SPECIAL PHMH III

7.5K 408 22
                                    

                  " Done checking angah's bags, along?"

" Done. Along masuk dulu lah ma." Kata Damian sebelum masuk ke dalam kereta.

" Good. So Ariyan... You gonna be a good son today okay?" Daleeya mengusap perlahan rambut Ariyan.

Ariyan memasamkan mukanya. Kakinya dihentak ke lantai sebelum riak wajah penuh simpati ditunjukkan pada Daleeya.

" Ma... Boleh tak bagi Ariyan pegang PSP? PSP je, Ariyan janji. Nanti Ariyan bosan lah dalam kereta."

" Kalau bosan, angah boleh tengok pemandangan. Pemandangan dekat negeri Kedah cantik-cantik tau." Cadang Daleeya.

" Mama, please..."

Riyaz yang baru selesai memasukkan beg baju mereka ke dalam bonet kereta menggelengkan kepalanya apabila mendengar rayuan daripada Ariyan.

" Ariyan. Dengar je cakap mama tu. Dah, masuk kereta cepat." Kata Riyaz agak tegas. Tak boleh dibiarkan si Ariyan tu merayu dekat Daleeya, nanti kang Daleeya lembut hati.

" Papa..."

" I said no! Masuk kereta. Now!"

Ariyan mengeluh perlahan. Pintu kereta bahagian penumpang belakang dibuka dan matanya terarah pada Damian yang sedang memejamkan mata sambil earphone disumbat ke dalam telinga.

" Along boleh pulak pegang phone." Omelnya perlahan. Seat disebelah kanan diambil dan seat tengah di antara Damian dan Ariyan dibiarkan kosong.

" Anak-anak mama dah ready ke ni?"

" Dah mama."

" Okay good. Ariyan... Smile please. Mama tak nak tengok muka cekodok basi awak tu." Sakat Daleeya selepas memandang wajah masam milik Ariyan.

" Kenapa cekodok basi, yang?" Soal Riyaz lalu tergelak kecil.

" Cekodok basi suit well dengan muka masam angah. Sama gila, kan along?"

" Ha'ah. Angah, tak baik tunjuk muka masam macam tu dekat mama and papa." Tegur Damian.

" Fine! Mama see... I'm smile..." Ariyan sengih menunjukkan barisan gigi hadapannya kepada Daleeya.

Daleeya tersenyum melihat keletah anak-anaknya itu. Rambut Naura yang sudah dibuai mimpi itu dielus lembut.

" Mama, kita stay dekat hotel ke nanti?" Tanya Damian tiba-tiba. Earphone di telinganya dicabut.

" Nope! Kita stay dekat homestay dalam kampung yang kita nak pergi ni"

" Kampung? Kampung siapa?"

" Kampung kawan papa. Kawan papa dah carikan kita homestay. "

" Ada apa je dekat kampung tu?" Tanya Damian seolah-olah berminat dengan keadaan di kampung.

" Macam-macam ada, along. Sawah padi, sungai and air terjun. Nanti mama and papa bawak korang pergi situ." Ujar Daleeya. Haihh... Jakun betul anak-anaknya ini.

" Swimming pool takde ke mama?" Sampuk Ariyan yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mama dan alongnya itu.

" No swimming pool dekat kampung. "

" Stop dreaming lah, angah. Nanti kau mandi perigi je dekat sana. " Ujar Damian lalu menyerabutkan rambut Ariyan.

" Ishh along!!! Rosak rambut angah."

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now