" Tsk... Tsk... " Esakan kecil terlepas daripada bibir merah Daleeya." Ari... Sudah-sudah la tu menangis. " Pujuk Datin Mariana sambil menggosok-gosok belakang badan Daleeya.
" S-sampai hati p-papa buat A-ari macam ni. " Adunya pada Datin Mariana. Betapa hancurnya perasaan dia, bila Datuk Khalis memperlakukannya sebegitu.
" Papa buat semua ni, untuk kebaikan Ari juga."
" No!! " Tempelak Daleeya lagi. Dia langsung tak setuju dengan statement yang mengatakan bahawa papa buat semua itu untuk kebaikannya.
" Tolong jangan bantah cakap papa. Ari nak ke bercerai dengan Riyaz? "
Daleeya menggelengkan kepalanya. Air hidung yang hampir menitis di lap menggunakan tisu.
" Kalau tak nak, ikut je cakap papa. Macam yang papa mintak, jangan contact dengan Riyaz dulu buat masa ni. " Nasihat Datin Mariana lagi.
" Hmm... Ian dah tidur? " Soalnya apabila mengingati akan anaknya yang sedang berada di dalam kamar mamanya. Dia terlalu layankan rasa sedihnya sehingga anak lelakinya itu dilupakan seketika.
" Dah. Malam ni, biar Damian tidur dengan mama. Ari tenangkan fikiran dulu. Mama keluar dulu. " Datin Mariana menepuk perlahan bahu Daleeya sebelum melangkah keluar daripada kamar itu.
🌸
Datin Sri Munira mengerutkan dahinya tanda hairan apabila melihat Riyaz pulang ke rumah dengan keadaan yang serabut.
" Yaz... Kenapa ni? "
Riyaz menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Keluhan kasar terluah di bibirnya. Matanya tertunak melihat si ibu yang sedang melihat kelakuannya itu.
" Takde apa lah umi. "Jawabnya malas. Mata dipejam seketika.
" Cuba cakap betul-betul. Ari masih tak maafkan Yaz ke? "
" Bukanlah ma. Bukan pasal Leeya. "
" Habistu? Pasal apa lagi? " Tanya Datin Sri Munira tidak berputus asa. Tidak senang hatinya melihat keadaan Riyaz yang kusut itu.
" Ada apa ni? " Sapa Datuk Sri Irshad yang baru turun daripada tingkat atas. Dia berasa agak pelik apabila melihat isteri dan anaknya seolah-olah sedang berbincang tentang sesuatu yang serius.
" Entahlah abang dengan yaz ni. "
" Kenapa ni Riyaz? Syarikat ada masalah? " Teka Datuk Sri Irshad pula. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.
" Papa... Dia tak benarkan Yaz jumpa isteri Yaz." Dia berterus terang jua akhirnya. Entahlaa, sejak dia mengalami kelumpuhan, dia lebih senang bersifat terbuka dengan umi dan abinya.
" Kenapa pulak? "
" Papa masih tak dapat maafkan Yaz sebab tinggalkan Leeya. Papa marah sangat sampai tak bagi Leeya dan Damian ikut Yaz balik. "
" Damian? " Berkerut-kerut dahi Datin Sri Munira apabila mendengar nama yang cukup asing baginya itu.
Riyaz meneguk liurnya dengan kesat. Gugup untuk memberitahu perkara sebenar kepada umi dan abi.
" Damian... Anak Yaz dengan Leeya. " Ujarnya perlahan.
" Ya Allah, Yaz. Kenapa Yaz tak bagitahu kami?! Memang patutlah papa Ari marah sangat dekat Yaz. Bang, kita tak sepatutnya bawak Yaz pergi Australia dulu. " Kata Datin Sri Munira kesal. Dia memandang Riyaz dengan pandangan yang kecewa.
" Apa benda ni, Yaz? Yaz tak fikir ke sebelum Yaz tinggalkan Ari dulu? Yaz sanggup biarkan Ari terkontang kanting bawa anak Yaz kehulu kehilir. Memang patutlah papa Ari marah Yaz macam tu sekali. " Hambur Datuk Sri Irshad. Kesal dengan tindakan anak lelakinya itu.
