" Ariyan!!! Cepat pakai baju, nanti lambat!" Laung Daleeya kepada anak lelakinya yang sedang berada di dalam bilik manakala dirinya berada di ruang tamu dan sedang memakaikan anak gadisnya baju.
Dia mengeluh perlahan apabila Ariyan tidak merespon apa-apa terhadap panggilannya. Naura yang berada di hadapannya dipasangkan cekak rambut bersaiz kecil di kepala kanak-kanak perempuan itu.
Ya, dia dan Riyaz dikurniakan dua orang anak selepas 2 tahun Rizki Damian lahir. Anak keduanya ialah Ariyan Rifki manakala anak gadisnya pula bernama Naura Ariana.
" Ma... "
Daleeya memandang Naura apabila anak kecil itu memanggilnya. Tangan kecil milik Naura mengetuk-ngetuk botol susu yang sudah kosong ke atas lantai.
" Ya sayang... No more susu. Awak dah bersiap. Naura duduk sini kejap, mama nak pergi tengok angah dekat atas. " Kata Daleeya lalu meninggalkan Naura bermain dengan mainannya.
Bilik Ariyan di tuju dan matanya terbuntang apabila anak lelakinya itu masih lagi terbaring di atas katil dan sedang bermain game. Dengan katil yang tak berkemasnya. Adoi... penatlah mama macam ni, Ariyan.
" Ariyan! Mama suruh pakai baju kan? Kenapa tak pakai lagi?" Daleeya bertanya sambil mencekakkan pinggangnya.
" Eh mama. Sorry. Kejap angah nak pakai baju." Balas Ariyan sambil menayangkan sengihan kepada Daleeya.
Tergeleng kecil Daleeya dengan perangai anak lelakinya yang satu itu. Nafas dihela perlahan lalu turun ke bawah kembali untuk melihat Naura.
Seketika kemudian, kelibat Ariyan muncul di sebalik tangga dan sedang menuju ke arah ruang tamu.
" Angah. Tolong tengok-tengokkan adik. Mama nak pergi bersiap. Kejap lagi papa baliklah tu." Beritahu Daleeya kepada Ariyan.
" Okay mama."
🌸🌸🌸
Daleeya menepuk tangannya apabila gol terakhir telah dijaringkan oleh Damian dan pasukan Damian dinobatkan sebagai juara. Tangannya menggamit Damian supaya datang ke arah mereka.
" Tahniah anak mama. Mama so proud with you." Ujar Daleeya dengan senyuman lebar yang melata di bibir.
" Papa pun bangga dengan Along. " Riyaz menggosok lembut rambut lebat anaknya itu.
" Thank you mama, papa."
" So, along ada apa lagi lepas ni?"
" Tak ada apa dah. Dah boleh balik rasanya." Balas Damian sambil memandang ke sekeliling padang.
" Good. Kita pergi celebrate along dulu then baru kita balik." Kata Daleeya agak teruja.
Damian hanya mengangguk menyiakan. Tangannya menggapai tubuh Naura lalu tubuh kecil kanak-kanak itu didukung.
" Damian." Panggil satu suara secara tiba-tiba.
Daleeya memandang anaknya lalu mengerutkan keningnya sedikit. Siapa pula ni?
Damian menoleh ke belakang dan keluhan kecil terlepas daripada bibirnya. Wajah gadis itu dipandang sekilas sebelum bertanya pendek.
" Nak apa?"
" Err... Saya nak bagi awak ni. Tahniah sebab menang tadi." Gadis itu menyuakan satu kotak yang berbalut kemas kepada Damian.
Damian hanya memandang sepi kotak itu. Dia berpaling dan ingin berlalu pergi daripada situ namun bahunya dipegang kejap oleh Riyaz.
" Kalau tak suka sekali pun, at least jangan malukan dia. Take it." Suruh Riyaz dengan lembut. Bahu anak lelakinya itu diusap perlahan.
Damian mengeluh lagi lalu kotak hadiah pemberian gadis itu diambil juga. Malas mahu melayan kerenah gadis itu, dia terus berjalan ke arah kereta Riyaz.
