PHMH 19

10.8K 468 12
                                    

Riyaz menolak pintu wad yang menempatkan Daleeya di hospital itu. Buka sahaja pintu, matanya terus ternampak kelibat Daleeya yang sedang termenung memandang tingkap.

" Kenapa termenung? "

Daleeya menoleh dan serta merta tersenyum lebar apabila Riyaz datang melawatnya.

" I bosan. Dan 3 hari I duduk hospital, I langsung tak boleh makan benda sedap-sedap. Asyik bubur hospital je." adunya kepada Riyaz.

Riyaz hanya menggeleng kepalanya perlahan. Perut tengah sakit pun masih lagi pikir pasal makanan sedap. Daleeya... Daleeya...

" You kena pantang dulu makan sampai jahitan betul-betul baik. Nah, umi I ada kirimkan bubur nasi untuk you. " kata Riyaz sambil meletakkan satu tupperware di atas meja.

" Sedapnya... balik nanti cakap terima kasih dekat aunty eh? "

Riyaz menganggukkan kepalanya.

" You nak makan sekarang ke? "

" Nak!! I lapar... " ujarnya sambil menggosok-gosok perlahan perutnya.

Riyaz tidak melayan malah terus menggerakkan tangannya untuk membuka penutup tupperware. Bekas berisi bubur nasi itu disua kepada Daleeya. Dia menjungkitkan keningnya apabila Daleeya tidak menyambut hulurannya.

" I nak you suap I, please... " pintanya manja.

Riyaz menghembuskan nafasnya perlahan. Tangannya mengambil juga bekas bubur itu dan mula menyuap Daleeya.

" Sedapnya... pandai umi you masak." puji Daleeya.

" Bubur kosong pun sedap ke? Ayam takde, daging pun takde. " kata Riyaz perlahan. Tangannya ligat mengacau perlahan bubur itu menggunakan sudu.

" Sedap sebab cukup rasa... yang hospital punya tak cukup rasa... " Daleeya sengih. Seronok bila Riyaz melayan saja perangainya.

" Dah, habiskan. "

🌸


" I dah nak balik. You duduk elok-elok. Kejap lagi mama you sampai lah. " ujar Riyaz sambil memandang Daleeya yang kusyuk menonton movie di netflix menggunakan laptop.

" Dah nak balik? Tunggu lah kejap sampai mama sampai. "

" I nak terus ke office ni. Ada kerja sikit nak buat. "

Daleeya memuncung.

" Hujung minggu pun nak pergi office? Please... temankan I sampai mama sampai je. "dia memegang tangan Riyaz lalu mengoncangnya. Entahla... memang habit dia goncang tangan Riyaz. Hehe.

" Okay, I tunggu kejap je. " Riyaz mengalah juga akhirnya. Tangannya secara spontan naik mengusap rambut Daleeya.

Daleeya yang pada mulanya tersentak dengan perbuatan Riyaz mula tersenyum kecil.



🌸


Riyaz membuka pintu keretanya setelah turun daripada wad Daleeya. Telefonnya berbunyi sesaat menandakan mesej telah masuk. Sedang dia membaca mesej yang diterima, tiba-tiba tubuhnya terasa seperti ditarik ke belakang.

" Apa awak buat dekat sini? " soal Huda secara tiba-tiba. Dia datang hendak melawat sepupunya dan ternampak kelibat Riyaz.

" I ada hal. "

" Hal apa sampai ke hospital? " Huda mula meninggikan suaranya.

" Awak jangan masuk campur boleh tak? "

" Macam mana saya tak masuk campur kalau awak datang melawat perempuan lain!!! " Tempik Huda. Tidak dikisahkan lagi pandangan Riyaz terhadapnya.

Riyaz mengeluh perlahan. Tidak pernah dia melihat Huda yang selama ini lemah lembut, bertempik sebegitu di tempat awam.

" Macam ni lah Huda, kita bincang benda ni lain kali? Saya ada kerja nak buat. Boleh? " Riyaz cuba berlembut.

