" Huda... Aku mintak maaf tau sebab bangkitkan hal kau dengan Saiful dulu. Aku tak sangka pulak yang– " ayat Daleeya terhenti apabila dipintas oleh Huda.
" Eh, takpe. Lagipun benda kecil je. Bukan salah awak. " kata Huda sambil tersenyum. Padahal didalam hatinya, tidak habis-habis dikutuk Daleeya itu.
" So, how your life Huda? Awak kerja apa sekarang? " tanya Safiyya pula.
" Saya kerja sekali dengan Riyaz. Err... I mean dekat syarikat Riyaz. "
" Wow!!! Muda-muda dah ada syarikat sendiri. Bagus eh you. Untung kau dapat dia Huda. " seloroh Daleeya.
" Yeah... Berkat usaha keras dari dulu." Balas Riyaz pendek. Matanya lebih tertarik kepada gelagat orang ramai di dalam restoran itu daripada mendengar perbualan mereka bertiga.
" Jadi, awak kenal Riyaz sejak awak kerja dengan dia la kan? " Safiyya bertanya lagi. Dia menoleh ke arah Daleeya yang kusyuk merenung jejaka di hadapannya itu dan menyepak perlahan kaki Daleeya di bawah meja.
Daleeya menoleh sambil membuat isyarat mata ' what? '.
Safiyya hanya menjeling lalu kembali fokus kepada Huda.
" Erm... Ya, saya boleh kenal dengan Riyaz sebab kitorang selalu meeting sekali walaupun kitorang lain department. "
"Ouh... Macam tu. "
" Awak pulak Fiyya? Kerja apa sekarang? Kalau Arina saya tahulah, dia model sekarang ni. " kata Huda sambil tersengih.
" Saya? Saya jadi PA Ari je. Malaslah nak kerja tempat lain. Takde kebebasan. Saya lebih suka kerja yang tak terlalu banyak komitmen. Contohnya, jadi PA Ari. " sememangnya itulah alasan Safiyya apabila disuruh untuk mencari kerja yang lebih tetap. Ibu dan ayahnya pun tak menghalangnya untuk bekerja dengan Daleeya. Yelah, Daleeya pun diorang dah anggap macam anak diorang sendiri.
" Ouh... Okaylah tu. Boleh tolong Arina untuk jadi lebih terkenal. "
Daleeya dan Safiyya hanya tersengih mendengar bicara Huda itu. Sebenarnya Huda, Safiyya ni akan lebih banyak tolong aku untuk rampas kebahagiaan kau, daripada tolong aku untuk jadi terkenal. Bisik Daleeya di dalam hati.
🌸
" Saya nak pergi gents kejap. " kata Riyaz kepada Huda. Huda hanya mengangguk mengiyakan kerana masih rancak berborak dengan Safiyya.
Beberapa minit kemudian, Daleeya bersuara.
" Erm... korang, aku nak pergi ladies jap eh? "
" Okay. Tapi jangan lama sangat tau Ari. Kita dah nak balik ni. " pesan Safiyya. Daleeya hanya menunjukkan simbol okay menggunakan tangannya.
🌸
" Eh, Riyaz. Buat apa kat sini? Bukan you cakap nak pergi gents ke tadi? " tanya Daleeya apabila terserempak dengan Riyaz. Diperhati lama Riyaz yang sedang bermain telefon di laman kosong restoran itu.
" Ouh... Tadi, I pergi, but now I dah keluar. " katanya pendek tanpa memandang Daleeya
" Ouh... then kenapa duduk sini? Kenapa tak masuk dalam? "
Riyaz menoleh ke arah Daleeya dan memandangnya lama. Kenapa perempuan ni penyibuk sangat?! Omel nya dalam hati.
" Suddenly I dapat massage tentang kerja. Tak proper kalau I main telefon dekat dalam. " katanya sambil memandang Daleeya yang melabuhkan duduk di tepinya. Nasib masih mempunyai jarak.
