× 8 ×

2.2K 145 1
                                    

Sedang lena dibuai mimpi, ringtone Amni berbunyi menandakan whatsapp masuk.

Dengan mata yang dibuka separuh, Amni menekan aplikasi whatsapp.

'Hai Amniku sayang, besok abang dengan family akan datang nak jenguk Amni dekat sekolah. Rindu sangat dekat Amni.'

Mata Amni terus membulat. Family aku nak jumpa aku dekat sini! Matilah aku.

Segera dia menaip sesuatu untuk dihantar pada abangnya.

'Abang, jangan datang dekat sekolah! Sebab sekolah Amni tak dibenarkan lelaki masuk. Abang fahamkan, Amnikan sekolah berasrama perempuan.'

Sent. Tunggu beberapa minit abangnya reply.

'Okay. Kita jumpa dekat luar lah ye. Mintak cuti beberapa hari untuk spend time dengan family.'

Fuh lega hati aku.

Keesokan harinya, Amni bangun lebih awal daripada biasa. Daniel yang masih lena di atas katil dipandang dengan renungan tajam.

Sakit hatinya belum lagi terubat. Kemudian, dia mencapai tuala dan mengenakan pakaian seragam unit beruniform kadet remaja sekolah.

Dia segera pergi ke perhimpunan pagi dan terserempak dengan Sufian di dalam dewan itu.

Seusai saja perhimpunan pagi selesai, dia dengan tergesa-gesa hendak pergi ke bilik kesihatan.

"Am, kau nak pergi mana?" tanya Sufian.

"Aku nak pergi jumpa cikgu jap, nak minta cuti. Aku gerak dulu." kata Amni lalu dia berlari anak menuju ke bilik kesihatan.

Amni membuka pintu itu dengan kasar membuatkan Cikgu Khairul terkejut dengan tindakan Amni itu.

Cikgu Khairul memegang dadanya. Jelingan tajam diberikan kepada Amni.

"Maafkan saya." kata Amni sambil tersengih-sengih.

Cikgu Khairul mengangkat tangannya seolah-olah ingin mengetuk kepala Amni.

Amni dengan automatik melindungi kepalanya dengan tapak tangan.

"Ha, kamu nak apa datang sini?"

Amni mengambil tempat di hadapan Cikgu Khairul.

"Cikgu, boleh tak saya minta cuti untuk tiga hari?"

Amni menggenggam kedua belah tangannya. Berharap permintaannya diluluskan.

"Untuk apa?"

"Family saya datang nak jumpa saya. Tapi saya tak bagi datang sini sebab family saya tak tahu pun saya menyamar jadi lelaki. So, saya suruh jumpa dekat luar."

Cikgu Khairul mengangguk beberapa kali. Tiada balasan untuk pertanyaan Amni sebelum ini.

"So, bolehkan cikgu? Pleasee." pujuk Amni.

Cikgu Khairul memandang Amni lama. Dia juga yang mengizinkan Amni untuk terus kekal sekolah ni. Dia mengeluh perlahan.

"Baiklah. Tapi untuk tiga hari je tau. Jangan nak lebih-lebih. Nanti cikgu buat surat untuk permohonan cuti ni untuk kamu."

Amni melompat kegembiraan.

"Terima kasih cikgu. Sayang cikgu. Muahhh." kata Amni sebelum menyalam tangan Cikgu Khairul dan bergegas ke kelasnya.

Cikgu Khairul hanya menggeleng melihat gelagat Amni.

Amni berjalan ke kelas sambil menyanyi senang hati. Kini dia lega kerana ada Cikgu Khairul yang sudi membantunya.

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now