PHMH 30

10.2K 298 4
                                    

" Leeya. Air dah siap ke? " soal Datin Mariana kepada Daleeya.

Daleeya yang sedang membancuh air di dalam jug itu beralih memandang mamanya.

" Dah siap. "

" Okay. Meh mama nak hantar dekat depan. " Datin Mariana mengambil jug yang berisi teh panas itu.

Daleeya melangkah ke laman kosong di hadapan rumah Datuk Khalis. Laman itu dipenuhi dengan saudara terdekat mama dan papanya. Malam itu, Datuk Khalis dan Datin Mariana telah mengadakan majlis makan-makan kerana Mu'az telah berjaya mendapat Dekan di universiti.

" Abang dah makan? " dia memegang perlahan bahu Riyaz yang sedang rancak berbual dengan supupunya itu.

" Belum. Kenapa? "

" Abang nak Leeya ambilkan ke? "

" Eh takpe lah. Leeya duduk sini, biar abang yang ambilkan. " arah Riyaz lalu bangun dan menolak tubuh Daleeya untuk duduk di tempatnya tadi.

" Sweetnya abang Riyaz... Untung Kak Ari dapat abang Riyaz. " ujar Sorfina, salah seorang sepupu Daleeya yang baru berusia 17 tahun setelah kelibat Riyaz tidak kelihatan di meja itu.

" Kan... Dah la sweet, handsome pulak tu. " Hani, anak mak lang nya pula menokok tambah kata-kata Sorfina itu.

" Ada-ada jelah korang ni. " Daleeya menggelengkan kepalanya sedikit dengan kerenah dua sepupu itu.

" Dia cakap macam tu sebab boyfriend dia kayu, Ari. Bukan setakat kayu, kedekut pulak tu. " seloroh Amar, abang kepada Sorfina.

" Wahh... SPM tak lepas lagi, dah ada boyfriend? "

" Kak Ari, ini zaman sekarang lah. Budak form 1 pun pandai couple-couple ni tau. " celah Hani yang sama umur dengan Sorfina. Sebab itu lah diorang kamceng.

" Elleh... Kalau korang pandai sangat bab-bab couple ni, kenapa kawan kau ni pilih boyfriend yang kayu dengan kedekut. " perli Amar sambil menjuih mulut kepada si adik.

" Eeii... Kau ni sibuk lah bang!! Biarlah boyfriend aku macam mana pun. Tak kacau kau pun kan? " Sorfina membalas kembali kata-kata abangnya itu.

Hani di sebelahnya sudah mengusap-usap bahu Sorfina tanda menyuruh untuk bersabar.

" Eh sudah-sudah. Korang jangan bergaduh dekat sini. Aku cepuk jugak sorang-sorang japgi. " Daniel yang sedari tadi mendiamkan diri mula menyampuk.

" Abang Amar yang mula dulu. " Sorfina memasamkan mukanya.

" Kau ni pun, Mar. Mengalah lah sikit dengan adik kau tu. Ni tak, kau pun macam budak-budak. " bebel Daniel lagi.

Amar tidak membalas malah hanya tersengih kambing sahaja. Dia menghirup air bandungnya dengan penuh selamba. Seolah-olah tidak terkesan dengan bebelan Daniel tadi.

"Riuhnya... Ada apa ni? " tanya Riyaz aneh sambil meletakkan dua pinggan berisi ayam bakar dan sosej di atas meja. Dia baru pergi ambil makanan kejap je, dah riuh macam ni.

" Kau bukan tak tahu Amar ni. Bab mengusik bagi je dekat dia. "

Riyaz senyum sahaja. Dia menuang sos ke dalam pinggan Daleeya.

" Mayonis nak? "

" Nak. "

Riyaz mengambil pula mayonis dan diletakkan lagi di dalam pinggan isterinya itu. Sepupu Daleeya yang lain hanya diam melihat merpati dua sejoli itu.

" Kenapa semua diam? " tanya Daleeya apabila meja itu sunyi daripada sebarang suara.

" Dah ada orang buat drama romantik dekat sini, kitorang tengok je lah. " Amar sengih sesudah berkata.

" So Ari, macam mana? Dah nak masuk empat bulan kau kahwin, tak ada berita gembira lagi ke? " Kamalia, isteri kepada Johan yang juga merupakan sepupunya bertanya.

" Belum lagi. Takde rezeki lagi kot. " balas Daleeya lalu menyuap ayam bakar yang dicicah dengan sos ke dalam mulutnya.

