PHMH 26

10.6K 350 3
                                    

Daleeya mengelap perlahan peluh di dahinya. Dia tersenyum puas apabila kesemua benih pokok bunga yang dibeli sudah berjaya ditanamnya. Matanya terarah pula pada buaian kayu yang dibuat oleh Riyaz. Cantik!!

Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan berjalan menuju ke biliknya. Pintu ditolak perlahan supaya tidak mengejutkan gerangan yang sedang enak beradu di atas katil itu.

" Penat sangat ke buat buaian tu? " dia berkata sendirian sambil mengusap lembut rambut milik Riyaz.

" Penatlah. Leeya dah habis tanam pokok bunga? " sahut Riyaz dengan mata yang masih tertutup.

" Ingatkan tidur tadi. "

Riyaz menarik Daleeya supaya berbaring di tepinya tetapi ditolak oleh Daleeya.

" Why? "

" Leeya nak pergi mandi dulu. Badan melekit dengan peluh. " Katanya.

" Baring lah dulu. I have something to ask you. " Ujar Riyaz dan terus menarik Daleeya yang berdiri di tepi ketil itu.

Daleeya terjerit kecil apabila Riyaz menariknya dengan tiba-tiba. Dia mengeluh perlahan dan mula menyelesakan dirinya di atas katil.

" Nak tanya apa? "

" Leeya ada tak nak pergi mana-mana country tapi tak tercapai lagi?"

" Hurm... " dia meletakkan jari telunjuknya dia dagu seolah-olah seperti sedang berfikir.

" Korea!! Sebenarnya Leeya dah rancang nak pergi dengan Fiyya hujung tahun ni. Kiranya, bulan ni lah sebab winter kan. Tapi, tak jadi lah sebab Leeya dah kahwin dengan abang. "

" Okay. "

" Kenapa tanya? "

" Abang nak bawak Leeya pergi honeymoon dekat situ. "

" Seriously?! Oh my god, abang. I love you so much. Bila kita nak pergi? " soal Daleeya teruja.

" Dalam masa 2 minggu ni jugak lah. Now, kita tidur! " arah Riyaz dan terus menyembamkan mukanya pada rambut Daleeya.

🌸

" Am I dreaming? " Daleeya berbisik perlahan sambil melihat kesibukan orang ramai di Incheon International Airport, Seoul, Korea.

" No sayang. This is not a dream. " Riyaz yang datang dari arah belakang terus menyarungkan jaket tebal pada Daleeya.

" Betul? " soal Daleeya yang masih lagi tidak percaya.

" Yee. Now, pakai elok-elok jaket ni. Sejuk ni. " ujar Riyaz dan terus memeluk bahu Daleeya. Mereka berdua berjalan keluar daripada Incheon International Airport itu.

Daleeya menghirup udara apabila keluar daripada Incheon International Airport itu. Dia mengukirkan senyuman lebar. Macam tak percaya je yang dia berjaya datang Korea pada musim sejuk.

Riyaz telah mengambil teksi untuk ke tempat penginapan mereka iaitu Hotel Signiel, Seoul.

" Lepas ni kita rehat dulu. Malam nanti baru abang bawak Leeya jalan-jalan okay? "

" Okay. " balasnya pendek.

🌸

Keesokan harinya mereka mengambil keputusan untuk ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village ialah dimana tempat terdapatnya rumah-rumah tradisional Korea pada Joseon Dynasty.

" Best kan kalau tinggal dekat sini. Tenang je. " kata Daleeya apaba melihat penduduk di Bukchon Hanok Village itu.

" Leeya nak tinggal dekat sini? "

" Siapa je yang tak nak. Tapi, Malaysia lagi best kot sebab dekat situ lah tanah tumpahnya darahku. Hahaha! "

" Eeii. Ada-ada jelah. " balas Riyaz lalu memicit hidung Daleeya.

" Apa ni. Dah la sejuk, pergi picit hidung orang pulak. Lagi bertambah merah adalah. "

" Okay, I'm sorry. " Serentak itu, Riyaz menggosok perlahan hidung Daleeya yang merah itu.

Daleeya senyum kepada Riyaz dan mereka berjalan sambil menikmati kecantikan rumah-rumah tradisional di Bukchon Hanok Village itu.

🌸

Daleeya berhenti daripada berjalan secara tiba-tiba. Riyaz yang melihat hanya mengerutkan dahinya pelik.

" Kenapa? "

" Ommo!! The Pastel de nata! Kalau abang nak tahu, salah satu location filming drama The Heirs dekat sini lah. Diorang bertembung dekat sini lah lepas diorang bergaduh. Jap eh, Leeya nak tangkap gambar. " terangnya panjang lebar sambil menangkap gambar menggunakan camera canon yang tersangkut di lehernya.

Riyaz menggelengkan kepalanya melihat kerenah Daleeya itu. Nasib baik sayang!

" Oh ya!! Drama Touch Your Heart pun ada berlakon dekat sini jugak kalau abang nak tahu. "

" Touch Your Heart? Drama apa tu, sayang? "

" Eeii... Abang ni tak best lah. Lepas ni, abang kena belajar tengok drama Korea sebab isteri abang ni suka tengok drama Korea. Al-ass-eo? (faham?) "

" Seriously, sayang?! " tanya Riyaz tidak puas hati.

" Yes. Dah jom. " Daleeya menarik tangan Riyaz tanpa menghiraukan muka tidak puas hati Riyaz itu.

🌸

Daleeya menongkatkan sikunya pada bingkai tingkap sambil menghayati keindahan bandar Seoul itu. Dia memeluk tubuh apabila angin sejuk menyapa tubuhnya. Dia menoleh ke belakang dan terlihat susuk tubuh Riyaz yang terbaring kepenatan di atas katil.

" Penat sangat lah tu. " desisnya perlahan.

Apabila dia melihat ke luar tingkap kembali, mulutnya yang ternganga di tutup akibat terlalu terkejut. First snow in Seoul.

" Abang! Abang... Wake up please. " dia mengoncang tubuh Riyaz berkali-kali.

" Why? Abang penat lah Leeya. "

" Jom keluar. First snow dah turun. Jom lah. " rengek Daleeya.

" Buat apa nak keluar waktu salji turun, sayang... Sejuklah malam-malam macam ni. Meh, tidur dengan abang. " Riyaz cuba untuk mengajak Daleeya untuk menyertai tidur tetapi tidak berjaya

" Eeii... tak nak!! Orang cakap waktu salji turun kita kena pergi Namsan Tower sebab view dia cantik. Jom lah abang... " rengek Daleeya lagi.

" Orang cakap ke K-drama Leeya yang cakap? " perli Riyaz sambil membetulkan rambutnya yang serabai.

" Hehe. Jom lah. Leeya pergi bersiap eh? Kejap tau. " tanpa mendengar persetujuan daripada Riyaz, dia terus berlari anak memasuki closet untuk menukar bajunya. Tak sabar nak pergi Namsan Tower!!














Sorry kalau ada tersalah information. Hehehe. Jangan lupa tekan butang star tu okay?

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now