PHMH 34

8.7K 390 2
                                    

Disebabkan sya syg readers saya, tk cukup 2k pun sya update. But, dah nk sampi 2k. Tadi saya tgok, dh 1.93k. Yeay!! Thankyou!

Dani yang sedang berurusan dia kaunter receptionist mengerutkan dahinya apabila ternampak kelibat Huda di syarikat Riyaz.

" Huda!! " Dia melaung sedikit untuk memanggil Huda.

" Yes. Nak apa? " Soal Huda dengan angkuh sesudah sampai di hadapan Dani.

" Kau buat apa datang sini? "

" Aku ada urusan. Kenapa kau perlu masuk campur ni? " Cemuh Huda dengan riak yang tidak senang dengan perangai Dani.

" Setahu aku, Riyaz dah tak nak berurusan lagi dengan kau. Baik kau bagitau aku, kau datang sini nak apa sebenarnya? "

Huda berdecit perlahan. Senyum sinis ditarik perlahan.

" Aku rasa kau tahu kenapa aku datang sini kan? "

Dani mengertap giginya kuat. Memang betul telahannya. Huda datang untuk memberitahu Riyaz tentang rancangan Daleeya yang terdahulu.

" Encik Dani. Maaflah I datang lambat. Boleh kita berbincang sekarang? " Tiba-tiba, seorang lelaki 30-an datang menegurnya.

Huda melambaikan tangannya kepada Dani.

" Aku harap kita tak akan berjumpa lagi. " Katanya dan terus berlalu pergi. Dani mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menyumpah perlahan tatkala telefonnya tidak mempunyai bateri. Dia melihat klien dengan serba salah.

" Encik Dani? Can we go now? "

" Boleh-boleh. Ikut sini Encik. " katanya sambil menunjukkan arah untuk ke meeting room.

Dia harap Riyaz tak akan bertindak terburu-buru.


🌸


" Apa kau nak lagi? " Riyaz menyoal dengan serius.

" Nothing. Saya saja je datang melawat awak. Kita dah lama tak jumpa kan? " Balas Huda dengan senyuman meleret. Dia merenung Riyaz yang sedang berpeluk tubuh itu. Handsome like always!!

" Itu je? Kalau sebab tu je, aku rasa kau boleh keluar dari pejabat aku. Aku tak suka orang hipokrit jejak kaki dalam pejabat aku. "

Riak wajah Huda bertukar. Dia menggengam tangannya erat. Giginya dikertap serapat yang mungkin. Dia menghembus nafasnya perlahan.

" Apa maksud awak yang saya ni hipokrit? Tak kan sebab saya jual tender syarikat awak, awak terus cop saya hipokrit? "Huda berkata sayu. Air matanya sudah bergenang.

Riyaz hanya membisu. Matanya tajam memanah ke dalam mata Huda.

" Awak tahu tak sebab apa saya jual tender tu? Awak tak pernah tanya saya dulu kan? Saya terpaksa curi dan jual tender syarikat, sebab saya perlukan duit untuk hantar adik saya belajar di luar negara. "

" Apa gaji yang selama ni aku bagi dekat kau tak cukup ke? Besar sangat ke belanja adik kau sampai kau perlu khianat aku? And, paling aku tak sangka, kau jual tender tu dekat musuh aku. "

" Saya jual dekat dia sebab dia je yang tawarkan harga paling tinggi untuk tender tu. Saya terpaksa. "

" Pergi mati dengan kau punya alasan! Kau cuba untuk perbodohkan aku lagi? Aku tak bodoh Huda. Aku dah siasat sebab apa kau sanggup curi dan jual tender syarikat. Kau buat semua tu sebab kau beli kereta baru kan? Kau tak buat semua tu untuk adik kau pun. Kau memang hipokrit, Huda! Tapi, aku diamkan dan tak bawa kes ini ke mahkamah sebab aku fikir kau masih ada tanggungan. " Dia semakin berang apabila mengingati tentang tender yang telah dijual Huda itu.

Disebabkan hal itu, syarikatnya telah terlepas projek yang sangat menguntungkan.

Bibir Huda terketar-ketar apabila mendengar kata-kata Riyaz. Riyaz... siasat?

" Ouh... One more thing, bukan sebab tu je aku cakap kau hipokrit. Kau, hipokrit sebab kau masih tak ada rasa bersalah langsung lepas apa yang kau buat dekat isteri aku. Malah, kau cakap yang kau kawan baik Daleeya. Manusia jenis apa kau ni?! " Wajah Riyaz semakin menegang.