" Insyaallah, adalah tu nanti. Macam aku ni, kahwin dah nak dekat dua tahun, baru mengandung. " Kamalia mengelus lembut perutnya yang agak buncit itu.

" Due bila tu? "

" Bulan dua nanti. "

" Bestnya... Baby dah nak keluar. "

" Korang!! Nah udang dengan sotong. Baru siap bakar. Abang Amar, diorang panggil suruh tolong bakar sekali. Tahu makan je dari tadi. " Tiba-tiba, muncul Kamil datang membawa dua pinggan yang penuh dengan udang dan sotong bakar.

" Yelah. Tak boleh tengok aku rehat kejap. " omel Amar perlahan.

" Rehat apanya. Bang Amar tu tak buat apa pun dari tadi. Lain lah abang Riyaz dengan abang Daniel, diorang dah tolong bakar ayam tadi." Kata Kamil dengan kuat. Dia mengelap perlahan peluh di dahi. Tidak diendahkan pandangan tajam abang sepupunya yang satu itu.

" Jom lah. Cakap macam baru tertelan mikrofon. " Amar manarik leher baju Kamil supaya mengikutinya ke tempat membakar bbq.

" Macam-macam lah diorang ni. " Daleeya tergelak perlahan.

" Umi dengan Abi tak sampai lagi? "

" Belum. Kejap lagi sampai lah kot. " Riyaz meletakkan pula beberapa ekor udang yang sudah dicabut kulit ke dalam pinggan Daleeya.

" Terima kasih. "



🌸



Daleeya menghirup perlahan air coffee lattenya. Dia tersenyum kecil. Nikmat betul dapat minum coffee time-time macam ni. Apabila terlihat telefon pintar Riyaz yang sengaja ditinggalkan di atas meja, dengan pantas tangannya mencapai telefon itu.

Password dibuka dan digodek-godek isi di dalam telefon pintar itu. Hmm... Bosan!! Game pun takde. Tiba-tiba, kerusi yang kosong di sebelahnya ditarik dengan kuat.

" Huda... " sebutnya terkejut apabila melihat tuan punya nama berada di sebelahnya.

" Haah aku. Kenapa? Kau terkejut? Kau jangan ingat kau dah kahwin dengan Riyaz, aku akan berhenti kacau kau! " Huda memberi amaran.

Daleeya mengerutkan dahinya.

" Apa kau nak sebenarnya ni? Aku tak kacau kau pun kan? "

" Aku nak Riyaz balik. Kau tak layak dengan lelaki sebaik Riyaz. "

" Habis tu, kau layak sangat lah? " balas Daleeya dengan berani.

" Kau ni memang tak pernah nak serik kan? Kau tahu tak sebab apa aku suruh Saiful buli kau? Tolak kau jatuh dalam laut? Sebab aku nak bagi warning supaya jangan sesekali cuba ambil benda yang sepatutnya jadi milik aku! " Huda berkata keras. Dia mencengkam kuat lengan Daleeya.

" Bukan aku yang rampas hak kau, tapi kau yang rampas hak aku! Aku tak pernah cari pasal dengan kau selama ni. Tapi kau selalu tak puas hati dengan aku! "

" Sebab aku tak benci kau!!! Entah apa yang ada dekat kau sampai semua orang yang pada mulanya tengok aku, terus beralih kepada kau! "

" Sebab tu je? Kau ni childish lah Huda. " Daleeya menarik kuat pergelangan tangannya yang berada didalam genggaman Huda.

" Kau cakap aku childish? Takpe. Kau tengok apa aku nak buat lepas dekat kau. Aku rasa, Riyaz masih tak tahu yang kau kahwin dengan dia sebab nak balas dendam dekat aku kan? " Huda tersengih jahat apabila melihat muka Daleeya sudah berubah.

" Kau jadikan Riyaz sebagai alat untuk balas dendam terhadap aku kan? Betul tak? Kau rasa, apa akan jadi kalau aku bagitahu hal ni dekat Riyaz? "

" Kau jangan berani nak bagitahu dia!! Kalau tak segala perbuatan kau yang busuk selama ni, akan terbongkar! "

" Biarlah. Kau bagitahu lah satu dunia pun, aku tak kisah. Kau ingat eh, kalau aku tak dapat Riyaz, kau pun tak akan dapat Riyaz. So, fair and square! "

" Kau-"

" Huda!!! "













Erm... Huda buat comeback guys!

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now