PHMH 35

9.3K 360 3
                                    

Riyaz merenung wajah Daleeya yang berada di dalam dakapannya itu. Jarinya dimainkan pada kening si isteri. Entah kenapa, dia merasakan bahawa sesuatu yang tidak baik akan terjadi hari ini. Bibirnya didekatkan pada dahi Daleeya dan dicukupnya lama.

" Apa pun yang akan terjadi, abang tetap sayangkan Leeya sampai hujung nyawa abang. " Dibisik perlahan pada telinga Daleeya biarpun dia tahu bahawa Daleeya tidak mendengar bisikannya itu.

Dengan perlahan-lahan, dia bangun daripada katil dan terus masuki bilik air. T-shirt dan tracksuit disarungkan pada badannya. Kunci kereta dicapai dan dia terus berlalu turun ke garaj kereta.

Kelmarin, Daleeya ada cakap yang dia teringin nak makan nasi kandar. Dia mengambil keputusan untuk membungkus sahaja memandangkan Daleeya masih lagi tidur nyenyak.

🌸

" Terima kasih. " Ucapnya sesudah penjaga cashier itu memberi wang baki kepadanya. Bibirnya menarik senyuman apabila melihat bungkusan nasi kandar itu. Daleeya mesti suka!

Pintu kereta dibuka dan dia terus meloloskan dirinya ke dalam perut kereta. Dia mengerling pada cermin pandang belakang apabila terdapat sebuah kereta Proton Iswara sedang mengikutinya.

Dia melajukan keretanya dan kereta Proton Iswara itu turut melajukan keretanya. Apabila dia memasuki line di sebelah kiri, kereta itu masih lagi mengikutinya. Keretanya dilajukan lagi.

Nafasnya berubah kencang. Apa yang diorang nak ni? Desisnya di dalam hati. Fikirannya tidak berhenti memikirkan keadaan Daleeya di rumah. Dia melihat lama kereta itu daripada cermin pandang belakang.

Dia mengerutkan dahinya tatkala kereta itu memperlahankan kelajuannya. Dia berpaling ke hadapan dan matanya terus terbuntang luas. Tangan ligat mengawal stereng kereta untuk mengelak daripada dilanggar oleh kereta yang sedang memandu lawan arus.

Sstreetttt... Bamm...

Kepalanya yang berpinar-pinar disentuh perlahan. Darah yang mengalir keluar tidak dihiraukan. Nafasnya semakin pendek. Dadanya seolah-olah ditimpa sesuatu yang sangat berat sehingga menyukarkannya untuk bernafas.

Dipandang lama pada nasi kandar yang terletak di atas dashboard. Matanya bergenang tatkala mengingati Daleeya yang sedang berada di rumah. Pasti Daleeya sedang menunggunya sekarang.

Dadanya terasa semakin sesak. Ketukan orang ramai pada cermin keretanya dihiraukan. Perlahan-lahan, matanya tertutup rapat dengan sesak nafas yang semakin menggila.

Dan... dunianya terus bertukar kelam.

🌸

Daleeya bernyanyi kecil sambil mengacau air nescafe yang dibancuhnya. Dia berpaling ke arah ruang tamu apabila bunyi loceng bergema.

Dia mengelap tangannya dan bergegas bergerak ke pintu utama.

" Haii, Arina!!! " Jerit seorang lelaki yang berada di hadapan pintu itu.

" Haii... Masuklah. Ada apa datang pagi-pagi ni? "

" Kau macam tak suka je kitorang datang? " Tuduh Amar dengan melulu. Dia melihat Daleeya dengan pandangan tidak puas hati.

" Ish kau ni. Dia tanya je kan?! " Daniel mengetuk kuat kepalanya sepupunya itu. Suara Amar yang mengaduh itu dihiraukan dan tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada Daleeya.

" Kitorang datang nak breakfast dengan korang. Dah lama tak borak-borak dengan Riyaz." Katanya lalu mengangkat satu plastik berisi nasi lemak dan kuih muih.

" Ouh... Tapi Riyaz tak balik lagi. Dia pergi beli sarapan. Korang duduklah dulu. " Dia sengih kepada Amar yang masih masam mukanya. Marah lah tu Daniel ketuk kepala dia.

Kring!!! Kring!!!

Kring!!! Kring!!!

" Korang kejap tau, aku nak angkat telefon. " Dia bangun dan menuju ke arah almari televisyen untuk mengambil telefonnya.

