PHMH 17

10.2K 379 16
                                    

" Ada apa you nak jumpa I? " sebaik sahaja melabuhkan duduk, Daleeya terus bertanyakan tentang tujuan Dani untuk bertemu dengannya.

" Macam yang awak tahu, I want to know the truth. "

" Apa? " Daleeya bertanya dengan sebal.

" Kebenaran kenapa awak putus dengan saya without any reason. " kata Dani tegang.

Daleeya diam seketika. Teringat akan kata-kata Safiyya supaya memberitahu sahaja perkara sebenar kepada Dani.

" Papa I suruh. "

" But... why? Saya rasa saya tak buat salah apa-apa pun. " ujar Dani dengan keliru.

" My dad tak benarkan I berhubung dengan sesiapa sahaja yang ada kena mengena dengan Putrajaya High School. So, I decide untuk break up with you. " terang Daleeya perlahan. Matanya tunak memandang tasik di hadapannya.

" Semuanya sebab Huda kan? "

Daleeya tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri. Dah tahu tanya pulak.

" Kita get back? Please, Ari? " rayu Dani secara tiba-tiba.

" You gila ke? I dah takde apa-apa perasaan dekat you. Hati I dah jadi milik orang lain. "

Dani tergelak perlahan, pahit. Dia cuba untuk menutup kekecewaan hatinya.

" Who's that lucky guy? " walaupun perit, dia cuba bertanya juga.

" Hud Luthriyaz. " balas Daleeya pendek.

Dani menjadi semakin terkejut. Apa semua ni?

" Ta-tapi, Riyaz dah ada Huda. "

Mendengarkan perkara itu, Daleeya tersenyum kecil. Sudah diagak perkara yang akan dikatakan oleh Dani.

" Yeah, I know the fact. But, tak salah kan kalau I nak ambil Riyaz daripada Huda? Lagipun, diorang bukannya berkahwin lagi. " katanya selamba. Tidak dihiraukan riak wajah Dani yang sudah berubah itu.

" Awak... cuba untuk balas dendam ke, Arina? " soal Dani perlahan.

" Kenapa? Tak boleh ke I balas dendam lepas apa yang Huda dah buat pada I? " dadanya mula berombak kasar. Kenapa semua orang sentiasa berpihak pada Huda?!

" Tak!! Yang menjadi masalah sekarang ni, awak betul-betul sukakan Riyaz ataupun awak sekadar gunakan Riyaz sebagai alat untuk awak balas dendam, Arina? " tegang kedengaran suara Dani ketika itu.

" I really-really love Riyaz. Sebelum I dapat tahu yang Huda tu buah hati dia lagi. "

" But... why him? "

" Sebab dia yang selamatkan I waktu I lemas dulu. Riyaz tu diibaratkan macam cahaya untuk I teruskan hidup I yang dah sedia pathetic. " Daleeya berkata dengan suara yang tinggi namun kedengaran nada sebak di situ.

" Kalau awak cakap macam tu, baiklah. Saya akan undur diri, lagipun saya juga tak nak Riyaz terus ditipu dengan perangai talam dua muka Huda tu. But!! Jangan pernah mainkan perasaan kawan saya!!! Kalau awak nak kan dia, awak kena make sure yang awak akan bersama dengan dia sampai bila-bila. " tegas Dani memberi amaran kepada Daleeya. Dia sanggup, sanggup mengorbankan segalanya demi orang yang dia sayang. Semoga awak bahagia, Arina...

🌸

" Huda... " sapa Dani apabila terserempak dengan Huda.

"Awak nak apa? " Huda cuba untuk memaniskan muka. Dia agak takut dengan Dani. Dia takut Dani bongkarkan segala perbuatan dia terhadap Arina dulu.

" Aku nak apa? Kau dah lupa apa yang kau buat dekat Arina dulu? " tanya Dani sinis.

" Awak tak payah nak ungkit cerita lama lah, Dani! Arina pun tak bercakap soal ni tau! " kata Huda dengan nada yang masih lembut. Dia tak akan rosakkan imej lemah lembut dia di hadapan lelaki itu.

