{Media :Daleeya Arina.}
Riyaz melempar kasar majalah fashion itu ke atas mejanya. Mukanya semakin tegang apabila mengingatkan tajuk utama yang terpapar pada majalah tersebut.
' Wanita Idaman Para Jejaka!!! '
Terdapat gambar Daleeya sebagai muka depan majalah tersebut. Suami mana je yang tak marah kalau orang tulis macam tu tentang isteri diorang? Butang interkom ditekan.
" Cancelkan semua appoinment yang ada harini. "
" Tapi... kenapa Tuan? "
Riyaz tidak menghiraukan pertanyaan PA nya itu. Briefcase dan telefon di ambil dan terus berlalu keluar tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memandang.
Pintu kereta dibuka kasar lalu dilemparkan briefcasenya ke atas kusyen penumpang. Setelah menghidupkan enjin, keretanya laju membelah kesibukan jalan raya.
🌸
Daleeya tersenyum apabila membaca tajuk utama majalah tersebut.
' Model Inspirasi Setiap Wanita! '
Di situ telah menceritakan segala cabaran dan rintangan yang telah dia lalui demi mencapai tahap yang diduduki sekarang. Dia tersenyum apabila memikirkan ramai wanita yang akan menjadikannya sebagai inspirasi mereka.
Bacaannya terhenti apabila pintu rumah dikuak kasar. Terlihat kelibat Riyaz yang melihat tajam ke arahnya itu.
" Abang... Awalnya balik. " Daleeya melihat jam besar yang tergantung di dinding rumah mereka. Baru pukul 12 tengahari. Dia yang ingin mengambil briefcase dan blazer di tangan Riyaz terkejut apabila Riyaz mengelak.
" Kenapa ni? " soalnya perlahan.
" Kenapa you tanya I? Cuba you tengok apa yang tertulis dekat majalah harini. " kata Riyaz dengan kasar lalu melempar majalah ke atas lantai.
Daleeya menunduk dan mengambil majalah tersebut. Dia membaca tajuk utama di hadapan majalah itu.
" Ab-abang. "
" Care to explain to me? " tanya Riyaz tegang.
" Tak. Ni bukan c-company yang Leeya buat contract. Sumpah! " Jawabnya sedikit gagap.
" Leeya jangan nak tipu abang! " Riyaz berkata keras. Dia cukup pantang apabila orang menipunya.
" Betul. L-Leeya tak tipu abang. Kalau abang tak percaya abang tengok ni. " Dia berlari anak ke arah sofa dan mengambil majalah yang dibacanya sebelum Riyaz pulang tadi. Dihulurkan majalah tersebut kepada Riyaz.
Riak wajah Riyaz berubah kendur tatkala membaca apa yang terkandung di dalam majalah yang diberi Daleeya itu.
" Macam mana boleh jadi macam ni?"
" Leeya tak tahu. Leeya tahu pasal ni pun sebab abang yang bawak balik majalah ni. "
Riyaz mengeluh sambil memicit perlahan dahinya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
" I'm sorry. Abang marah-marah Leeya tanpa selidik dulu. " Riyaz memeluk Daleeya yang sedari tadi berada di sisinya itu. Dia mencium lembut tepi dahi isterinya itu.
" It's okay. Bukan salah abang pun. Nanti Leeya call Fiyya untuk uruskan hal ni okay. "
Riyaz mengangguk perlahan lalu memejamkan matanya.
" Abang dah makan? Leeya ada masak sambal udang harini. " Daleeya cuba mengumpan mood baik Riyaz kembali menggunakan sambal udang. Sambal udang adalah salah satu makanan kegemaran Riyaz.
" Leeya masak? "
" Ha'ah. Abang nak makan? "
" Boleh juga. " balas Riyaz perlahan.
" Okay. Leeya pergi panaskan lauk untuk abang kejap. " Katanya lalu bangun daripada sofa untuk ke dapur.
Riyaz memegang tangan Daleeya perlahan. Dia merenung wajah Daleeya dengan lama.
" I'm sorry again. " ujar Riyaz sayu.
Daleeya hanya senyum dan mengusap-usap tangan Riyaz. Dia melepaskan genggaman Riyaz dan berlalu ke dapur.
🌸
Daleeya menyelesakan duduknya di atas katil. Tangannya sibuk melelapkan telefon ke telinga.
" Hello. Assalamualaikum. " jawab Safiyya.
" Waalaikumsalam. Fiyya, kau kena tolong aku. "
" Tolong apa? "
" Kau tolong bagitahu Rafara.Co yang ada company lain curi gambar aku. " pintanya kepada Safiyya.
" What?! Macam mana boleh jadi macam tu? " pekik Safiyya terkejut.
" Entahlaa. Aku pun tak tahu. Haih... Riyaz marah gila kau tahu tak. " Daleeya mengeluh perlahan.
" Apa nama majalah yang ada gambar curi kau tu? "
" Tak pasti lah. Kejap lagi aku bagi gambar majalah tu dekat kau. " kata Daleeya. Dia melihat Riyaz yang baru memasuki bilik mereka itu.
" Ouh okaylah. Aku off dulu! Nak makan jap. "
" Okay. Nanti apa-apa bagitahu aku tau. " pesan Daleeya lagi.
" Okay! "
Daleeya mematikan talian. Dia mengusap lembut rambut lebat Riyaz yang sedang berbaring di atas dadanya itu.
" Kenapa ni? " tanya Daleeya lembut.
" Abang mintak maaf tentang hal siang tadi. Abang tak boleh kawal rasa marah abang. " kesal Riyaz.
" Takpe lah. Leeya faham. Abang dah banyak kali mintak maaf. Takde apa lah. Lagipun Leeya dah mintak Fiyya uruskan hal ni. " Jelasnya kepada Riyaz tentang isi perbualannya bersama Safiyya di telefon tadi. Dia dapat merasakan bahawa Riyaz semakin mengetatkan pelukan di pinggangnya.
" Leeya nak abang tolong? "
"Tak payah laa. Biar company yang Leeya tengah contract sekarang settlekan. "
Mereka berdua berjeda sebentar.
" Apa kata kalau Leeya berhenti jadi model. Gaji abang terlebih daripada cukup kalau nak tanggung Leeya sorang. " Riyaz bersuara tiba-tiba.
Daleeya tergamam seketika.
" Apa abang ni!! Leeya jadi model bukan sebab gaji lumayan. Tapi sebab Leeya suka jadi model. Whatever it is, Leeya tak akan berhenti jadi model. " Suara sudah naik sedikit untuk membangkang apa yang diutarakan Riyaz.
" Tapi abang tak suka! Abang tak suka bila muka, badan Leeya terpampang dekat depan majalah. "
" Abang tolonglah faham Leeya. Sampai masanya nanti, Leeya akan berhenti jugak okay? Sekejap je lagi. Boleh? " Suaranya turun sedikit. Cuba untuk memujuk Riyaz.
" Fine!!! "
Kalau rasa ada yg tak logik tu, abaikan je kay? Btw, ni bukan conflict utama. Hehehe 😜
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
RomanceSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...