" Uncle minta maaf bagi pihak anak uncle. " Ucap Riyaz lembut kerana tidak mahu gadis itu tersinggung dengan perangai Damian.
" Tak apa." Gadis itu sambil mengukirkan senyuman manis kepada Riyaz dan Daleeya.
" What's your name." Soal Daleeya pula.
" Aira."
🌸🌸🌸
" Boleh mama tahu, tadi tu siapa?" Soal Daleeya bagi memulakan perbualan apabila keadaan di dalam kereta sunyi tanpa sebarang suara.
" Yang mana, ma?" Tanya Damian pendek. Duduknya diselesakan dan sisi wajah Daleeya dipandang daripada belakang.
" That girl yang bagi hadiah dekat along tu lah."
" Ouh... Dia classmate along. "
" Then kenapa layan dia macam tu? Tak baik tau tak. Kesian dia malu bila along tak ambil hadiah tu."
" Ma... Along dah ambil kan hadiah yang dia bagi tu?" Damian mengerutkan dahinya. Tak suka betul bila mamanya berbicara tentang gadis tadi.
" Yes. But along ambil hadiah tu sebab papa yang suruh kan? Lepas ni, jangan buat macam tu lagi. Tak baik." Tegur Daleeya lagi.
" Okay ma. Along janji tak buat macam tu lagi."
" Good boy. Macam ni lah anak mama."
Riyaz tersenyum sahaja mendengar perbualan isteri dan anak sulungnya itu. Damian yang sedang memandang ke luar tingkap kereta itu dipandang sekilas melalui cermin pandang belakang keretanya. Tidak dinafikan, Damian telah membesar menjadi seorang yang agak dingin.
🌸🌸🌸
Hari ini mereka sekeluarga bercadang untuk makan tengah hari di rumah Datuk Khalis dan Datin Mariana.
" Naura nak duduk belakang dengan along and angah tak?" Tanya Daleeya kepada Naura yang sedang menggigit bantal busuk nya itu. Entah apa la rasa bantal tu sampai Naura tak nak lepas.
" Tak nak. Naura nak susu." Beritahu Naura agak pelat kepada Daleeya. Ialah, Naura baru sahaja melangkah ke umur 3 tahun.
" Kejap mama cari botol susu awak." Daleeya menyelongkar beg khas untuk barang Naura yang bersaiz sederhana itu.
" Abang..." Panggilnya perlahan. Riyaz yang sedang memandu itu dipandang dengan serba salah.
" Ye sayang?"
" Leeya rasa botol susu Naura tertinggal dekat rumah la." Daleeya menggaru keningnya perlahan.
" Macam mana boleh tertinggal? Abang dah pesan suruh ambil tadi kan?"
" Hehe, sorry abang. Leeya terlupa."
" Nak kena u turn balik lah ni? " Soal Riyaz lalu memandang Daleeya sekilas.
" Tapi dah nak sampai. Along dengan angah masuk rumah tokma dengan tokpa dulu eh? "
" Angah nak ikut mama." Kata Ariyan dengan laju. Ariyan ni memang, sentiasa nak berkepit dengan Daleeya dan Riyaz, kalah Naura si kecil itu.
" Okay... Along?"
" Papa drop along dekat rumah tokpa dulu lah."
" Okay. Nanti bagi tahu tokpa yang papa and mama lambat sikit." Pesan Riyaz kepada Damian.
" Okay."
🌸🌸🌸
Heyyo gaiss!!!
Setelah sekian lama, baru dpt baca special chapter PHMH ni kan?? Tahuu, korang dh bosan tunggu hahaha. Bosan tak bosan, kalau nk special chapter PHMH II boleh vote byak-byak. Kalau boleh saya nk 50 vote. Boleh tak??😆 P/s: sebarang kekeliruan ataupun ke-typo-an silalah komen bagitahu saya. Nnti saya perbetulkan balik🥰
By the way, should I change my wattpad username???
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr. Handsome✔
Roman d'amourSecond romance by rosebiru12 Beautiful Cover by @ rosebiru12 Populariti?! Nahh, dia dah tak perlukannya lagi. Yang seorang Daleeya Arina perlu ialah, seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya. Tunang or suami orang? She doesn't care anymore...