Baby, baby, baby ohh...
Like
Baby, baby, baby, no...
Like
Baby, baby, baby ohh...Amni hanya mengerling telefon bimbit di sebelahnya. Tidak perlu angkat call. Dengar bunyi ringtone saja dia sudah tahu siapa yang menelefonnya saat ini.
Akhirnya berhenti juga berdering. Dia melihat ada 22 missed call daripada Daniel. Tiada maksud lain okay, dia tetapkan lagu Justin Bieber untuk Daniel saja cuma dia menganggap baby itu sebagai bab*. Sesuai dengan perangainya itu.
Tingg! Ringtone whatsapp pula berbunyi. Tapi Amni mengabaikan saja. Malas mahu buka.
Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!
Amni mula rimas. "Erghhhhhh! Siapa yang spam aku ni?!"
Tangan mencapai telefonnya kemudian dia menekan aplikasi whatsapp.
Amni mengeluh. "7 mesej daripada Daniel rupanya."
Lalu dia menekan nama Daniel yang berada di atas sekali dan membacanya dengan satu persatu.
Am!
Am!
Am!
Kau tahukan aku tak akan buat semua tu!
Kenapa kau tak nak percaya aku?!
Lagipun yang kau pergi tinggalkan aku dengan Nina tu kenapa? Semata dengan umpanan selori potato chips tu, kau sanggup keluar dari bilik kan.
Dahlah. Aku tak boleh hiduplah kalau kau macam ni. Aku sayang kau..
Ayat yang belakang sekali itu membuatkan Amni memandangnya dengan lama.
Ting!
Mesej baru daripada Daniel dibaca lagi.
Kau bagi aku bluetick je Am!
Erghhhh.
Aku pergi dari bilik tu bukan sebab potato chips hokay.
Sebab aku nak pergi toilet.
Setakat selori potato chips tu, aku boleh beli sendiri laa.
😒
Okaylah macam ni.
Aku tak buat apa-apa pun dengan dia tu.
Dia tu yang tiba-tiba duduk atas riba aku.
Tapi kau tak tolakkan?
Aduhaiiiii kau nii!
Ringtone lagu Justin Bieber mula berbunyi sekali lagi. Amni teragak-agak hendak mengangkat. Akhirnya, dia mendekatkan telefon ke telinganya.
"Hurm hello."
"Am. Jangan off dulu. Dengar cakap aku."
"Hurm." jawab Amni ringkas.
"Kau nangis ke?"
"Mana adalah."
"Habistu, kenapa suara kau serak?"
Amni berdehem. "Tadikan aku menjerit. So tekak aku sakit sebab tu serak."
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...