Jaemin Pov
Sesudah mereka berangkat balik. Kini tinggal aku, Renjun dan jeno disitu.
"Aku nak pergi tandas sekejap" pinta jeno kemudian dia berlalu dari situ.
Suasana krik krik seketika. Renjun bukanlah peramah sangat jadi aku taktau nak cakap apa sehingga aku tidak sedar apa yang aku kata pada dia..
"Renjun hyung suka dekat jaena ke?" Aku memandang ke arahnya. Renjun yang sedang membelek jam tangannya memandang ke arahku dengan pandangan terkejut.
"Hahahaha tak lah mana ada" aku smirk
"Eleh yelah tu. Macamlah Jaemin tak nampak macam mana dia marah Mark hyung tadi macam orang jeles" sakatku. Dia hanya mendiamkan diri.
Suasana kembali kelam seketika sebelum..
"Kalau hyung betul - betul suka dekat jaena. Hyung fight la untuk menangi hati jaena. Jaemin suka tengok Hyung dengan dia. Cute je" pujukku.
"Tidak semudah yang kamu sangka Jaemin. Hati tidak boleh dipaksa. Cuma hyung nak tengok jaena bahagia itu pun sudah sangat cukup untuk buat hyung gembira. Kalau lah dia tahu isi hati hyung pada dia... Tapi sepertinya tidak akan lah jawapannya." Jawapannya.
Aku tersenyum sekilas. Henfon milikku yang aku tengah pegang aku pandang. Dia tidak sedar bahawa aku sedang merakam perbualan kami sebentar tadi.
S
K
I
P
Mark Pov
"Bye princess.." lambaiku pada jaena yang ingin masuk ke dalam rumah. Kereta yang dipandu taeyong mula bergerak balik ke sekolah.
Taeyong yang sudah lama mendiamkan diri kerana fokus dengan pemanduannya mula berbicara..
"Kau ni janganlah kacau si jaena tu"
"Alah aku saja je.. test market.. tak adalah... Aku bergurau je.." kataku riang..
"Orang lain kau bolehlah nak buat macam tu tapi bukan jaena." Katanya
Aku mengerutkan dahi..
"Kenapa?"
"Kau kan dah ada girlfriend. Jagalah sikit hati dia. Even dia tak ada kalau ye pun haih. Perangai Playboy kau tu lagi satu. Kurangkan."
"Alah dia pun tak ada dalam negara ni aku sunyi la-"
"Renjun jatuh cinta dekat jaena." Pintasnya.
Membulat mataku dibuatnya..
"Lah patutlah dia nampak macam marah sangat kat aku. Dia punya tolak aku bukan biasa - biasa tadi fuh. Tapi sejak bila dia jatuh cinta?" Tanyaku.
"Aku pun tak tahu sejak bila tapi macam apa yang aku perasan sepertinya sudah lama. Aku rasa sebelum kau suka jaena pun dia dah suka jaena dulu dari kau." Terang taeyong..
"What seriously? Bila aku ingat balik. Betapa hebatnya pergaduhan aku dengan hansol dulu. Dua - dua hampir masuk hospital. Nasiblah aku still jadi pengawas kalau tak mesti dah dilucutkan jawatan."
"Hey kau tak minat ke kat jaena?" Tanya aku seakan - akan berminat dengan content yang mereka tengah bahaskan.
Taeyong menipiskan bibirnya..
"Suka - suka sebagai senior suka kat junior tu adalah. Yelah dia kan lawa, hot plus humble right. Tapi cinta tu tak adalah pulak. Mungkin aku sibuk capai cita - cita rasanya kut" jawapnya dan aku hanya mengangguk kepala.
"Btw kau dengan yaena tak ada apa - apa ke?" Tanyanya..
Aku terus menayang wajah sedih..
"Ntahlah weh aku rasa aku nak break dengan dia. Dia tak sayang aku pun dia just gunakan aku je rupanya. Malas lah aku nak fikir."
Tbc
YOU ARE READING
FLOWER BOY
Short StoryAku rasa tajuk takde kena mengena dengan story nya tapi aku peduli apa 😂