" Awak, nak makan apa-apa dulu tak sebelum naik flight?" Tanya seorang lelaki kepada Huda yang sedang termenung jauh.
" Tak nak lah... " Jawabnya lemah.
" Sedih nak tinggalkan Malaysia? " Soal lelaki itu lagi apabila Huda kelihatan begitu sedih.
" Hmm... Banyak kenangan saya dan adik-adik dengan ibu dekat sini. " Huda memandang tunak wajah suaminya itu. Lelaki itulah yang membantunya bangkit di saat dirinya jatuh apabila mendapat tahu bahawa ibunya menghidap penyakit kronik.
" It's okay. Nanti kita balik jenguk kubur ibu eh? "
" Hanif... Terima kasih sebab dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu saya. Walaupun ibu dah tak ada sekarang. " Tutur Huda sayu. Terimbau kembali saat-saat dia meluangkan masa bersama-sama ibunya suatu ketika dahulu. Itupun ketika nyawa ibunya sudah tidak panjang. Ketika ibunya sihat, dia jarang meluangkan masa bersama-sama dengan ibunya kerana sibuk terkejarkan Riyaz.
" Allah lebih sayangkan ibu. Kita yang masih hidup di bumi ciptaannya ni, kenalah teruskan kehidupan. "
" Tapi, saya rasa ini balasan untuk saya lepas apa yang dah saya buat dekat Arina. Saya berdosa sangat dekat Ari, tapi saya tak mampu nak jumpa dia. Saya malu. " Air mata jatuh menuruni pipinya. Selama ini, dia khilaf. Terlalu banyak dosanya terhadap Daleeya.
Hanif memeluk erat bahu isterinya. Cuba untuk memujuk Huda.
" Takpe. Nanti bila awak dah sedia, kita balik jumpa Arina eh? Saya percaya dia dah maafkan awak. "
Huda menganggukkan kepalanya. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Hanif.
" Kita mulakan hidup baru dekat Jepun. No more tears okay? Ibu pun mesti dah bahagia dekat sana. " Ujar Hanif lagi. Kepala Huda yang dibaluti tudung diusap perlahan.
" Okay... Tapi, mana adik-adik kita? " Matanya melilau-lilau mencari kelibat dua orang adik perempuannya itu.
" Diorang cakap nak pergi tandas tadi. Kejap lagi datang lah tu. "
" Kakak, abang. Nak air tak? " Entah dari mana datang dua orang adiknya itu, terus sahaja disapa Huda dan Hanif yang sedang duduk di ruangan menunggu itu.
" Eh korang jangan pergi mana-mana dah. Kita dah nak berlepas. Nanti kang tertinggal pulak. " Marah Huda perlahan.
" Hehehe. Baik bos. Garang betul kakak ni kan, abang? "
" Ha'ah. Garang betul. " Hanif senyum mengusik kepada Huda.
🌸
" Papa bagi masa dekat kamu 10 minit saja untuk cakap apa yang kamu nak cakap. "
Usai makan tengah hari, Daleeya dan Datin Mariana diarah untuk membawa Damian keluar mengambil angin di taman mini yang berada di luar rumah.
" Riyaz nak mintak maaf... sebab dah tinggalkan anak papa tanpa khabar berita. " Ujar Riyaz dengan tenang walaupun perasaan gugup tetap terasa di hatinya.
" Riyaz tahu, setakat masukkan duit tiap-tiap bulan dalam akaun bank Daleeya tak cukup. Riyaz tak bagi kasih sayang yang sepatutnya Riyaz bagi dekat diorang selama setahun. Tapi Riyaz balik, sebab nak tebus semua salah Riyaz tu. Papa tolonglah bagi Riyaz peluang untuk sayang dan jaga Daleeya. Riyaz mohon sangat dekat papa. Riyaz mengaku Riyaz berfikiran cetek sebelum ini. "
Datuk Khalis menghela nafasnya perlahan-lahan sebelum memulakan kata.
" Arina ialah satu-satunya anak perempuan papa. Hati orang tua mana yang tak sakit bila anak perempuan dia bersedih? Siang malam Arina menangis rindukan kamu. Tambah pula dengan keadaan dia yang sedang mengandungkan Damian waktu tu. Papa sedih bila anak papa jadi macam tu. Nanti bila kamu dapat anak perempuan, kamu akan ada satu perasaan untuk lindungi anak perempuan kamu daripada lelaki-lelaki tak bertanggungjawab dekat luar sana. "
" Papa buat semua ni bukan sebab nak pisahkan kamu dengan Arina. Tapi sebab papa nak kamu belajar daripada kesilapan yang kamu pernah lakukan. Papa nak kamu rasa apa itu mengesal. Papa tak rasa yang kamu tak akan ulangi kesilapan kamu sebab Arina terlalu mudah maafkan kamu. Disebabkan dia terlalu mudah maafkan kamu, rasa menyesal yang ada dalam diri kamu tu cuma sementara ja. "
" Kita ni suami, Riyaz. Kita kena lebih pandai dalam membuat sesuatu keputusan. Kalau nak buat keputusan yang baik pun dah fail, macam mana kamu nak didik anak kamu untuk jadi manusia yang berguna nanti? Ibu bapa ni ialah acuan anak-anak. Ingat pesan papa, jangan sesekali buat keputusan melulu dan jangan berfikiran cetek lagi lepas ni. Kalau tidak, papa akan ambil balik anak papa no matter what happen. Faham?! "
" Faham papa. Terima kasih. Nasihat papa sangat berguna untuk Riyaz. Riyaz mintak maaf sekali lagi. Riyaz janji akan jadi ketua keluarga yang baik mulai daripada sekarang. " Ujar Riyaz bersungguh-sungguh.
