" Ari... Bangun. Aku masakkan kau bubur ni. " Safiyya mengoncang perlahan bahu Daleeya yang sedang tidur secara meringkuk di atas katil.
Daleeya terus berbaring secara terlentang apabila digerak oleh Safiyya. Matanya menyorot pandang bubur yang dimasak olah Safiyya.
" Aku tak nak bubur. Kau bagi aku makanan lain. " pintanya.
" Tak boleh lah Ari. Kau sakit perut kan sekarang? Elok kalau kau makan bubur ni. Tak pedas sangat. "
Daleeya bangun dan bersandar di kepala katil. Mangkuk berisi bubur yang dihulurkan oleh Safiyya dicapai. Perlahan-lahan, bubur yang sudah suam itu dimasukkan ke dalam mulut.
" Kau nak datang period kot Ari. Sebab tu sakit perut kau teruk. " kata Safiyya. Hairan kenapa tiba-tiba saja Daleeya mengalami sakit perut.
" Tak... Aku dah period dah bulan ni." balas Daleeya lemah. Selepas pulang dari tengok wayang semalam, perutnya terus meragam.
" Hmm... Kalau tak lega jugak, nanti kita pergi klinik. Aku risau lah. Sudah lah kau tak bagi aku kasitahu mama kau. " pening dia nak melayan feel Daleeya ketika sakit ini. Degil dia bukan biasa-biasa.
" Aku cuma tak nak mama risau. Nanti dia datang bermalam dekat sini pulak. Kesian papa nanti sorang-sorang. " Daleeya meletakkan mangkuk yang sudah licin itu ke atas meja kecil di tepi katil. Tangannya mencapai pula gelas yang berisi air kosong.
" Adik kau ada kan. " Huh!!! Propa je lebih Arina ni!! Desis Safiyya dalam hati.
" Kau memang dah berputus asa nak dapatkan Riyaz? " soal Safiyya perlahan. Takut kalau soalannya itu menyinggung perasaaan Daleeya.
" Hurm... " gumam Daleeya.
" Tapi, dia kan lelaki yang kau cari selama ni. Lelaki yang dah selamatkan kau daripada lemas. Tak kan kau nak lepaskan dia macam tu je? "
" Tengoklah nanti macam mana. Sekarang ni, hati aku masih sakit. " dia terus menarik selimut hingga ke kepalanya. Nak tidur, sakit perut ni!!!
🌸
" Aunty... siapa tu? " bibirnya dimuncungkan ke arah seorang lelaki yang duduk membelakanginya .
Syukurlah, sakit perutnya sudah peransur pulih. Tiga hari juga dia merana sebab sakit perut. Tak dapat makan sedap-sedap. Fiyya bagi makan bubur je. Huhu.
" Ouh... Tu kawan Riyaz. Dia ingat Riyaz ada dekat sini, tapi Riyaz dekat rumah. " jelas Datin Sri Munira. Gembiranya tidak terkata apabila Daleeya datang melawatnya hari ini.
" Ouh... " spoil betul bila dengar nama Riyaz.
" Aunty... Riyaz dah nak sampai tu.. Saya pergi dulu tau." kata kawan Riyaz itu.
Daleeya yang mendengar suara seseorang mengakat kepalanya. Dia terkedu. Mulutnya tidak dapat bersuara. Lidahnya kelu apabila melihat lelaki itu.
" Ar-Arina?! "
Daleeya meneguk liurnya kesat.
"Dani?..." hanya itu yang mampu diluahkannya.
" Eh, korang dah kenal ke? Ari, ini lah kawan Riyaz. Aiman Dani namanya. Tak sangka pulak Ari kenal. "
" Ouh... Da-dani ni ex-schoolmate Ari du-dulu aunty. " ujarnya dengan gagap. Mata Dani masih tidak lepas daripada melihat wajahnya.
" Kecilnya dunia kan. "
" Haah, tu lah kan aunty. Dani tak sangka boleh jumpa Ari balik. " Dani membalas laju. Matanya tersirat dengan beribu makna.
Tiba-tiba pintu butik E&G Collection di buka. Kelihatan Riyaz sedang berjalan ke arah mereka bertiga.
