× 7 ×

2.3K 153 4
                                    

Daniel dan Sufian memapah Amni sampai ke biliknya. Lalu, dia meletakkan Amni pada kaki katil Daniel.

"Am, kau tak nak pegi bilik kesihatan ke?" tanya Sufian.

Amni menggeleng perlahan.

"Tak nak lah susahkan Cikgu Khairul."

"Nah." Daniel mencapak plastic yang berisi krim luka dan sedikit kapas.

Amni mengambil plastic yang dicampak oleh Daniel tadi.

"Apa ni?"

"Kau letak dekat luka kau tu." kata Daniel dingin.

"Ish kau ni Daniel. Kau lah yang tolong letakkan krim tu. Macam mana Am nak buat kalau lengannya sakit." Sufian memeluk tubuh.

"Aku?" Daniel menunjuk ke arah dirinya sendiri.

"Eh tak lah. Pak cik guard dekat depan tuh haa. Jap lagi dia sampai." perli Sufian.

Daniel menjeling.

"Okay lah Am. Aku masuk bilik dulu. Bye."

Amni membuat isyarat okay.

Pintu bilik di buka kemudian ditutup kembali oleh Sufian.

Suasana di bilik Am dan Daniel sunyi sepi. Hanya putaran kipas saja yang berbunyi. Perpustakaan ke?

Amni berdiam diri. Dia masih malu dengan perbuatannya sebentar tadi.

"Kenapa lah aku boleh peluk dia. Bongok betul lah aku ni." bisik Amni perlahan. Dia mencuri-curi pandang ke arah Daniel.

Daniel hanya berdiri tegak di hadapan Amni. Dia hanya memandang kepada plastic yang dicampakkannya tadi.

Daniel melangkah ke arah Amni dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amni.

Dia mengambil krim dan cotton bads kemudian dia mengambil lengan Amni dengan perlahan.

Amni tersentak. Dia memandang Daniel yang sedang ralit menyapu krim di lengannya. Luka pada lengannya tidak lagi rasa sakit.

"Tersuka dekat aku pulak ke?"

Renungan yang tadi lembut terus bertukar menjadi menyampah.

"Tak ada faedah aku nak suka kau."

"So, jangan pandang aku macam tu lagi. Aku nak buat kerja pun tak senang." ujar Daniel dingin.

Suasana kembali sunyi. Amni rasa terlalu janggal dengan Daniel. Mungkin kesan dari pelukan mengejut dari dirinya sendiri tadi.

"Hurmm... Errr.." Amni berkira-kira mahu mulakan topik apa untuk menghilangkan rasa awkward ni.

"Kau nak cakap apa ni?"

"Dani, thanks sebab tolong aku."

Wajah Amni yang penuh dengan ikhlas dipandang sekilas.

"Hurm." jawab Daniel ringkas.

Cotton bads yang digunakan tadi dibuang ke tong sampah. Dan dia mengambil cotton bads yang baru untuk menyapu krim pada luka di muka Amni pula.

"Errrr..." Amni masih bersuara.

Kelakuan Amni membuatkan Daniel rasa menyampah lalu perbuatannya tadi terbantut. Cotton bads diletakkan ke tepi. Kini, Daniel hanya menumpukan sepenuh perhatian pada Amni.

"Ha apa kau nak cakap lagi?"

Walaupun kedengaran dingin, tapi dalam sudut hati dia masih prihatin pada roommatenya ni.

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now