PHMH 23

10.8K 403 14
                                    

" Wah... Dah bertunang eh awak. Tak lama lagi dah nak jadi wife orang. So, how do you feel? " tanya Dani sambil mengangkat keningnya beberapa kali.

" Nervous! But, at the same time, I happy sebab akhirnya impian I untuk dapatkan Riyaz tercapai jugak. "

" Baguslah kalau awak happy. Cuma, saya nak nasihatkan awak. Jangan sesekali kalah dengan Huda. Saya tahu, dia tak akan duduk diam bila dapat tahu yang awak bakal berkahwin dengan Riyaz. So, awak kena kuat. Okay?! " nasihat Dani panjang lebar. Tangannya juga turut bergerak seperti mana mulutnya bergerak. Boleh jadi kaunselor dah ni. Haha!

" Baiklah, Encik Dani yang segak lagi tampan... I akan ingat semua nasihat you tu. I tak akan kalah lagi dengan Huda. I nak dia rasa apa yang I rasa dulu. " kata Daleeya dengan semangat.

" Good girl. " puji Dani seolah-olah Daleeya itu masih lagi kanak-kanak riang.

" Arina!!! "

Perbualan mereka yang tadi dipenuhi dengan gelak tawa terhenti seketika apabila ada suara yang menyampuk.

" Apa kau nak ni, Huda. " tanya Dani apabila melihat kelibat Huda.

" Kau tak payah masuk campur lah, Dani!! Eh Arina, berani kau rampas Riyaz daripada aku kan?! Kau memang dah lama hidup ke?! " tengking Huda kuat.

" Apa kau ni Huda? Bila masa pulak aku rampas Riyaz ni? " tanya Daleeya polos.

" Kau tak payah buat-buat tak tahu lah, Arina. Kau memang sengaja nak rampas Riyaz daripada aku kan?! Kau ni memang tak guna lah, perempuan!!! "

" Baguslah kau dah tahu. Dari awal lagi, niat aku memang nak rampas Riyaz daripada kau. Kau tahu sebab apa? Sebab kau dah rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku dulu!!" riaknya yang tadi polos sudah bertukar bengis.

" Tak guna kau!!! Kau, memang perempuan tak guna! Perampas! " Huda mendekati Daleeya dan mula menarik rambut Daleeya dengan kasar.

" Eh, apa masalah kau ni hah?! Lepaslah!! " kata Daleeya sambil berusaha melepaskan rambutnya daripada tarikan tangan Huda.

" Huda!!! " kedengaran nyaring suara Riyaz menyebabkan pergerakan Huda terhenti.

" Ri-Riyaz. Tak, ni b-bukan salah saya, perempuan ni y-yang mula dulu. Please, jangan tinggalkan saya. To-tolonglah, jangan kahwin dengan perempuan tak guna ni! " rayu Huda kepada Riyaz. Dani yang berdiri di tepi Riyaz bergerak mendapatkan Daleeya yang masih terkial-kial hendak bangun berdiri.

Sememangnya, Riyaz dalam perjalanan datang ke tempat di mana dia dan Daleeya berada. Tak sangka pulak, orang lain yang ditunggu, orang lain pulak yang datang. Memang tetamu tak diundang betul lah! Gerutu hati Dani.

" Please watch you mouth!! Perempuan tak guna yang kau cakap tu tunang aku kau tahu tak? Kau jangan sampai aku buat laporan polis, Huda. Kali ni, dah masuk dua kali kau serang Daleeya tanpa sebab yang kukuh. Kau memang nak masuk penjara ke?! "

Huda sudah menagis teresak-esak. Badannya melorot jatuh memeluk kedua-dua belah kaki Riyaz.

" To-tolong jangan report polis, Riyaz. Saya tak salah. Perempuan tu yang salah! Dia dah rampas awak daripada saya!! " ujar Huda tidak mahu mengalah..

" Daleeya tak pernah rampas siapa-siapalah! Aku yang pergi sendiri dekat dia. Sebab apa? Sebab aku dah muak dengan perangai kau! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau, selama ni selalu curi tender syarikat dan jual dekat syarikat lain! Lepas ni, kalau aku dapat tahu kau kacau Daleeya lagi, nahas kau Huda! " kata Riyaz dengan amarah yang semakin memuncak.

" Ri-Riyaz... please, saya tahu s-salah saya sebab cu-curi tender syarikat. Tapi saya merayu, jangan tinggalkan saya. Saya sayang awak. Please, Riyaz... "

" Dah la Huda. Baik kau pergi sekarang sebelum aku naik tangan dekat kau. Kau pergi. " Riyaz mengacip giginya kuat. Dia menarik tangan Daleeya pergi daripada tempat itu.

" You okay? Ada sakit dekat mana-mana tak? " soal Riyaz sebaik sahaja mereka memasuki kereta.

" Tak...I okay je. You jangan lah marah sangat. " kata Daleeya perlahan. Tangannya bergerak menguatkan lagi aircond. Dashboard dibuka lalu sapu tangan kecil diambil. Perlahan-lahan, dia mula mengelap peluh di dahi Riyaz.

" You marah sangat sampai berpeluh-peluh. Lepas ni, I tak nak tengok you marah-marah macam ni lagi, okay?!" ujar Daleeya.

"You takut? "

Daleeya mendongakkan kepalanya. Matanya ditenung dalam oleh Riyaz.

"Takutlah... You nampak macam monster tadi. " gurau Daleeya dan terus melarikan matanya daripada menjadi tatapan mata Riyaz.

" Ye? Macm monster? Don't worry, I tak akan marah you sampai macam tu. Cuma tadi tu, I just lost my control." kata Riyaz perlahan. Tangannya naik membetulkan rambut Daleeya yang agak serabai itu.

" Betul? Walaupun nanti kita ada masalah? You janji tak akan marah I sampai macam tu kan? "

" Ya sayang... I janji, I tak akan marah you macam I marah Huda tadi. I marah sikit je kalau you buat perangai nanti. " Riyaz tersengih.

" Okay. I pegang janji you. " balas Daleeya sambil tersenyum manis.

" Urm... betulke selama ni Huda yang curi tender syarikat you?"

"Hmm... " gumam Riyaz sambil memejamkan matanya.

" Habistu, syarikat awak macam mana sekarang? Dah okay? " tanya Daleeya prihatin.

" Dah okay, sayang... Benda ni dah selesai dah. Huda pun I dah pecat. Jangan risau, okay. Kita fokus pada wedding kita je nanti. Boleh? "

Daleeya mengangguk perlahan.

" You dah okay? Kalau dah, jom kita pergi makan nak? "

" You nak makan apa? " Riyaz mengiringkan badannya menghadap Daleeya.

"'Urm... I rasa nak makan nasi campur. Boleh tak? Please..."

Riyaz gelak perlahan. Dia mengusap lembut rambut Daleeya.

" Anything for you. Dah, jom. " balas Riyaz dan mula menggerakkan keretanya keluar daripada kotak parkir.

🌸






Perempuan klau gaduh mmg takde modal lain eh selain tarik-tarik rambut? 😂 Btw, esok wedding Daleeya dgn Riyaz, so... Jangan lupa datang tau 😉❤

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now