× 45 ×

2.7K 119 3
                                    

"Ma! Pa! Fizi keluar dulu!" laung Daniel dari pintu utama rumahnya.

Dengan kelam kabut dia memakai kasut dan mencapai kunci motor yang tersangkut di tepi pintu.

"Ha baik-baik bawak motor tu! Jangan balik lambat sangat!" laung Datin Zurina dari dapur.

"Ma! Fizi dah bujanglah." kata Daniel sebelum naik motor kesayangannya.

Sudah lama dia tidak menunggang motor kesayangannya ini.

Kemudian, dia memecut laju ke Highschool Prince.

Amni yang berada di depan gate sekolah hanya menunggu Daniel dengan perasaan sebal.

Dikerling jam di pergelangan tangannya. Kemudian, dia mendengus geram.

"Urghhhh! Janji pukul 2. Sampai sekarang tak sampai sampai lagi." rungut Amni.

Tidak lama kemudian, Daniel pun sampai dan berhenti betul-betul di hadapan Amni.

Amni memeluk tubuh. Segera Daniel turun dari motornya.

"Sorry sangat-sangat."

Amni memandang Daniel dengan perasaan yang marah.

"Pukul berapa dah ni?"

Daniel mengerling jam di tangannya. "Errr... Pukul 2.30 petang?"

"Eiyyy! Tahu tak saya tunggu dekat depan ni 30 minit!"

Daniel mengusap belakang lehernya perlahan. Dengan muka yang gusar tidak tahu bagaimana hendak memujuk.

"Okay okay. Saya tahu. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya terlalu excited sampaikan tak sempat nak tengok jam. Saya minta maaf okay."

Amni memberi renungan yang tajam. "Ganti balik 30 minit tu!"

Daniel menyusun sepuluh jari. "Okay. Awak nak apa? Nanti saya akan tunaikan."

"Janji?"

Daniel mengangkat sebelah tangan ke udara. "Janji!" kata Daniel seakan berikrar.

Amni mengangguk kecil. "Okay. Nanti saya akan minta. So, sekarang ni kita nak pergi mana?"

Daniel menarik tangan Amni dengan senyuman lebar.

Amni memukul tangan Daniel lembut.

"Kenapa?"

Amni melihat sekeliling. "Nanti orang nampak macam mana. Awak kena ingat, kita masih di luar kawasan sekolah."

Daniel melihat kiri dan kanan. Kemudian, dia beralih memandang Amni semula.

"I dont care. Lets go."

Amni mengetap bibir kuat. Degil betul lah!

Lalu, Daniel mengambil helmet dan dipakaikan ke kepala Amni.

Selepas itu, dia menaiki motor kesayangannya itu dengan helmet di kepalanya.

"Naik."

Amni hanya menurut. Tidak tahulah kemana dia akan dibawa.

"Jangan bawa laju-laju. Saya tak kahwin lagi."

Daniel tergelak kecil. "Kalau tak nak mati, peluk saya kuat-kuat."

"Eiyy. Tak naklah."

"Okay. Jangan menyesal." kata Daniel sebelum mula start enjin motor.

Dan berdezuppp~

Dia mula bawa motor dengan laju.

"AAAAARRRGGGHHHHHH!! DANIEL TAK GUNA!!" jerit Amni sambil menutup mata.

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now