× 34 ×

1.8K 126 0
                                    

Tok. Tok. Tok.

"Assalamualaikum."

Zairul menunggu dengan penuh debaran. Pintu di hadapannya dipandang dengan gemuruh.

Akhirnya pintu itu ditolak dari dalam. Muncullah seorang perempuan yang agak berusia tetapi masih kekal cantik.

"Wa'alaikumsalam. Awak siapa ye?" tanya Zaidah dengan senyuman manisnya 

Zairul menundukkan kepalanya tanda hormat. "Saya kawan Nina aunty."

"Ouh, ye ke? Nama awak siapa?"

Belum sempat Zairul menjawab pertanyaan Zaidah, tiba-tiba muncul suara garau dari belakang.

"Siapa tu Idah?!"

Zaidah menoleh ke belakang dan menyuruh suaminya datang kepadanya. 

Othman menuju ke isterinya dan matanya terus tertacap kepada Zairul yang sedang berdiri bermandikan peluh di dahi.

Jika diperhatikan wajah Zairul ini, seperti mirip seseorang. Tapi tidak terlintas pula wajah yang difikirkan itu.

"Katanya dia ni kawan Nina." kata Zaidah.

"Nama siapa?"

Suara dingin Othman menambahkan lagi ketakutan dirinya. Itulah, kata berani sangat nak jumpa mama dan papanya Nina. Kan sekarang seperti cacing kepanasan.

"Nama saya Muhammad Zairul bin Hassan."

Othman diam. "Hassan?"

Seperti pernah dengar nama itu, tapi dia tidak ingat di mana.

"Anak Hassan ke?!" tanya Othman sedikit teruja.

Lantas dia terus memeluk Zairul. Bahu Zairul sedikit terangkat kerana terkejut beruk dengan pelukan Othman yang tidak diberitahu dahulu.

Zaidah pula memegang pipi mulus Zairul dengan linangan air mata.

Kenapa dengan semua orang ni?!

"Mama. Papa. Kenapa ni?" tanya Nina yang berada di belakang Zaidah. Dia bergegas turun dari biliknya apabila terdengar suara Othman menjerit. 

Zairul menggerakkan mulut 'I dont know.'

Othman meleraikan pelukan. "Jom masuk rumah dulu."

Tangan Zairul ditarik masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat. Isi di dalam rumah itu di tenung seketika.

Perasaan yang pelik tiba-tiba ada. Kenapa aku rasa rumah ni macam ada kaitan dengan aku?

"Duduk dulu. Mama Idah buatkan air."

Nina yang berdiri di sebelah Zaidah mula membuntangkan matanya. "Mama Idah?!"

Zairul pun agak terkejut apabila mama Nina bahasakan diri sebagai Mama Idah.

Tetapi dia seakan terbiasa dengan suasana di sini. Panggilan nama itu juga seperti tidak asing bagi dirinya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

Lantas, Zairul duduk di atas sofa bersama Othman di sebelahnya. Nina pula menghilang ke dapur mengikut jejak mamanya.

Othman dari tadi hanya merenung jejaka di sebelahnya itu. Kenangan manis mula berputar di kotak fikirannya. Sungguh dia rindu dengan jejaka di sebelahnya dan juga kawan sehidup sematinya.

Renungan dari mata Othman membuatkan dia tidak senang duduk. Sesekali dia mengukirkan senyuman palsu untuk menutup kegabrahannya.

"Jangan takut. Uncle bukannya makan orang."

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now