" Huda!!! Apa kau buat dekat sini? " Riyaz datang menegur secara tiba-tiba. Keras sahaja suaranya ketika itu.
" Ouh... Tadi ternampak Ari, so saya tegur lah. " balas Huda bersahaja.
Riyaz memandang Huda dengan penuh curiga. Tanpa menghiraukan gelagat Huda yang sedang galak merenungnya itu, dia terus mengajak Daleeya pulang.
" Sayang, jom. "
Daleeya mengambil beg tangannya dan terus berlalu pergi bersama Riyaz tanpa berpamit dengan Huda. Buat apa nak berpamit-pamitan dengan orang macam tu.
" Awak okay? Kenapa diam je ni? "
" Huda nak apa tadi? " soal Riyaz serius.
" Erk... Dia tanya khabar je. "
" Are you sure? Kenapa abang dengar dia ada cakap yang nak bagitahu abang sesuatu? Leeya ada rahsiakan apa-apa daripada abang? "
" Leeya takde rahsiakan apa-apa pun daripada abang. " balasku dengan nada perlahan. Jari di atas riba dimainkan sesama sendiri.
" You know what, berdosa tau tipu suami. "
" Apa maksud abang? Abang nak cakap yang Leeya tipu abang? "
" Macam ni lah Leeya. Abang sebenarnya tak nak gaduh-gaduh dengan Leeya-"
" Leeya pun tak nak gaduh dengan abang! " Pintas Daleeya tanpa sempat Riyaz menghabiskan percakapannya.
" Haih... Leeya memang nak sembunyikan apa yang pernah Huda buat dekat Leeya dulu ke? Kenapa Leeya tak nak abang tahu? " Tanya Riyaz direct.
" Ab-Abang cakap apa ni? " Daleeya membulatkan matanya tanda terkejut.
" Leeya ingat abang putus dengan Huda hanya disebabkan kes tender tu je ke? Sebenarnya, abang dah tahu apa yang Huda dah buat dekat Leeya, sebab tu abang ambil keputusan untuk putus dengan dia. Abang tak boleh hidup dengan orang yang hipokrit." terang Riyaz panjang lebar. Riak mukanya masih bersahaja seolah-olah sedang mencerika kisah dongeng kepada si isteri.
" Leeya tak bermaksud nak sembunyikan daripada abang. " dia menundukkan kepalanya.
" It's okay. Kali ni abang maafkan. Tapi, kalau lepas ni Leeya sorokkan apa-apa daripada abang lagi, siap Leeya dengan abang!! " Riyaz memberi amaran.
" Leeya promise, tak akan sorokkan apa-apa daripada abang lagi. " ujarnya dengan yakin. Dia berasa sebal dengan dirinya kerana berjanji dengan perkara yang dia sudah mungkiri. Dia masih lagi tidak bagitahu Riyaz tentang niatnya yang dulu.
" Good! Macam ni lah wife abang. "
🌸
" Sorry awak. Saya terlajak tidur tadi." ujar Safiyya kepada Dani dengan nada yang tercungap-cungap. Baru lepas berlari sebab dah lambat nak jumpa Dani.
" Lama tau saya tunggu! " bentak Dani perlahan. Semalam bukan main suruh dia datang ambil awal, alih-alih, Safiyya yang lambat.
" Alah... sorry laa. " Safiyya cuba untuk memujuk bakal suaminya itu. Sudah sebulan bulan mereka bertunang dan lagi 2 minggu mereka akan diijab kabulkan.
" Yelah. Kita nak pergi mana ni? " tanya Dani sambil membetulkan rambutnya.
" Makan dulu lah. Lapar ni. Tadi tak sempat ambil breakfast. "
" So, macam mana dengan hubungan Riyaz dengan Arina ? Tak ada cerita gembira lagi ke? " suara Dani memecah kesunyian di meja makan itu apabila bertanyakan perihal Daleeya dan Riyaz.
" Erm... Arina takde lah pulak bagitahu apa-apa. Bahagia je saya tengok diorang berdua tu, cuma adalah perselisihan faham sikit haritu. "
" Perselisihan faham? " tanya Dani tidak mengerti.
Safiyya meletakkan perlahan sudu dan garfu yang dipegangnya ke dalam pinggan. Dia memandang Dani yang sedang menumpukan sepenuh perhatian kepadanya apabila topik yang dibuka agak menarik.
" Haritu, ada orang curi gambar shooting Ari. And then, diorang buat gambar tu sebagai cover majalah diorang. And the worst thing is, Ari cakap Riyaz mengamuk bila baca tajuk yang diorang tulis dekat majalah tu. "
" Apa tajuk yang diorang dah tulis sampai Riyaz mengamuk? "
" Wanita idaman para jejaka. Hah, kalau orang tulis tentang saya macam tu, awak marah tak? "
" Eh, mestilah marah. "
" Same goes to Riyaz. Tapi, sekejap je lah dia mengamuk sebab Ari tunjuk majalah yang betul punya. Which is majalah milik syarikat yang Ari tengah contract tu. "
Dani mengerutkan dahinya seketika. Dia mengurut-urut dagu licinnya itu.
" Macam tak logik kan gambar shoot Ari boleh kena curi. Ini tak lain tak bukan, mesti ada orang dalam syarikat yang bersubahat. Sekarang dah settle ke? "
" Alhamdulillah, dah settle. Syarikat yang curi gambar shoot Ari pun dah kena saman. Saya ada dengar cameraman cakap, diorang curi gambar Ari sebab ada yang suruh. " cerita Safiyya bersungguh-sungguh kepada Dani sambil membuat reaksi muka yang curiga.
" It is Huda?! " Dani menguatkan suara sedikit tanda terkejut dengan andaiannya.
" Tak tahu. Pihak sana setuju nak bayar saman but diorang tak akan bagitahu siapa yang suruh curi gambar Ari tu. Saya terfikir jugak, mungkin Huda sebab Huda seorang je yang tak puas hati dengan Ari sekarang ni. "
" Itulah. Maybe dia memang nak tengok rumah tangga Ari dengan Riyaz kucar-kacir. Nasib baik baran Riyaz tak terlalu teruk. " Dani mengeluh lega.
" Tapi, kita tak boleh tuduh-tuduh tau. Ini cuma andaian kita. " Safiyya memperingati akan hal itu kepada Dani.
" Okay... Baru je ingat nak pergi serang Huda tadi. Hahaha! "
" Pandailah awak tu. Kang Huda pulak yang saman awak sebab buat tuduhan palsu dekat dia. "
" Takde lah. Saya bukan orang perempuan yang nak pergi serang-serang ni. I'm a man, okay! " kata Dani sambil mendabikkan dadanya.
" Apa-apa je lah. Lepas kita pergi cari barang hantaran pulak. " kata Safiyya malas mahu melayan Dani.
" Okay awak... "
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
RomanceSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...