" Hmm... Kamu bawalah anak isteri kamu balik ke rumah kamu. Papa benarkan. Tapi ingat, jangan buat anak papa macam tu lagi. "
" Baik papa. Riyaz tak akan buat lagi macam tu dekat Leeya. Riyaz cintakan anak papa. " Fuh! Berpeluh dia nak ucapkan sebegitu di hadapan papa mertuanya itu.
Datuk Khalis mengukirkan senyuman buat Riyaz. Bahu lelaki muda itu ditepuk mesra.
🌸
" Betul ni papa izinkan Ari balik? " Soal Daleeya tidak percaya. Mata Daleeya sudah bercahaya melihat Datuk Khalis.
" Yelah. Kenapa? Tak nak balik rumah sendiri ke? "
" Eh mestilah nak. Cuma Ari pelik je. Apa yang Riyaz dah cakap dekat papa sampai papa lembut hati benarkan Ari balik ni? " Dikerling Riyaz yang sedang memasukkan luggage ke dalam but kereta.
" Adalah. Ini rahsia orang lelaki. Tak payah nak menyibuk. Dah, pergi balik rumah kamu. Naik jemu dah papa tengok muka kamu tiap-tiap hari. " Ujar Datuk Khalis tidak berperasaan.
" Sampai hati papa. Mama, tengoklah papa tu. Dah muak tengok muka Ari." Rengek Ari kepada Datin Mariana yang sedang mendukung Damian itu.
" Bukan setakat papa je yang jemu tengok muka Ari, mama pun dah jemu jugak. Hahaha! " Datin Mariana mengenyitkan sebelah matanya kepada Datuk Khalis dan mereka berdua serentak mengetawakan Daleeya.
" Eeii... Abang, tengok mama dengan papa ni. " Kali ini, Riyaz pula yang menjadi sasarannya untuk mengadu.
" Baguslah mama dan papa dah jemu tengok muka Leeya. Kalau tak, papa memang tak benarkan lagi abang bawak Leeya balik. " Galak Riyaz mengusik Daleeya.
" Eeeiii. Bencilah macam ni!! " Bentaknya sedikit. Sikit je. Depan anak tak boleh buat perangai mengada-ngada sangat. Nanti anak dia terikut macam mana? Sudahla lelaki.
" Dah-dah. Mama dengan papa bergurau je tu. Cucu tokma, meh tokma nak sayang sikit. " Lalu dicium pipi dan dahi si kecil itu.
" Meh, tokpa pun nak cium juga. Nanti balik rumah, Ian buli mama dengan papa Ian habis-habis tau. Biar diorang tahu macam mana susahnya nak jaga anak ni. " Tutur Datuk Khalis kepada Damian. Dicium-cium juga wajah kecil molek itu. Terkekeh-kekeh Damian ketawa, mungkin terasa geli apabila mukanya dicium bertalu-talu.
" Papa jangan ajar anak Ari macam-macam eh. Nanti kalau dia meragam malam-malam, siap papa! "
" Papa cuma ajar cucu papa ni supaya buat mama dan papa dia jadi mama dan papa mithali. Itu je. "
" Eh dahlah. Sampai bila nak bertekak ni. Dah, Riyaz pergi bawak Ari balik. Mama nak spent time dengan papa pulak ni. " Gesa Datin Mariana.
" Amboi mama!! Dah bercucu pun nak bermanja bagai. Jangan sampai Ari dapat adik baru sudahla nanti. Ari tak nanti anak Ari dapat bapa saudara atau ibu saudara yang muda daripada dia. "
" Ish budak ni. Merepek je kerja dia. Jangan menyibuk hal orang tua. Mama and papa petang-petang ni selalu bercucuk tanam dekat belakang rumah tu. Tak ada masa lah nak berdating bagai ni. "
" Eh abang okay je. Lagipun sekarang ni, 24 jam abang duduk dekat rumah."
Daleeya hanya mampu menggeleng kepala melihat mama dan papanya itu. Harap nanti dia dan Riyaz tua-tua pun macam tu lah. Hehehe!
Kalau chapter ending sempat siap awal, malam ni sy update. Kalau tk siap awal, jawabnya esoklh baru sy update. Hahahah! Btw, happyy reading and jgn lupa vote😘😘😘😘
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
Roman d'amourSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...