yang ditangkap tempoh hari merupakan orang-orang utusan Nagarama...dan boleh jadi ianya adalah dikalangan Ers dari puak naga..."
Kesemua ahli puak yang berada di situ tersentak...It can be...
"Dan sebab itu juga dia tidak meninggalkan sebarang jejak atau kesan.. kita tak tahu apa taktik kuasa yang mereka ada.." jelasnya tidak putus-putus membela Rel..
Kesemua di antara mereka mula termakan bait bicara yang diperkatakan. Mereka juga mula mempercayainya bulat-bulat..
Akan tetapi...ada di antara mereka..puak rama-rama yang menjadi saksi akan semua yang terjadi..selepas sahaja bertarung dengan Ers...dibandingkan dengan naga yang ditangkap tempoh hari dengan Ers naga..Kedua-duanya mempunyai tubuh fizikal yang berbeza.
Tapi..ini demi Rel..baik jangan panjangkan cerita..
"Ada baiknya..kita semua kena hati-hati kerana kita tak tahu apa taktik kuasa yang puak terhina ini boleh lakukan.." ujarnya buat kali terakhir lalu berpaling ke belakang membelakangi mereka bersedia membuka langkah untuk pergi..
Dia mengenggam sesuatu bungkusan bunjut kain yang berikat lalu dilemparkan ke lantai dan wap asap kecil mula naik..
Penglihatan mereka mula kabur melihat asap-asap itu naik dan gerangan tersebut lesap begitu sahaja dalam kepulan asap...
Kesemua terpinga-pinga memandang...
What's going on actually..
And
Siapa dia tu....
*************
YOU ARE READING
NAGARAMA
FantasyBila NAGA dan RAMA menjadi satu. Maka jadilah.. START: 1/10/2019 END: 13/5/2020 (In editting.......)