Mereka berdua berjeda sebentar. Daleeya mengingati akan pesan Safiyya supaya pulang awak dari ladies tadi. Dia memandang tangan Riyaz yang sedang menggodek telefon pintar itu. Tanpa diduga, tangan Daleeya cekap menarik telefon pintar ditangan Riyaz lalu menekan nekan di skrin telefon pintar itu.
" Hey!! You nak buat apa dekat fon I. Bagi balik! " Riyaz menahan amarahnya. Apa biadap sangat perempuan ni.
Daleeya hanya menghiraukan kata-kata Riyaz. Sesudah selesai urusannya, dia kembalikan telefon pintar itu kepada Riyaz. Gerun juga dia melihat wajah bengis Riyaz, tapi mukanya tetap di selambakan.
" I dah save number I dalam tu and I pun dah dapat nombor you. I buat miss call guna fon you tadi. So, nanti bila I call, jangan lupa jawab tau. Bye... " kata Daleeya lalu bangun berdiri. Dia membetulkan bajunya lalu berlalu pergi.
Riyaz hanya memandang langkah Daleeya dengan pandangan yang kosong. Amarahnya masih lagi bersisa. Tanpa berlengah, tangannya pantas membuka contact di dalam telefon pintarnya. Jarinya terhenti daripada mengscroll skrin telefon apabila menjumpai apa yang diinginkan nya.
' Daleeya Arina. ❤ '
" Awak... " sapa seseorang daripada belakang.
Tanpa sempat Riyaz membuang emoji hati pada nombor Daleeya, dia terus berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang menegurnya. Huda.
"Kenapa? "
" Awak tu yang kenapa. Kenapa duduk sini, Ari dengan Fiyya dah balik tau. Awak sepatutnya jumpa diorang dulu sebelum balik. " Huda memasamkan mukanya. Tangannya disilang ke dada.
" Okay-okay. I'm sorry. Now, kira balik. Boleh? " tanya Riyaz sambil memandang lembut ke arah Huda. Sememangnya, dia seorang lelaki yang tidak pandai bermadah kata atau dalam erti kata lain, sweet talker.
Huda mengeluh perlahan. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala lalu berpaling memasuki ke dalam restoren kembali.
🌸
Daleeya memutarkan telefon pintar berkali-kali. Fikirannya masih berfikir, patutkah dia call Riyaz sekarang? Dia mengeluh perlahan. Call jelah.
" Erm... Hello. Who is this? " setelah beberapa minit menunggu, talian akhirnya disambungkan.
" Er... This is Arina. I dah save kan nombor I dalam fon you siang tadi? "
Riyaz diam sebentar lalu melihat telefon pintarnya. Daleeya Arina ❤. Dia bangun menyandar ke kepala katil sambil membetulkan rambutnya yang kusut.
" I kacau you ke? Suara you macam baru bangun tidur je. " kata Daleeya apabila mendengar suara serak lelaki itu.
" Ah... takdelah. Ada apa you call I ni? Is there something important? "
Daleeya mengertap bibirnya lembut. Apa dia nak jawab ni.
" Erm... Actually, I saja je call you. Why? Salah ke? " tanya Daleeya lembut.
" You call your boyfriend's freind waktu malam macam ni and you tanya salah ke tak? " tanya Riyaz tegas. Sungguh dia tak faham apa yang Daleeya nak daripada dia sekarang ni.
" Ouh... if that's so, I kena tunggu you jadi boyfriend orang lain, baru I boleh call you malam-malam macam ni? "
Riyaz tidak membalas pertanyaan Daleeya itu malah menekan butang end call di skrin telefonnya.
Daleeya mendengus kuat tatkala Riyaz mematikan talian. Dia menghantar whatsapp kepada Riyaz.
I takkan tunggu you jadi boyfriend orang lain untuk bolehkan I call you, but I akan tunggu you untuk jadi milik I dan I akan buatkan you yang call I malam-malam. Not me yang call you. Bye, see you tomorrow!
Riyaz menggelengkan kepalanya tatkala membaca whatsapp yang dihantar Daleeya. This girl... memang gila!
Vote and share💕
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
RomanceSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...