PHMH 32

8.9K 272 2
                                    

[Media: Hud Luthriyaz]

" Abang!! Wake up. Nanti kita lambat. " laung Daleeya dari dalam bilik air.

" Abang dah bangunlah. Leeya yang sepatutnya cepat, it's already 8.00 a. m. " Riyaz sibuk menyusun bagasi di tepi pintu bilik mereka agar tiada barang yang tertinggal.

Sepupu-sepupu Daleeya merancang untuk bercuti bersama-sama. But, no parent allowed. Hanya orang-orang muda sahaja yang dibenarkan di dalam trip ini. Hahaha!

" Okay-okay. I'm done. " Daleeya yang baru keluar daripada bilik air pantas menolak perlahan Riyaz untuk memasukinya pula.

" Cepat!! Nanti orang lain pulak yang tunggu kita. " serentak itu, Daleeya terus menutup pintu bilik air. Dia bergerak memakai pakaian yang sudah disediakan semalam.

Dia duduk untuk mendandan rambutnya. Riyaz yang baru keluar dari bilik air dan hanya memakai tuala datang memeluknya daripada belakang.

" Abang... Pergi pakai baju. Jangan kacau Leeya, nanti lambat. "

Riyaz tidak menghiraukan bebelan Daleeya malah bibirnya semakin galak mencumbui kulit mulus milik Daleeya.

" Eeii... Dia ni kan! Pergi pakai baju. Leeya nak turun buat sarapan. Cepat okay? Diorang dah janji nak gerak pukul 9.30 kan? " bebel Daleeya sambil meletakkan klip rambut di rambutnya. Siap!!

Beg tangan diambil lalu pipi Riyaz dikucup perlahan.

" Pakai baju cepat! "

🐑

" Arghh... Segarnya udara dekat sini!" jerit Hani sambil mendepakan tanganya.

" Kan... Now, kita berehat dulu, pukul lima nanti semua kena ada dekat pantai. Okay? "

" Okay!! "

Mereka mula beransur ke bilik masing-masing. Mereka akan bercuti di pantai itu selama 3 hari 2 malam. Dan semua aktiviti pada waktu tersebut telah disusun oleh sepupu-sepupu lelakinya.

🌸

" Okay semua. Petang ni kita bebas! Nak pergi mana pun takpe. Nak mandi pantai ke, nak makan ke, nak jalan-jalan sekitar sini pun boleh. Esok baru kita mulakan aktiviti. "

" Habistu, apa function abang Amar suruh kitorang turun pantai? Kalau tahu, tidur lagi bagus. Huh! " Tempelak Sorfina dengan muka masamnya.

" Hei, abang sengaja nak bagi korang ambil fresh air sikit petang-petang ni. Tak kan lah datang sini nak tidur je dalam hotel kan? Dah-dah, aku nak pergi main jetski. Bye-bye!! " Amar terus berlari-lari anak ke arah Daniel dan beberapa orang lagi yang berada di tepi pantai. Masing-masing sudah bersiap sedia untuk menaiki jetski.

" Abang tak main dengan diorang? " soal Daleeya.

" Kalau abang pergi main, Leeya nak buat apa dekat sini? " Riyaz menyoal dengan prihatin kepada isterinya. Risau juga kalau Daleeya bosan tunggu dia main nanti.

" It's okay. Leeya nak pergi dengan diorang. Diorang cakap nak pergi makan. Hehehe. "

Riyaz memicit perlahan hidung Daleeya.

" Bab makan laju je dia! Nah, tolong jagakan dompet abang. Nanti nak bayar apa-apa ambil je duit dalam tu."

" Okay! Tapi Leeya ada duit lagi lah. "

" Simpan je duit sayang tu, okay? Dah la, abang pergi dulu. Diorang dah tunggu tu. "

" Okay. Bye-bye. " Dia mencuim pipi Riyaz.

" Kak leeya!!! Dah ke belum? Abang Riyaz tu, nak pergi main jetski dekat pantai depan tu je. Bukannya pantai dekat oversea sana tu! " sakat Farina dengan senyuman nakal melata di bibirnya.

Daleeya menyembamkan mukanya pada dada Riyaz apabila menyedari banyak mata yang sedang memandangnya dengan nakal. Malu!!!

" Dah-dah. Pergi dekat diorang. Nanti lagi teruk Leeya kena sakat kalau lambat pergi dekat diorang. " ujar Riyaz sesudah selesai menghabiskan tawanya.

" Hurm... Bye. " Daleeya melambai-lambaikan tangannya kepada Riyaz. Langkah kakinya dibawa ke arah sekumpulan perempuan iaitu sepupu-sepupunya.

" Tak sabarnya nak kahwin!! " Khairina tiba-tiba sahaja menjerit teruja.

" Itu lah. Tengok Leeya dengan hubby dia, buat aku rasa nak kahwin cepat-cepat! " seloroh seorang lagi sepupunya.

" Ehem... Jom lah pergi makan. " Daleeya berdehem cuba untuk mengalihkan topik. Dia mengipas-ngipas wajahnya yang sudah merah akibat malu dengan tangannya.

" Eleh... Malu lah tu. " usik mereka lagi sambil mengucuk pinggangnya dengan jari telunjuk.

" Akak-akak semua... Lambat lagi ke? Jom kita pergi makan, boleh? " sampuk Hani apabila sudah hilang sabar melihat drama kakak-kakak sepupunya itu.

" Okay-okay, jom. Hahaha! "

🌸

Mata Huda meninjau-ninjau ke dalam pagar rumah tersebut. Sesekali, kedengaran dengusan kasar keluar daripada bibirnya.

" Cik ni siapa ya? " tanya Pak Hamid, iaitu security guard rumah Riyaz. Dia berada agak pelik apabila melihat Huda yang seperti menghendap rumah besar milik tuannya itu.

" Saya kawan Riyaz dan Ari. Diorang ada dekat rumah tak? "

" Ouh... Tuan dengan Puan tak ada sekarang ni. Diorang pergi bercuti sampai hari Isnin ni. "

Huda merasakan hatinya sudah terbakar apabila mendengar penjelasan daripada Pak Hamid itu. Dia berdecit geram.

" Boleh saya tahu diorang pergi bercuti dekat mana? " sebolehnya dia mengukirkan senyuman buat lelaki tua itu. Risau juga kalau buat muka ketat, nanti Pak Hamid tak nak bagitahu pulak.

" Maaf, Cik. Tapi Tuan Riyaz tak benarkan bagitahu hal peribadi dia dekat orang luar. "

" Saya ada bagitahu kan yang saya kawan diorang tadi? " katanya sedikit berang.

" Maaf, Cik. Pak Hamid memang tak boleh bagitahu. Pak Hamid minta diri dulu. " Pak Hamid terus memasuki pondok guard tanpa menghiraukan Huda yang sedang memerhatinya dengan riak tidak puas hati.

Huda menghentak kakinya sebal. Rancangannya hendak memberitahu Riyaz perihal Daleeya yang menggunakan Riyaz sebagai alat untuk membalas dendam terkubur begitu saja.

Tak apa! Banyak lagi masa yang aku ada. Bersap sedia lah Arina untuk hadap kehancuran rumah tangga kau!









Hmm... Bersiap sedialah reader ii sekalian. Muahahaha!

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now