" Ouh ya? Kau tahu sebab apa Ari tak report polis pasal kes tu? Sebab dia tahu yang kau masih ada mak dan adik untuk kau tanggung! Tapi kau, apa kau buat dekat dia? "

Huda tersenyum sinis.

" Aku tak perlukan simpati dia lah. Itu masalah dia, siapa suruh dia jadi baik tak bertempat kan? Lagipun, aku berani jamin yang polis tak akan dapat tangkap aku sebab korang takde satu bukti pun yang menunjukkan bahawa aku yang tolak Ari sampai lemas! " bahasa yang digunakan Huda sudah bertukar kasar. Matanya mencerlung memandang Dani.

" Habis tu? Apa gunanya aku? Aku boleh jadi saksi tentang kes lemas tu. Dan... Kalau kau nak tahu, ex-boyfriend kau tu dah ada dalam tangan aku! " Dani gelak sinis. Cuba untuk mempsycho Huda.

Muka Huda serta merta bertukar merah apabila mendengar kata-kata Dani itu. Dia cuba menahan amarahnya.

" Aku tak kisah lah. Aku yakin Saiful masih berpihak pada aku. Dia tak akan belot aku dengan memberitahu perkara sebenar dekat polis. "

" Yakinnya... kau! Takpe, kita tengok je nanti. " ujar Dani selamba dan terus berlalu pergi. Dalam diam, bibirnya tersenyum sinis melihat perakam suara di dalam telefon pintarnya itu.

🌸

' Arina... you should listen this. " –Dani.

Daleeya mengerutkan dahinya apabila menerima satu voice rekorder daripada Dani melalui whatsapp. Dia menekan butang play memainkan rakaman suara itu.

"Aku tak kisah lah. Aku yakin Saiful masih berpihak pada aku. Dia tak akan belot aku dengan memberitahu perkara sebenar dekat polis. "

" Yakinnya... kau! Takpe, kita tengok je nanti. "

Daleeya mengerutkan dahinya apabila rakaman suara itu sudah tiba ke penghujung. Dia pantas mencari nama Dani di dalam contact dan menelefonnya.

" Bila you rakam ni Dani? " Tanya Daleeya usai Dani mengangkat panggilan.

" Tengah hari tadi. Saya sengaja record. Manalah tahu awak perlu nanti. "

" Tapi... saya tak terfikir pun nak report polis pasal benda ni. Benda dah lama, Dani. " Daleeya mengeluh perlahan.

" Yeah, saya tahu yang awak tak nak report pasal Huda. But, awak simpan je voice recorder tu. Manalah tahu nanti awak berguna untuk awak. Maybe, kalau dia cuba buat onar lagi dekat awak? "

"Okay... I akan simpan voice recorder tu. Thank you sebab dah tolong I. " ucap Daleeya ikhlas. Dia tidak sangka yang Dani masih mahu membantunya walaupun dia sudah menolak untuk bersama kembali dengan Dani.

" Benda kecil je tu. Lagipun, ini untuk Riyaz juga. Saya tak nak dia tertipu dengan Huda. Saya dah anggap dia macam abang saya dah Ari. Dia banyak tolong saya waktu saya susah. Mungkin sekarang ni waktunya untuk saya balas balik segala pertolongan dia. "

" Baiknya you... But ada lagi satu benda yang saya curious. Betul ke Saiful dengan kawan dia ada dengan awak? " tanya Daleeya dan dia mendengar suara Dani menghamburkan tawa.

" Saya tipu dia je lah. Saiful mana ada dengan saya pun. Muka dia pun saya tak pernah tengok. Tahu pasal dia pun sebab awak yang cerita dulu. Saya saja nak psycho Huda. "

Daleeya tersengih kecil. Betullah. Dani masuk Putrajaya High School waktu form 4. Saiful dah pergi sekolah juvana waktu tu. Tak sangka otak Dani ni geliga juga.

" Okaylah. Saya end call dulu. Ada kerja sikit nak buat. Bye, Assalamualaikum. " putus Dani apabila mereka sudah habis berbual.

" Okay. Waalaikumsalam. "

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now