PHMH 27

9.5K 319 10
                                    

Riyaz menggosok kedua belah tangannya berkali-kali. Namsan Tower itu begitu sesak dengan manusia ketika salji turun begini. Dia beralih memandang Daleeya yang tidak sudah-sudah mengambil gambar sedari tadi lagi.

" Leeya... Lambat lagi ke? Sejuk ni. " kata Riyaz kepada Daleeya.

" Kejap lah. Dia punya view ni cantik gila. " balasnya teruja.

" And for you information, dekat sini lah Hoe Joon Jae tunggu Sim Cheong sebab diorang dah berjanji untuk jumpa. Sim Cheong nak confess dekat Hoe Joon jae tapi dia excident dekat depan pintu nak masuk tu. So, diorang tak jumpa. "'

Berkelip-kelip mata Riyaz mendengar cerita daripada isterinya itu.

" Hoe Joon Jae? Sim Cheong? Siapa tu?"

" Ish... Abang ni, diorang ni dalam drama Legend Of The Blue Sea lah. "

Riyaz mengangguk faham. Drama Korea lagi lah tu.

" Leeya harap Lee Min Ho datang Namsan Tower malam ni. Mana lah tahu dapat jumpa dengan dia. " Daleeya menggeletis seketika. Dia menggigit kukunya apabila membayangkan jika dia terjumpa dengan Lee Min Ho di Namsan Tower ini.

" Aahh, sudah. Jangan nak berangan sangat. Ingat eh, suami Leeya ada dekat sebelah ni. "

" Hehehe. Sorry husband. Jom kita ambil gambar berdua. " kata Daleeya lalu menegur salah seorang penduduk tempatan di situ.

" Yes? " tanya wanita Korea itu.

" Can you take a picture for us. "

" Ouh, sure. "

Daleeya mengukirkan senyum manisnya kepada wanita Korea itu sambil menghulurkan camera canon nya.

🌸

" Abang. Cantik lah gambar ni. Balik nanti kita print out eh? " Daleeya memandang Riyaz yang kelihatan bosan itu.

" Okay. Boleh kita balik sekarang? "

" Tak boleh. "

" Why? Abang mengantuk ni. Sudah lah sejuk."

" Leeya nak pergi Han River. Dekat sana ada pertunjukan bunga api. Kita pergi eh? "

" Yelah. Tapi, Han River tempat last. Abang nak balik hotel, nak tidur. Esok pulak kita sambung berjalan eh? "

" Okay. "

🌸

" Wow... Cantiknya. " Ujar Daleeya yang terpegun dengan Han River Park itu.

" Cantik sebab diorang jaga persekitaran. Bersih, sebab tu cantik."

" Hmm... betul. " setuju Daleeya dengan kata-kata Riyaz.

" Tunggu kejap tau. Nanti abang datang balik. "

" Abang nak pergi mana? " tanya Daleeya sambil menyelukkan tangan ke dalam poket jaket tebalnya.

" Nak pergi beli barang kejap. "

Daleeya mengangguk faham selepas itu. Beberapa minit kemudian, Riyaz kembali ke sisinya dengan membawa segulung tikar.

" Tikar? " Daleeya menyoal aneh. Nak buat apa tikar malam-malam macam ni?

" Yelah. Leeya tak nampak ke, kebanyakan diorang bawak tikar datang sini untuk buat pelapik duduk. Come, duduk atas tikar ni. " panggil Riyaz sesudah membentangkan tikar di atas rumput.

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now