" Kita nak masak apa ni mama? " tanya Daleeya sebaik sahaja kakinya menjejak lantai dapur. Harini dia cuti, so dia balik rumah untuk jenguk Datin Mariana, mama kesayangan dia ni.
" Ari nak makan apa? "
" Erm... Siakap tiga rasa boleh? " Daleeya senyum sumbing.
" Boleh. Tapi Ari pergi tengok dulu ikan siakap ada ke tak dalam fridge. " arah Datin Mariana.
Daleeya tanpa banyak kata terus berlalu ke arah fridge.
" Yeay, ada! " soraknya kecil.
Datin Mariana hanya tersengih kecil melihat kerenah anaknya itu. Macam budak-budak!
" Ma... Mana Mu'az? Ari nak ajak dia teman pergi mall jap. Barang make up dah habis lah?" tanya Daleeya sambil tangan ligat memotong nenas dan tomato.
" Mu'az ada kelas pagi ni. Tengah hari ni balik lah dia. "
" ouh okay. Mama nak ikut tak?"
"It's okay. Mama pun nak keluar jumpa kawan mama this evening. " Datin Mariana senyum kecil. Macam ni lah dia, kalau tak duduk rumah mesti dia akan keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan persatuannya bagi memenuhi masa lapangnya.
" Okay. " balas Daleeya pendek.
🌸
Daleeya menarik tangan Mu'az memasuki salah satu butik wangian. Mu'az hanya mengikut tanpa banyak soal. Bukan selalu dapat jumpa dan layan kerenah kakak dia yang sorang ni.
" Wangi tak, adik? Or this one lagi wangi? " tanya Daleeya meminta pendapat.
" Ambil je lah dua-dua kak. Nanti kau balik rumah mula lah menyesal bila beli satu je. " kata Mu'az. Haih... nasib lah dia tak ada girlfriend lagi. Kalaulah dia ada girlfriend, makan hati lah tengok perangai manja kakak bila dengan dia.
" Okay then. " Daleeya terus bergerak ke arah kaunter untuk membayar. Usai membayar, mereka berdua berjalan keluar daripada butik wangian tersebut.
Raut wajah Daleeya berubah tatkala terserempak dengan Riyaz dan Huda yang sedang berjalan berdua.
" Eh Ari, what a coincidence. " sapa Huda.
Daleeya yang baru hendak melarikan dirinya terpaksa berpaling kembali. Aduh! Tak sempat nak lari.
" Haah kan. " itu sahaja balasan daripada Daleeya. Dia sudah tak ada mood nak membeli belah apabila terjumpa Riyaz dan Huda.
" Who's this hansome boy? " tanya Huda.
" Saya Mu'az, adik Arina. " belum sempat Daleeya menjawab pertanyaan Huda, Mu'az terlebih dahulu memperkenalkan dirinya. Baguslah, macam tahu-tahu je yang kakak dia ni malas nak bercakap dengan Huda.
" Ouh... adik Arina. Saya Huda, kawan kakak awak. "
" Hud Lurhriyaz. Nice to meet you. " Riyaz menghulurkan salam perkenalan kepada Mu'az. Matanya menjeling sedikit ke arah Daleeya yang sedang melihat sekeliling itu. Muka pun masam. Dah kenapa perempuan ni?
" Nice to meet you too. So, Abang Riyaz ni boyfriend kak Huda? "
" Haah. Kitorang saje je jalan-jalan harini. Tak sangka pulak jumpa korang berdua. Apa kata kita pergi makan dulu sebelum balik? " Pelawa Huda yang mempunyai agenda tersendiri. Tak lain tak bukan, nak tunjuk kemesraan dia dengan boyfriend dia lah tu.
"Eh, it's okay. Kitorang dah makan dekat rumah tadi, lagipun dah nak balik ni. Lain kali tau Huda. Sorry tak dapat join you berdua. " ahh... dia nak balik.
" Okaylah kalau macam tu. Kitorang pergi dulu tau. Bye! " Huda melambaikan tangannya kepada Daleeya dan Mu'az sambil berlalu pergi.
" Jom balik. "
" Eh, jap-jap. Adik pergi balik dulu, akak nak pergi jumpa kak Fiyya kejap. " kata Daleeya.