" Hello, Assalamualaikum. Ini Puan Daleeya Arina ke? Isteri kepada Encik Hud Luthriyaz? " Suara garau seseorang kedengaran di koklea telinganya.

" Waalaikumsalam. Ya saya. Saya isteri dia. Encik ni siapa ya? " Dipegang perlahan dadanya yang tiba-tiba berdegup kencang itu. Dipandang pula Daniel dan Amar yang kusyuk mendengar perbualannya itu.

" Maaf puan. Saya Inspektor Mukkriz. Saya ingin mengabarkan bahawa suami Puan sedang berada di Hospital Prince Court kerana telah mengalami kemalangan di--" Suara Inspektor Mulhriz tidak kedengaran lagi di telinga.

Air matanya jatuh menuruni pipi secara tiba-tiba. Dia menekan dadanya dengan kuat dan mula teresak-esak apabila memikirkan keadaan Riyaz.

" Arina... Kenapa ni? " Dihiraukan pertanyaan daripada Amar.

Fikirannya penuh dengan suara garau itu tadi.

Riyaz kemalangan.

Riyaz kemalangan.

Riyaz kemalangan.

" Daniel!!! Ari pengsan ni! " Beritahu Amar kalut kepada Daniel yang sedang berborak di telefon Daleeya.

" Jom, kita bawa dia ke hospital. Riyaz excident. " Tangannya pantas mencapai kunci kereta.

" Apa aku nak buat ni, Dan?! "

" Angkatlah dia!! Cepat Amar, Riyaz cedera parah, kita kena bawak Ari ke hospital sekarang. Cepat! "

Mahu tak ahu, dicempung juga Daleeya.

" Sorry Riyaz, Ari. Aku terpaksa sentuh kau dalam keadaan darurat macam ni. " Dia berkata perlahan dan terus keluar daripada rumah milik pasangan itu.

🌸

Daleeya mencelikkan matanya perlahan-lahan. Kepala yang terasa berpusing disentuh perlahan. Dahinya berkerut tatkala bau ubat menusuk kuat ke dalam hidungnya.

Seketika kemudian, matanya tercelik luas apabila mengingati akan panggilan yang diterimanya pagi tadi. Dia bangun daripada baring dan cuba untuk mencabut wayar drip yang tercucuk di tangannya.

" Arina. Nak pergi mana ni? " Daniel terus menahan tangan Daleeya yang cuba untuk mencabut wayar drip itu.

" Aku nak pergi tengok suami aku. Tolong bawak aku pergi dekat Riyaz, Daniel... Please. " Air mata mengalir lesu di pipinya.

" Tapi, kau tak sihat lagi. Kau rehat dulu, nanti aku bawak kau pergi. Lagipun Riyaz masih dalam bilik pembedahan lagi. "

" No! Aku nak pergi dekat Riyaz sekarang jugak! Kalau kau tak nak bawak aku, biar aku pergi sendiri!! " Dia meronta-ronta untuk turun daripada katil. Tangan Daniel yang memegang kuat tangannya ditepis kasar.

" Arina!!! Kau tolonglah jangan selfish. Kalau kau tak fikir tentang diri kau, kau tolong fikir pasal anak dalam perut kau ni! " Tengking Daniel dengan kuat. Dia mencekak pinggangnya dengan dada yang turun naik menahan amarah.

" A-apa kau cakap ni, Daniel? "

" Kau mengandung, Ari. Dah satu bulan."

" Aku... Mengandung? " Tangannya dibawa ke perut dan diusap perlahan.

" Yes. Jadi, kau kena rest dulu sekarang. Nanti bila operation Riyaz dah selesai, aku bawak kau pergi jumpa dia." Pujuk Daniel lembut.

Daleeya tidak membantah. Dia membaringkan kembali tubuhnya ke atas katil hospital itu. Badannya mengiring membelakangi Daniel. Air jernih yang keluar daripada matanya semakin banyak membasahi pipi.

' Abang... Kenapa Leeya perlu terima berita duka dan berita gembira dalam satu masa yang sama?

Baby... Terima kasih sebab hadir di saat mama perlukan semangat untuk teruskan hidup. Mama sayang baby dengan papa, sangat-sangat. '









Haih... Entahlah. Yang pasti, teruskan menekan bintang kecil di bawah ini, ya

Pemilik Hati Mr. Handsome✔Where stories live. Discover now