Jika diikutkan akal tidak warasnya, sudah lama dia naik tangan pada perempuan di hadapannya ini.

Huda menghamburkan tawanya secara tiba-tiba. Dikesat air mata yang bertakung tadi. Bibirnya menarik senyuman licik.

" Baguslah awak dah tahu. Tapi, there's one thing that you don't now about your wife. " Dia menyatukan kedua belah tangannya dan siku ditongkatkan di atas meja Riyaz. Dagunya diletakkan di atas kedua belah tangan yang digenggam erat.

Dia meneruskan ucapannya apabila Riyaz tidak memberi respon terhadap apa yang dikatakan nya sebentar tadi.

" Saya sebenarnya tak sanggup nak bagitahu awak. Saya tahu, awak akan terluka bila dengar perkara ni. Tapi, for our relationship sake, I have to tell you this. " Dia berjeda seketika. Tawa sinisnya dilepaskan ke udara.

" For your information, your wife ––"







🌸




" Abang... Kenapa balik lewat harini?" Soal Daleeya sebaik sahaja Riyaz memasuki rumah.

Riyaz memandang Daleeya lama.

" Kalau abang tanya Leeya soalan, boleh Leeya jawab dengan jujur? "

" Boleh. Abang nak tanya apa? " Dengan penuh yakin dan tanpa syak wasangka dia membalas.

" Betulke... Leeya kahwin dengan abang sebab nak balas dendam dekat Huda? "

Daleeya tergamam. Tangannya tadi yang lincah mengurut bahu Riyaz terhenti. Nafasnya terasa seolah-olah disekat.

" Apa yang abang cakap ni. Ridiculous! " Dia bangun daripada sofa dan berura-ura untuk pergi.

Riyaz menahan Daleeya daripada berlalu. Pergelangan tangan Daleeya digenggam perlahan dan ditarik untuk duduk kembali di tepinya.

" You said that you will answer my question truly. Can you...just answer my question truly? " Pinta Riyaz perlahan.

Bibir Daleeya terkunci. Dia melihat Riyaz dengan pandangan yang sayu. Berharap supaya Riyaz tidak akan memaksanya untuk menjawab soalan itu.

" Daleeya Arina, tolong jangan buat abang paksa Leeya untuk jawab soalan tu. " Riyaz memberi amaran.

" Le-leeya... Huh!!! Betul. Memang Leeya nak kahwin dengan abang sebab nak balas dendam dekat Huda."

Riyaz berjeda sebentar. Walaupun dia tahu memang itu jawapan yang akan dijawab oleh Daleeya, entah kenapa, dia berasa semakin kecewa apabila mendengarnya daripada mulut isterinya sendiri.

" Tapi, Leeya tetap cintakan abang. Leeya cintakan abang sejak abang selamatkan Leeya waktu lemas dulu. Bila Leeya jumpa abang balik, Leeya rasa happy sangat. " Daleeya sudah teresak-esak di samping Riyaz.

"Tapi, Leeya kecewa bila dapat tahu yang abang bercinta dengan Huda. Sejak daripada tu, isk, Leeya berjanji dengan diri Leeya sendiri, yang Leeya akan dapatkan abang balik. Isk... Leeya tak buat abang sebagai alat untuk balas dendam. Leeya sayang abang sangat-sangat. Isk. Ab-abang tolonglah percayakan Leeya. Le-Leeya betul-betul sayang, cintakan abang. " Esak tangisnya jelas kedengaran. Tangan Riyaz diambil lalu dicium berkali-kali. Air mata yang mengaburkan pandangannya dikesat dengan kasar.

" Leeya. Sayang. It's okay, abang faham. Abang tahu Leeya tak salah. Shhhh... Stop crying please. " Riyaz menarik Daleeya masuk ke dalam dakapannya.

Kepala Daleeya dicium berkali. Tangannya mengusap perlahan belakang Daleeya untuk menenangkan Daleeya yang sedang terhinggut-hinggut menahan esa yang semakin menggila.

" I'm sorry. I––"

" Shhhh... Abang dah maafkan sayang. Please stop crying. Its hurt me. " pujuknya lagi. Tubuh kecil Daleeya dicempung dan terus dibawa naik ke kamar mereka.







Lepas ni dh takde happy-happy. Sorry kalau ada broken english. Hehe. And more,vote please...😝

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now