" Kalau macam tu, Mu'az ikut akak sekalilah. Nanti akak nak balik dengan apa kalau Mu'az tak ikut. "
"Takpe. Nanti akak suruh kak Fiyya hantarkan. Jangan risaulah. Akak bukan budak kecil lagi lah. Dah-dah, pergi balik sana." Daleeya menolak-nolak tubuh Mu'az untuk pergi. Banyak soal pulak adik dia harini.
" Okay fine! Apa-apa call Mu'az tau! " pesan Mu'az sebelum berlalu pergi.
🌸
Daleeya berjalan melintasi jalan raya sambil meletakkan telefon di telinganya.
" This is the mailbox for the number 012–"
Daleeya merengus kuat. Mana si Fiyya ni. Dah la panas sekarang ni. Daleeya mengangkat kepalanya dan melihat ke kiri kanan. Matanya terbuntang tatkala melihat sebuah kereta datang laju menghampirinya.
PIN!!!....
Daleeya merasakan tubuhnya melayang. Badannya terhempas jatuh ke atas badan seseorang. Kakinya terasa sangat sakit.
" You gila ke apa?! Tak reti tengok kiri kanan dulu sebelum melintas, hah?! " jerkah Riyaz kepada Daleeya. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Nasib baik dia sempat tarik Daleeya ke tepi. Kalau tidak, tak tahulah apa nasib perempuan itu.
Daleeya yang mendengar suara Riyaz yang kuat itu, terus menghamburkan tangisannya. Sudah lah dia masih lagi terkejut, Riyaz pulak marah-marah dia. Dalam tangisannya itu, dia bangun daripada pelukan Riyaz. Air mata masih laju menuruni pipinya.
" Argh... Sakit! Kaki I sakit Riyaz! " dia terus memegang lengan Riyaz untuk menyokong tubuhnya.
Dia merasakan tangan Riyaz memegang pergelangan kakinya lalu membelek-belek kaki putihnya itu.
" Sakit sangat ke? " Tanya Riyaz lembut.
Daleeya menganggukkan kepalanya sambil mengesat air mata. Malu menangis depan Riyaz tadi.
" Cik?! Cik tak apa-apa ke? Maaf saya tak perasan yang cik melintas tadi. " pemilik kereta yang hampir melanggarnya tadi keluar daripada keretanya.
"Okay apa macam ni?! Macam mana you bawak kereta kalau asyik tak perasan je! " marah Riyaz kepada lelaki itu.
" Riyaz... dah la. Kenapa you nak marah-marah ni? "
Riyaz tersentak mendengar kata-kata Daleeya itu.
" Fine! Kalau macam tu I pergi dulu. Tak kuasa I nak tolong orang yang tak pandai hargai pertolongan orang ni. " kata Riyaz tegang dan bangun daripada melutut untuk berlalu pergi.
" Riyaz, please?... Jangan tinggalkan I sorang-sorang dekat sini. Kaki I sakit. " Rintih daleeya. Tangannya memegang erat lengan Riyaz bagi mengelakkan Riyaz berlalu pergi.
Riyaz mengeluh perlahan.
" Come, I bawak you pergi hospital. " Riyaz memeluk perlahan pinggang Daleeya untuk memapahnya.
Daleeya yang merasakan bahawa kakinya tidak dapat menyokong tubuh sepenuhnya terus melingkarkan tangan di leher Riyaz.
Dub!!! Jantung Riyaz berdegup laju apabila Daleeya memeluk lehernya. Wangian yang keluar daripada tubuh Daleeya telah membuatkan dirinya tidak keruan.
" Encik, saya rasa lebih baik encik cempung cik ni. Sebab saya rasa kaki cik ni terseliuh. " kata pemilik kereta tersebut. Di mukanya masih lagi terbias raut serba salah.
Riyaz memandang Daleeya lama. Tanpa banyak soal, dia terus mencempung Daleeya untuk dibawa ke keretanya. Nasib baik keretanya berada tidak jauh daripada jalan raya itu.
Daleeya tersenyum kecil apabila Riyaz mencempung tubuhnya. Ingatkan dia tak nak cempung tadi. Perasaannya kepada Riyaz semakin mekar apbila melihat sisi Riyaz yang satu itu. Caring!!
SHARE AND VOTE PLEASE 😂
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
RomanceSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...