" Bro!! Welcome back to Malaysia. " ucap Riyaz lalu membuat brotherhood dengan Dani. Matanya beralih memandang Daleeya yaang sedari tadi menunduk.
" Hah!! Baru datang? Lama tau Dani tunggu Yaz tadi. Yaz tahu tak yang Dani dengan Ari ni ex-schoolmate? " tanya Datin sri Munira kepada Riyaz.
Riyaz memandang Dani dan Daleeya bersilih ganti. Kenapa macam ada benda yang tak kena dekat sini?
" Tak tahu pun, umi. So, you nak ikut kitorang Daleeya? Manalah tahu ada benda nak catch up dengan Dani. " pelawa Riyaz dan menoleh ke arah Dani. Mukanya berubah tatkala melihat Dani yang asyik memandang Daleeya dengan senyuman yang tersungging di bibir.
" No, its okay. Lagipun I datang sini nak melawat aunty. " kekok dirasakan sekarang apabila berjumpa dengan bekas teman lelakinya. Selepas sahaja kes lemas tersebut Datuk Khalis terus tidak benarkan dia berhubung dengan warga Putrajaya High School kecuali dengan Safiyya. Jadi, dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan Dani. Dalam fikirannya ketika itu, biarlah Dani bahagia dengan Huda...
🌸
" Fiyya!!! Oh my god. I have something to tell you right now. " terjahnya sesudah Safiyya mengangkat panggilan.
" Okay-okay. Relaks. Bagitahu lah sekarang. Apa yang penting sangat tu. "
" You know what, aku. Jumpa. Dani. Dekat. Butik. Aunty. Munira. Tadi!! ujarnya sepatah-sepatah.
" What?! Dani? Your so call ex boyfriend tu ke?" jerit Safiyya di sana.
" Unfortunately, yes. It's him! Dia tu kawan Riyaz. Oh my god, I cannot brain! " kata Daleeya.
" Okay chill. Kau buat macam biasa je bila jumpa dia. Buat macam takde apa-apa between kau orang dulu. " Safiyya mula memberikan nasihat.
Daleeya menghembus nafas perlahan. Penat berjerit dengan Fiyya tadi. Nasib baik takde orang dalam tandas ni.
" Okay. Tapi dia dah takde sekarang ni. Dia keluar dengan Riyaz. "
" Ouh...Aku harap dia tak datang sebab nak tuntut penjelasan daripada kau. "
" Penjelasan apa ni Fiyya? " Daleeya mengerutkan keningnya. Penjelasan apa?
Safiyya kengeluh perlahan. Lambat pula otak Daleeya nak pick up.
" Penjelasan lah. Penjelasan kenapa kau putus dengan dia secara tiba-tiba! " kata Safiyya dengan geram.
Daleeya menutup mulutnya yang sedikit ternganga. Kenapa dia boleh lupa soal tu?
🌸
Daleeya menghempaskan sling bag nya di atas meja cafe tersebut. Dia menarik kerusi dan duduk dihapadan Safiyya.
"Macam mana ni Fiyya? "
" Macam mana apa? Kau bagi tahu jelah dia perkara sebenar. Apa yang susah? " ujar Safiyya tenang. Dia menghirup perlahan airnya.
Daleeya mengeluh.
" Macam mana kalau Riyaz tahu? " tanya Daleeya. Itu yang paling dirunsingkan nya sekarang ini.
" Alah... Biar je. Itu masa lalu kau kan? Yang penting sekarang, kau kena dapatkan Riyaz. " kata Safiyya dengan tenang. Tadi dalam telefon dia yang kalut lebih.
" Hm... Aku harap Huda tak tahu yang Dani balik. Aku takut kalau Huda putar belitkan cerita sebenar dekat Riyaz. " satu perkara lagi, sebenarnya Dani juga mengetahui bahawa Huda yang telah menolak Daleeya ke dalam laut. Tapi, Dani terlambat untuk menyelamatkan Daleeya dan cuba untuk menangkap Huda yang melarikan diri apabila melihat kelibat Dani di pantai.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
RomanceSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...