PHMH 4

10.7K 351 7
                                    

Daleeya dan Safiyya melangkah masuk ke dalam ruangan temuduga itu. Mereka berdua mengambil tempat berhadapan dengan para wartawan yang sudah bersiap sedia dengan camera masing-masing.

Bunyi kerdipan dan cahaya daripada camera kedengaran di dalam ruangan itu. Maka, bermula lah sesi temuduga nya bersama para wartawan itu.

" Cik Arina, apa perasaan cik setelah selesai membuat modelling di Itali? " soalan pertama mula diajukan.

" Alhamdulillah, I bersyukur sangat sebab I berjaya habiskan contract modelling di Itali. Actually, I felt really happy because nama I semakin melonjak naik dalam dunia modelling ni. Lagipun, dunia modelling ni adalah dunia yang I impikan sejak I kecil lagi. " kata Daleeya dengar penuh yakin.

Senyuman tidak putus-putus diberikan daripada bibir merahnya itu.

"Apa rancangan cik Arina selepas ni? Mungkin cik nak berehat dulu atau cik dah dapat tawaran untuk buat modelling lagi? "

" So far, I tak dapat sebarang tawaran lagi. Lagipun I nak rest dulu minggu ni. Insyaallah, kalau ada tawaran untuk I, I akan start buat modelling balik. "

Daleeya menjawab segala soalan daripada wartawan dengan penuh sabar. Bibirnya tak henti-henti mengukirkan senyuman. Akhirnya, soalan yang paling dia tertunggu-tunggu tiba juaa..

" Boleh kami tahu cik Arina dah berpunya atau belum? Kalau dah, siapa lelaki yang beruntung tu? "

Daleeya menghembus nafas perlahan. Dia tahu, jawapannya ini mungkin akan mencetuskan kontroversi terhadap dirinya.

" Buat masa sekarang, saya masih lagi single and available. But, dah ada seseorang yang mula bertapak di hati saya. Siapa orangnya? Biarlah rahsia. Sampai masanya nanti, saya akan umumkan jugak. Dan, saya berharap lelaki itu dapat terima saya seadanya. " sunyi keadaan didalam ruangan itu. Hanya kedengaran kerdipan camera yang sedang merakamkan wajahnya sahaja. Para wartawan di dalam ruangan itu memandang sesama mereka dan mengangguk-ngangguk seketika kemudian.

" Okay guys. Time's up. Kami mintak diri dulu. Pihak kami berharap, semua yang berada di sini berpuas hati dengan jawapan Cik Arina. " usai berkata, Safiyya terus menarik Daleeya keluar daripada ruangan itu.

Daleeya melambai-lambaikan tangannya kepada para wartawan yang masih lagi bersama camera mereka itu.

" Apa kau cakap dekat dalam tadi tu, Ari. Macam mana kalau lepas ni keluar berita yang bukan-bukan pasal kau? And the worst thing is, macam mana kalau mama kau tahu. Aduh, apa aku nak jawab dengan aunty nanti. " Safiyya terus menghamburkan rasa tidak puas hatinya sesudah mereka keluar daripada ruangan interview itu.

" Chill. Tahulah aku nak jawab apa dengan mama nanti. " Daleeya senyum cuma.

" Suka hati kau lah, Ari. Aku dah tak kuasa nak nasihatkan kau. Now, aku lapar, jom pergi makan. "

" Okay... " tak sabar Daleeya ingin melihat tentang berita yang akan keluar perihalnya nanti.

Daleeya mengukirkan senyuman sinis. Handsome, you just wait and see. Tak lama lagi, gamat satu Malaysia tentang hubungan kau dan aku.







🌸🌸







Beberapa hari kemudian.

" Untungnya siapa yang dapat Arina tu nanti. Sudah lah cantik, baik pulak tu. " kata salah seorang pekerja lelaki aras 15 itu. Tangannya ligat menyelak-nyelak majalah yang dihiasi dengan wajah model cantik itu.

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now