× 14 ×

2K 144 6
                                    

"Uwahhhhh! Cantiknya pantai ni!!!"

Amni mendepakan tangan sambil tersenyum lebar. Angin sepoi-sepoi bahasa memang menyenangkan moodnya.

Sarah yang dari belakang perlahan-lahan berjalan ke arah Amni. Lalu, dia cucuk bahagian ketiak Amni yang terdedah itu.

"Auk!!" Amni menjeling tajam sebelum mengejar Sarah yang sedang tersengih jahat itu.

"Mari sini kau!"

Sarah menjelirkan lidah apabila Amni tidak dapat mengejarnya.

Tiba-tiba Amni mendapat satu idea, dia terjatuh kemudian memegang kakinya yang terluka akibat kisah lampaunya.

"Aarghhhh! Sakit!" jerit Amni.

Sarah terus berpaling mengadap Amni. Matanya membulat. Risau dengan keadaan Amni. Bukannya dia tidak tahu tentang luka Amni di kakinya itu. Malah lebih dari tahu.

Dia berlari mendapatkan Amni. Sarah memegang kaki Amni dengan perlahan-lahan.

"Kau okay tak?" terserlah mata kerisauan. Sarah membelek kaki Amni untuk memastikan tiada kecederaan baru yang timbul.

Sarah memandang Amni. Dengan automatik, Amni membuat muka sakit ala-ala kena bedah kakinya. Choi~

Makin bertambah panik Sarah dibuatnya.

"Daniel! Sufian!" jerit Sarah.

Ishh, tak dengar ke aku panggil diorang ni.

Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya untuk memanggil nama Daniel dan Sufian.

"Dan-umpppp!"

Amni menekup mulut Sarah. Sarah meronta-ronta dilepaskan.

Amni meletakkan jari telunjuk ke mulutnya sendiri tanda menyuruh Sarah diam sekejap.

"Umpppp! Lempas lahmmmm!" jerit Sarah dalam tekupan Amni.

Amni melepaskan genggaman di mulut Sarah.

"Kau kenapa gila?!"

Amni mengendahkan soalan Sarah lalu telapak tangan yang menekup mulut Sarah dikesat pada baju pink milik Sarah sambil membuat muka jijik.

Sarah hanya menjeling tajam kawannya itu.

"Kau prank aku eh?" kata Sarah sambil mencekak pinggang.

"Ehehehh. Sorry." Amni menyengih. Dan membuat mata bersinar-sinar agar Sarah termakan dengan pujukannya itu.

"Ish, kau ni! Tahu tak aku punya risau tu macam kau nak terberanak dekat sini!"

"Sorrylah. Kau tu yang buat aku dulu."

Sarah membulatkan mata sambil memandang Amni di sebelahnya.

"Aku cucuk ketiak kau je pun. Bukannya aku berlakon mati depan kau."

Zasss, pedas ayat Sarah menusuk di kalbu Amni.

Amni memegang lengan Sarah dan digoyang goyangkan perlahan.

"Sorrylah. Sorry. Hurmm?" Amni memandang muka Sarah lama dan sesekali menggoyangkan lengan Sarah lembut.

"Sarah?" panggilnya sekali lagi apabila gadis itu bertindak mendiamkan diri.

Amni mengeluh perlahan.

"Okaylah okaylah. Kau boleh amik Daniel sebagai cagaran."

Sarah menyembunyikan tawanya. Dia tak sangka Amni sanggup menjual roommatenya sendiri.

"Pfffttt. AHAHAHHAHAHHHA!" Sarah ketawa terbahak-bahak. Kedua belah tangannya menghentak-hentak pasir di depan.

Amni terkejut kecil mendengar hilaian ketawa Sarah itu. Dia sedikit takut. Takut dengan muka Sarah apabila ketawa begitu. Serupa pontilanak. Mati lah nak. Aku kawan dengan pontilanak rupanya selama ni.

"Wey, aku gurau jelah! Tak sangka kau sanggup jual member sendiri!! Ahahahhahahha!" masih dengan ketawa pontilanak dia itu.

Amni semakin panik dengan kelakuan Sarah. Lantas kepala Sarah dicengkam kuat.

