"Haaa?!!"
Daniel menjerit apabila Amni mengatakan syaratnya.
Amni berpeluk tubuh.
"No no no! Aku tak nak!" Daniel masih bertegas.
"Okay. Jangan harap kau akan bercakap dengan aku lagi."
Amni mengaturkan langkah tetapi langkahnya berhenti tatkala Daniel memegang tangannya.
Amni menepis kasar tangan Daniel. Dia merenung tajam.
"Ok-okaylah! Aku setuju!!" kata Daniel sambil berpeluk tubuh. Dia terpaksa bersetuju dengan syarat Amni yang gila tu. Dia tidak rela!
Dengan perlahan bibir Amni mengukirkan senyuman kemenangan.
"Belum habis lagi." Amni mengukir sengihan jahat.
Daniel mengeluh panjang. "Apa lagi si sotong?"
"Second, aku tak nak kau marah aku bila aku suruh kau buat something."
Tahulah aku panas baran! Memang sengaja tetapkan syarat macam tu.
Daniel menjeling tajam. "Lagi?" nada sinis kedengaran.
"Third, aku nak kau panggil aku boss."
Daniel terus membulatkan matanya. "Wahh, melebih ni!"
"Hurm... bila difikirkan lagi, tak baik pula aku jadikan kau hamba aku selama sebulan."
Amni memegang dagu. "Okaylah, kau jadi hamba aku selama 29 hari."
Daniel menggigit bawah bibirnya menahan geram. "Apa bezanya hanat?!"
Amni memeluk tubuh. "Deal?"
Daniel masih berdiam diri. Masih berkira-kira mahu bersetuju atau pun tidak. Hatinya kata tidak mahu, egonya yang tinggi juga kata tidak mahu. Tetapi memikirkan yang Amni tidak mahu bercakap dengannya lagi membuatkan hatinya terpaksa menerima.
"Deal?!!" jerit Amni. Daniel memejam mata mendengar teriakan Amni di sebelahnya.
"Kau nak aku pekak ke?" Daniel merengus geram.
Amni menjongketkan sebelah keningnya. "So, deal?" kata Amni sekali lagi. Sambil menghulurkan tapak tangan.
Daniel memandang kosong huluran salam daripada Amni. Dia terpaksa menurunkan martabat seorang lelaki ego.
Lalu, dengan perlahan dia menyambut huluran tangan Amni.
"Deal." kata Daniel perlahan.
Amni mengukirkan senyuman hinggalah ke telinga. "Apa? Aku tak dengar. Deal?"
"Deal." kata Daniel sedikit kuat. Amni menahan ketawa.
"Apa? Sekali lagi?"
Daniel merengus kasar. Dia memandang Amni dengan jelingan maut. "Deal!! Kau pekak ke apa?!!" marah Daniel.
"Op op op op! Kau lupa dengan syarat aku yang kedua?"
Daniel memejamkan mata. Dia menggigit sedikit bawah bibirnya menahan geram. Kemudian, senyuman paksa ditayangkan.
"Deal boss, intan payung, berlian, permata." kata Daniel sinis. Menyampah!
Amni ketawa terbahak bahak. "Bagus! Nanti aku upkan gaji kau."
Daniel terus melepaskan tangan Amni dengan kasar.
Kaki Daniel laju melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dipegang.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Roman pour Adolescents×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...