PHMH 37

9.3K 334 4
                                    

Daleeya menyuakan lagi bubur nasi ke dalam mulut Riyaz. Kadang-kadang, di lap perlahan mulut Riyaz yang agak comot.

" Dah. Abang dah kenyang. " Tolak Riyaz apabila Daleeya hendak menyuap lagi sesudu bubur nasi.

" Nah, take your medicine. Lepas tu, abang tidur. "

Riyaz hanya akur terhadap arahan Daleeya kepadanya. Dia merebahkan tubuhnya sesudah selesai memakan ubat. Dipandang Daleeya yang sedang mengemas meja kecil di tepi katil hospital itu.

" Tidur okay. " Daleeya mengelus lembut rambut Riyaz. Kucupan kudus dihadiahkan pada dahi Riyaz.

" Leeya nak keluar kejap. Inspektor Mukhriz nak jumpa. Abang okay kan? "

Pertanyaan Daleeya hanya dibalas dengan anggukan. Kantuk mula menguasai dirinya, dan seketika kemudian dia terus berlayar ke alam mimpi.

🌸

" Apa yang kami dapati daripada kotak hitam di dalam kereta Encik Riyaz dan saksi pada masa kejadian, kereta Encik Riyaz cuba untuk mengelak daripada dilanggar sebuah kereta yang masuki lorong yang salah. Senang cakap, lawan arus. Dan, kami dapati pemandu kereta tersebut mengalami gangguan mental. mungkin sebab itu suspek memandu di lorong lawan arus. " Terang Inspektor Mukhriz dengan panjang lebar. Sesekali, tangannya ligat menyelak kertas di tangannya.

" Jadi, apa tindakan yang akan diambil ke atas suspek? "

Inspektor Mukhriz mengurut lembut dagunya yang bersih daripada sebarang bulu itu.

" Kami tak boleh ambil tindakan berat kepada suspek kerana suspek mengalami gangguan mental. Jadi, suspek tidak akan dipenjara malah suspek akan dimasukkan ke hospital sakit mental. Ini memang prosuder kami kerana suspek membawa kereta dalam keadaan yang tidak waras. "

" Hmm... Tak apa lah kalau macam tu. " Ujar Daleeya pasrah. Dia berharap sangat pemandu lawan arus itu ditangkap. Tetapi, memandangkan pemandu itu seorang yang tidak waras, lebih elok dia memaafkan sahaja.

" Kalau macam tu, saya beransur dulu lah. Kirim salam dekat Encik Riyaz. Assalamualaikum. " Inspektor Mukhriz menunduk sedikit kepada Daleeya sebelum melangkah pergi.

" Waalaikumsalam. "

🌸

Daleeya menolak langsir yang sedari tadi menghalang dia dan Riyaz daripada melihat pemandangan luar. Dia duduk kembali dan sepotong buah apple disuap ke dalam mulut Riyaz.

" Abang nak keluar? Jalan-jalan dekat taman hospital dekat bawah? "

Dilihatnya Riyaz seperti sedang berfikir. Lama dia menunggu keputusan daripada Riyaz, akhirnya Riyaz hanya menganggukkan kepalanya. Tidak dinafikan, sejak Riyaz mendapat tahu bahawa kakinya mengalami kelumpuhan, Riyaz sudah tidak banyak bercakap.

" Okay. Leeya tolong abang duduk atas kerusi roda. Meh, bangun pelan-pelan. " Dia cuba untuk menyokong pergerakan Riyaz yang hanya berpaut menggunakan tangannya di besi katil.

" Okay jom. " Lantas, dia terus menolak kerusi roda Riyaz keluar daripada wad itu.

🌸

" Segar kan dekat sini? Esok Leeya bawa abang datang sini lagi. " Kata Daleeya kepada Riyaz yang sedang termenung jauh itu.

Kring!! Kring!!

Kring!! Kring!!

Daleeya menyelongkar beg tangannya apabila deringan telefon pintarnya kedengaran. Daniel.

" Hello, Assalamualaikum Dan. Ada apa? "

" Waalaikumsalam. Tak, aku cuma nak bagitahu yang aku dah on the way nak melawat Riyaz. Risau juga aku kalau Riyaz dah discharge. "

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now