"Allahuakbar! Kau siapa? Keluar kau daripada badan Sarah!! Allahuakbar!"

Tidak lupa juga tangan kanannya dihalakan ke arah muka Sarah supaya hantu yang memasuki badan Sarah keluar dengan sendirinya.

Sarah menepis tangan Amni. "Ish kau ni kenapa? Aku Sarahlah."

Amni masih ragu-ragu. "Okay, ni berapa?" jarinya yang runcing itu dikeluarkan dua dan menghalakan betul-betul dihadapan mata Sarah.

Mata Sarah sedikit juling apabila hendak melihat jari Amni yang berada di hadapan biji matanya.

"Dua."

Amni menghelakan nafas lega. "Alhamdulillah. Kawan aku dah kembali."

Sarah menggulingkan bebola mata ke atas. "Kau ni suka memainkan aku. Lepas ni, kau boleh jadik ustazlah." dengus Sarah geram.

"Eleh, chill lah. Kita datang sinikan nak enjoy!"

"Hey, kau lupa? Aku datang sini sebab kau. Mana boleh kau holiday berdua je dengan Sufian."

Amni mencebik.

"Wey, kau dengan Daniel ada apa-apa ke?" kata Sarah sambil menyengih. Kedua belah kening diangkatnya berkali-kali.

"Ish, apa kau merepek ni. Dia mana tahu aku ni perempuan. Kang dia pikir diri dia gay pulak."

Amni bermain pasir di kakinya. Sesekali dia melihat pemandangan pantai yang begitu indah di hadapannya ini.

"Tapi aku nampak dia pandang kau lain macam. Macam kau ni lebih penting dari nyawa dia."

Amni berdiam diri. Gila ke apa Sarah ni. Boleh pula fikir macam tu sekali. Daniel tu dahlah annoying, panas baran, asyik cakap kasar je. Mana tang nya dia melebihkan aku. Ciss, itu semua khayalan Sarah semata-mata.

"Aku rasa hantu dekat dalam badan kau ni tak keluar sepenuhnya."

Tangan Amni sedia mencengkam kepala Sarah. Tetapi Sarah sempat menepis tangan Amni.

"Betullah! Cuba kau fikir, Daniel tu jenis yang tak kisahkan orang sekeliling. Tapi kenapa dia nak ikut kau pergi bercuti sedangkan dia lebih suka menyendiri dekat bilik. Ha kenapa?"

Amni menoleh. Betul juga apa yang diperkatakan oleh Sarah tadi. Daripada dia ikut aku bercuti, lebih baik dia boleh je membutakan diri dekat bilik.

"Kan! Betulkan aku cakap. Sampai kau speechless macam ni."

"Bukanlah. Dia nak ikut aku sebab dia dah janji nak jadi hamba abdi aku selama 29 hari. Kan aku dah cerita dekat kau tadi."

Mata Amni masih menatap kesibukan manusia di hadapannya. Ada yang mandi, ada juga yang bermain dengan pasir. Tiba-tiba rindunya pada family makin kuat.

"Tapi dia yang offer sendiri. Bukannya kau suruh."

Amni mencebik.

"Tak habis lagi ke?" Amni mengadap Sarah yang tak habis-habis asyik ingin mengupas topik pasal Daniel.

"Tak delah. Aku just curious. Naluri seorang perempuan aku kata, dia tu dah tahu jantina kau. Thats why, dia beriya and sanggup ikut kau sampai sini sebab dia nak lindungi kau." Sarah memegang bahu Amni. Mahu meyakinkan Amni tentang hipotesis terhadap Daniel itu.

Amni memandang tepat anak mata Sarah. Nampaknya Sarah bersungguh meyakinkan dia tentang Daniel.

"Errr... Perlu ke aku siasat benda ni?"

Sarah mengangguk.

"Tapi kenapa dia tak marah aku kalau dia tahu pasal jantina aku? Confirmlah orang tak suka penipu ada dekat bilik diakan."

Sarah mengangkat bahu. "Pasal itu, kau kena tanya dia sendiri. Aku tak boleh tolong."

Amni mengeluh kecil. Satu hal pula nak kena siasat pasal dia ni.

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now