"Macam mana awak boleh kenal saya?"
Pelayan lelaki yang mengambil order minuman tadi telah sampai.
Dua teh o ais di letakkan dengan berhati-hati. Kemudian, Suraya mengukirkan senyuman kecil untuk lelaki itu.
"Actually dah lama saya perhatikan awak."
"Perhatikan saya?" segera Amni menghalang tubuhnya menggunakan kedua belah tangan. Pandangan takut dipamerkan.
Suraya ketawa kecil. "Hey, apa yang awak fikirkan ni."
"Ouh, bukan eh. Sorry."
Teh o ais diambil lalu diminum dengan perlahan.
"Kenapa awak perhatikan saya? Bukan ke sepatutnya awak perhatikan Daniel. Kembar awak sendiri." sambung Amni.
Suraya mengeluh kecil. "Saya takut Fizi perasan kehadiran saya. Dan salah satu sebab saya perhatikan awak ialah saya nak pastikan yang Fizi berkawan dengan orang yang betul."
Amni mengangguk kecil. Kemudian dia kembali memandang Suraya di hadapannya ini.
"Apa awak ingat saya jahat ke?"
"Cukup jahat. Awak pandai sembunyikan rahsia terbesar awak. Dan awak sangat sempurna lancarkan rancangan awak selama ni."
Amni tersedak. Dia memukul dadanya berkali-kali.
Matanya terbuntang luas sambil memandang Suraya. Sumpahlah semua benda tu pun dia tahu!
Sekali lagi Amni berjaya membuatkan Suraya ketawa.
"Awak tahu semuanya ke?!"
"Jangan risaulah. Saya tak bagitahu sesiapa pun. Lagipun takkan lah saya nak kecewakan hati orang kesayangan Fizi ni."
Untuk kali yang kedua, Amni tersedak air teh o ais yang diminumnya.
Suraya mencapai tisu disebelahnya lalu dihulurkan kepada Amni.
Amni mencapai dengan wajah yang malu. Mesti dia tahu juga apa yang aku cakapkan tadi dekat Daniel. Urghhh! Malunya!!!
"Hafizi masih tidak tahu saya ada di sini." Suraya menggenggam telapak tangannya. Raut wajah Suraya juga berubah. Nampak sudut kerisauan di riak wajah Suraya.
"Nak saya bagitahu dia?" tanya Amni lembut.
Suraya tersenyum lalu dia menggelengkan kepala. "Tak pelah. Biar saya sendiri yang muncul depan dia."
"Okay."
Suasana kembali menyepi. Amni mencuri pandang ke arah Suraya. Mukanya mewarisi Datin Zurina. No wonderlah dia nampak cantik.
Tak macam aku ni. Dahlah pendek. Rambut pun serabai. Macam manalah Daniel boleh sukakan aku. Aku sendiri pun pelik.
Dia memandang Suraya sekali lagi. Boleh tak kalau aku nak tanya soalan ni. Takut dia tak nak jawab pula. Tapi aku nak tahu! Baik aku cuba dulu.
"Errrmmm... Suraya."
Suraya mengangkat wajah. "Hurm?" sambil keningnya di angkat.
"Boleh saya tanya satu soalan."
"Tanyalah."
Amni menoleh kiri dan kanan. Wajahnya di dekatkan ke Suraya.
"Apa yang jadi sebenarnya?"
Suraya mengeluh panjang. Dia sudah dapat agak soalan ini akan keluar juga akhirnya. Dan sampai bila dia harus pendam rahsia ini. Dia tidak sanggup lagi.
Matanya dialihkan ke mata Amni. Dia memandang tepat ke arah anak mata milik Amni.
"Sebenarnya..."
-sebelum Hafizi tiba ke rumah apabila Bik Senah menyuruhnya membeli barang dapur-
"Suraya." panggil Datin Zurina perlahan.
Dato Hisyam, Bik Senah, Nina, Zaidah dan juga Othman turut ada di bilik Suraya.
Suraya meliarkan pandangan. Dia sudah sedar sejak dirinya dipindahkan dari hospital hari itu. Cuma Hafizi seorang saja yang tidak tahu.
"Kenapa ma?" tanya Suraya lemah.
Datin Zurina memandang suaminya sebelum kembali memandang anak kesayangannya ini.
"Boleh Suraya tolong mama?"
Dahi Suraya berkerut. "Tolong apa tu ma?"
Datin Zurina mengeluh kecil. Dia memandang Zaidah di hadapannya ini. Kemudian, Zaidah menganggukkan kepalanya perlahan.
Datin Zurina menarik nafas. "Tolong berlakon seolah olah Suraya dah mati boleh?"
Suraya terkejut. "Kenapa pula ma? Kenapa Suraya kena buat macam tu?"
"Nih semua untuk kebaikan anak-anak mama."
Suraya masih tidak berpuas hati. "Tapi kenapa ma? Suraya kena tahu."
Dato Hisyam duduk di tepi katil Suraya. Tangannya memegang tangan Suraya. Suraya menoleh.
"Sebab mama dan papa tak nak tengok masa depan Daniel hancur macam tu saja. Kamu pun tahukan sejak kamu masuk hospital, dia asyik ponteng sekolah saja." kata Dato Hisyam.
Suraya diam.
"Lagipun Suraya nanti akan pergi ke UK untuk dapatkan rawatan di sana. Papa ada kawan yang boleh jaga Suraya. Jadi, pergi ke sana. Apabila sudah sembuh sepenuhnya, Suraya balik ke sini ye." sambung Dato Hisyam lagi.
Suraya masih diam.
"Boleh ye nak?" tanya Datin Zurina lembut. Dia mengusap kepala anaknya itu memandangkan Suraya susah untuk memberi keputusan.
"Baiklah. Suraya akan ikut arahan papa."
Datin Zurina dan Dato Hisyam berpandangan sebelum mereka melemparkan senyuman manis untuk gadis kesayangannya ini.
"Terima kasih sayang. Nanti setiap satu bulan, mama dan papa akan jenguk Suraya di sana."
Suraya mengangguk kecil.
Tiba-tiba, mereka semua terdengar bunyi motor di hadapan rumahnya.
"Bik! Fizi dah balik!"
Datin Zurina segera menoleh ke arah Bik Senah.
"Bik. Nampaknya Fizi dah balik tu."
Bik Senah mengangguk dan terus melangkah ke dapur. Bersiap sedia untuk mencapai award pelakon terbaik.
Datin Zurina kembali memandang semua orang di dalam bilik Suraya.
"Bersedia semua." katanya.
Suraya pula sudah menutupkan mata. Lalu, Datin Zurina menyelimuti tubuh Suraya sehingga ke kepalanya.
Kemudian, mereka semua mendengar tapak kaki yang sedang menuju ke bilik Suraya.
Segera mereka semua menangis.
Pintu bilik Suraya dibuka dari luar. Muncullah Hafizi dengan muka yang tergamam.
Semua mata memandang Hafizi. Dan mereka semua tergamam apabila melihat air mata Hafizi yang mula jatuh dari tubir matanya.
Mereka semua tahu bahawa Hafizi adalah seorang yang hati batu. Dan dia takkan menangis disebabkan hal yang remeh.
Tetapi hari ini semua dapat menyaksikan air mata yang amat mahal dari Hafizi jatuh berjuraian.
Kemudian Hafizi lantas keluar dari bilik itu.
"Hafizi!" laung Datin Zurina. Bukannya dia tidak sedih. Cuma dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
'Maafkan aku Fizi.' kata Suraya dalam hati.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...