" Tak boleh!!! Saya nak tahu sekarang jugak sebab apa awak datang melawat Arina? Apa hubungan awak dengan Arina?! Answer me!!! "

" Fine!!! Kalau kau nak tahu sangat, aku datang melawat Daleeya sebab aku care pasal Daleeya! Aku sayang dan cintakan dia!! Puas hati kau sekarang?! " Riyaz sudah hilang sabar. Dia cuba untuk tidak membuat kecoh di tempat awam. Tapi, Huda memang dah cabar tahap kesabaran dia.

" Sa-sampai hati a-awak. Ari tu kawan saya!!! Kenapa awak mesti suka dekat dia?! Saya ni tak cukup cantik ke? Ni mesti sebab perempuan tu dah goda awak kan? Tak guna punya perempuan!! " Huda sudah melenting. Matanya sudah memerah marah manakala wajahnya sudah basah dengan air mata.

Riyaz terus mengejar Huda apabila Huda berlari memasuki semula hospital. Dia cuba untuk menarik Huda, malangnya pintu lift sudah tertutup rapat. Dia mengetap bibir kuat. Tanpa berlengah, dia membuat keputusan untuk manaiki tangga sahaja.

🌸


Daleeya yang baru selesai mandi agak terkejut apabila pintu wadnya dibuka kasar. Mesti Mama!! Datin Mariana keluar berjumpa dengan doktor sebentar untuk bertanya lebih lanjut tentang keadaannya. Senyumannya pudar tatkala bukan wajah mamanya yang muncul di depan pintu.

" Huda... ma–" percakapannya terhenti apabila,

Paang!!!

Daleeya terkedu apabila ditampar oleh Huda. Kepalanya sudah berpinar-pinar manakala matanya sudah basah dengan air mata.

" Apa masalah kau ni Huda!!! " bentak Daleeya sambil mengelap perlahan bibinya yang berdarah.

Huda tersenyum sinis.

" Bukan aku, tapi kau! Kau dah goda Riyaz, sampai dia nak putuskan hubungan dia dengan aku! Kau ni memang perempuan jalang kan?! " jerkah Huda dan mula menghampiri Daleeya.

" A-apa kau cakap ni? Aku tak faham lah! "

Pang!!!

Dia terkedu apabila ditampar oleh Huda buat kali kedua.

" Sakit kan? Sakit lagi hati aku ni! " Huda menarik-narik rambut panjang Daleeya. Wayar drip di tangan Daleeya juga sudah tercabut dan tangannya mula mengeluarkan banyak darah.

Huda terkejut apabila bajunya terkena darah di tangan Daleeya. Dia menolak Daleeya kuat sehingga terkena bucu katil.

" Huda!! Kau buat apa dekat Daleeya hah?! " Riyaz meluru masuk ke arah Daleeya yang sudah terkulai lemah. Tangan Daleeya menekap perlahan tempat jahitannya.

" Kau memang tak guna lah! Kau tengok apa kau dah buat dekat dia?!" marah Riyaz. Dia mencengkam tangan Huda dan menolak Huda keluar daripada wad itu.

Tangannya pantas menekan berkali-kali butang yang disediakan untuk memanggil doktor jika terdapat kecemasan. Matanya memandang Daleeya yang sudah dilumuri darah itu.

" Riyaz... S-saya tak bermaksud pun nak cederakan dia sampai m-macam tu sekali. " Huda memasuki kembali wad Daleeya untuk meminta simpati kepada Riyaz.

" Kau keluar sekarang!! Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni! Kalau tak nahas kau aku kerjakan!! Keluar!!! "

Huda yang mendengar suara Riyaz yang sudah memetir itu terus berlari keluar. Tubuhnya terlanggar beberapa orang jururawat yang bergegas memasuki bilik Daleeya. Tanpa berlengah, dia terus memasuki lift untuk keluar daripada hospital itu.

🌸







Sian Arina 😢 btw, Misi Memikat Miss CEO dah reach 40K😰😰😰 thank you untuk sesiapa yg baca story tu walaupun cara penulisan agak kebudak-budakan. Terharu kite 😢❤ pst... Yg belum baca, bleh check dekt profile saya 😙

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now