" Yaz tahu itu salah Yaz. Sebab tu Yaz balik, nak tebuskan balik semua kesalahan Yaz tu. "
" Haihh... Abi dah tak tahu nak cakap apa lagi. Malu abi dengan papa Ari tau. Kalau abi tahu Ari tengah mengandung, abi tak akan recommend Doktor Hilman dekat Yaz." Datuk Sri Irshad menggeleng kesal sebelum melangkah pergi daripada ruang tamu itu.
" Umi tak nak salahkan Yaz setarus peratus. Umi faham Yaz tertekan waktu tu, sampaikan tersilap buat keputusan. Umi harap, Yaz dapat raih balik kepercayaan mertua Yaz. "
Riyaz tidak membalas. Dia hanya menunduk memandang lantai marmar yang licin berkilat itu. Rasa kesal mula bertandang di hatinya.
🌸
Riyaz melangkah masuk ke pejabatnya yang sudah setahun ditinggalkan itu. Pandangan staff-staff tidak dihiraukan.
" Welcome back, Tuan! " Sapa Syafiq dengan ramah. Syafiq adalah salah seorang pekerja di syarikat Riyaz juga.
Riyaz hanya mengangguk sahaja. Tiada mood untuk beramah mesra dengan orang ketika itu. Fikirannya penuh dengan perkara yang telah terjadi di rumah Datuk Khalis kelmarin.
" Tuan. Ada seorang perempuan nak jumpa Tuan without any appoinment. It's okay? " Tanya satu suara yang datang daripada interkom.
Riyaz berdecit perlahan. Dia baru sahaja masuk pejabat tak sampai setengah jam, sudah ada orang yang ingin berjumpa dengannya. Takde buat appoinment pulak tu.
" Apa nama dia? "
" Huda Nabilah, Tuan. "
Badan Riyaz yang tadinya santai bersandar di kerusi kulit terus terduduk menegak. Otaknya cuba memproses tentang sebaris nama yang sudah lama tidak kedengaran di cuping telinganya.
" Suruh dia masuk. " Balasnya dengan serius.
" Riyaz... " Sapa Huda sesudah melabuhkan duduk di hadapan Riyaz.
" Yes. Apa yang you nak kali ni? "
Huda terdiam apabila mendengar pertanyaan Riyaz. Jantungnya mula memainkan irama yang rancak.
" Saya... Nak mintak maaf dekat awak. " Ujarnya dengan sekali nafas sahaja. Dia menghembus nafas lega sesudah menuturkan sebaris ayat itu.
" Kenapa pulak you nak kena minta maaf? You ada buat salah dengan I ke? " Soal Riyaz aneh.
" Actually... Sebelum awak excident dulu, ada kereta yang ikut awak dari belakang kan? Kereta tu... Saya yang upah diorang untuk ikut awak. Saya minta maaf. "
" Maksudnya, excident tu you yang rancang? "
" Tak-tak! Awak jangan jangan salah faham. Saya tak ada kena mengena langsung dengan excident tu. Sumpah!! Saya cuma suruh kereta tu ikut awak, hanya untuk takut-takutkan awak. " Terang Huda bersungguh-sungguh.
" Macam ni lah, Huda. Sekarang ni, benda dah lepas. I dah tak nak ingat lagi benda-benda tu. I maafkan you. Boleh you pergi sekarang? " Riyaz merasakan bahawa kepalanya yang sudah berserabut, semakin bertambah serabutnya.
" I'm sorry again. Sampaikan maaf saya dekat Ari sekali sebab pernah buat benda tak elok dekat dia dulu. Saya pergi dulu. " Dan Huda terus keluar daripada office Riyaz tanpa berpaling lagi.
Riyaz menongkatkan kepalanya di atas meja. Arghh... Serabut!!!
Update awal sebb chap ni siap awal harini. Insyaallah malam ni ada satu lg chap saya akn update. Heee😄
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
RomanceSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...