Air mata yang bertakung dari tadi, akhirnya menitis juga di pipi mulus Hafizi.
Dia tidak sanggup melihat wajah Suraya untuk kali terakhir. Lantas, kakinya diaturkan laju menuju ke tempat motornya berada.
"Hafizi!" panggil Datin Zurina. Bukannya dia tidak bersedih, cuma dia terlalu sayangkan anak-anaknya. Sebab itu dia sanggup lakukan perkara ini.
Hafizi memecut laju. Motor kesayangannya dipandu tanpa hala tuju. Hatinya sungguh sedih. Separuh jiwanya sudah mati.
Macam mana dia hendak meneruskan kehidupannya?
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menenangkan diri di satu tempat terpencil.
Dia pergi ke kedai runcit, dan membeli sebotol air mineral. Diteguknya rakus sehingga habis.
Kemudian, dia kembali termenung. Hanya mampu merenung langit yang mulai gelap. Jiwanya terlalu sedih.
Lamunannya terhenti apabila dia terdengar seorang perempuan menjerit.
Dia segera bangun dan kakinya menuju ke arah suara perempuan itu tadi.
Matanya membulat. Dia terkejut melihat adegan yang dilakukan oleh perempuan itu.
Seorang lelaki yang memakai topeng cuba meragut beg seorang perempuan.
Tetapi yang lebih memeranjatkan dia adalah perempuan itu masih mahu mempertahankan begnya.
"Dia tak sayang nyawa ke?!" bisik Hafizi.
Dengan sekali rentapan saja, peragut itu berjaya mendapatkan beg perempuan itu. Kemudian dia melarikan diri.
Tanpa berlengah, Hafizi membuka langkah seribu untuk kejar kembali peragut itu.
Nampaknya peragut itu mula menyedari kehadirannya. Lalu, dia berhenti dan memandang Hafizi dengan pandangan yang tajam.
"Kau nak apa?" tanya peragut itu dengan kasar.
Hafizi berhenti betul-betul di hadapan peragut bertopeng. Walaupun wajah lelaki itu ditutup separuh oleh topeng yang dipakainya, tapi dia tahu lelaki itu sedang menahan geram.
"Aku nak kau pulangkan beg tu."
Lelaki bertopeng itu ketawa sinis sambil bertepuk tangan. "Wau. Budak kecil nak tunjuk hero. Bagus!"
Hafizi menggenggam penumbuk. Dia sudah tidak tahan sabar. Apatah lagi lelaki itu seakan mencabar dirinya.
Dia menarik nafas panjang "Aku cakap bagi!!" sebelum tangannya melayangkan penumbuk sulung ke arah peragut itu.
Peragut itu terjatuh ke atas tanah. Hujung bibirnya dilap menggunakan belakang tapak tangan.
"Boleh tahan juga kau ni."
Lantas dia segera bangun dan mengambil sesuatu dalam beg perempuan yang dia ragut sebentar tadi.
Kamera digital dipegang sambil tersenyum sinis ke arah Hafizi.
Hafizi pula sudah mempersiapkan diri untuk melawan kembali peragut tak sedar diri itu.
Tanpa banyak bicara, peragut itu membaling kamera digital ke arah Hafizi. Tujuannya hanya untuk merosakkan tumpuan budak lelaki itu terhadapnya.
Apabila Hafizi cuba mengelak balingan kamera digital itu, peragut lelaki yang hodoh lagikan goblok itu menendang perut Hafizi sehingga Hafizi rebah.
Hafizi memegang perutnya sambil terbatuk kecil. Matanya tidak lepas memandang peragut dihadapannya ini. Dia tahu peragut itu sedang ketawakan dirinya.
"Hiyarkkkkkk!!"
Dengan tiba-tiba perempuan cilik tadi muncul dengan jeritan yang sangat kuat.
Perempuan itu membuka langkah yang agak besar bertujuan untuk menyepak muka si peragut itu.
Hafizi meneliti wajah perempuan itu. Nampaknya perempuan itu sedang marah. Mukanya yang merah dan mata yang membulat menambahkan lagi kebenaran dalam ketekaan Hafizi tadi.
Dia cuba menggagahkan diri untuk bangun menolong gadis molek itu. Tapi perutnya masih rasa senak. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Mata Hafizi kembali memandang gadis itu, nampaknya gadis itu sedang meratapi kamera digitalnya yang sudah hancur berkecai
"Arrrgghhhhhh!!!!"
Perempuan itu menjerit kesakitan pada kakinya yang mula mengalirkan darah yang banyak.
"Aku kena tolong dia."
Dengan segala kudrat yang ada, dia bangun dan memusingkan tangan peragut itu 90 darjah ke kanan.
Dan menyebabkan pisau yang dipegang olehnya tercampak jauh.
Kemudian, Hafizi mengangkat kakinya tinggi untuk menyepak kepala lelaki itu dan akhirnya dia jatuh tidak sedarkan diri.
Beg berwarna coklat milik gadis itu dicapai sebelum menuju ke arahnya.
Dia mencangkung. "Awak?" tangan dilambai untuk memastikan kewarasan gadis itu.
Walaupun mata gadis itu masih terbuka dan memandang ke arahnya tapi dia masih dalam keadaan mamai. Mamai yang akan membuatkan dirinya kembali ke dunia gelap.
Hafizi semakin panik. Lantas telefon bimbit dikeluarkan.
"Hello! Ambulans! Tolong ada budak pengsan dekat lorong 1 Jalan Terlalu Indah. Tolong datang cepat sikit." ujar Hafizi panik.
"Baiklah cik. Jangan panik. Sebentar lagi kami akan sampai."
Hafizi segera menutup talian. Dia mengoyakkan sedikit bajunya kemudian dia mengikat pada kaki gadis itu yang mengalami pendarahan yang agak teruk.
10 minit kemudian, ambulans pun sampai dan dengan kadar yang segera Amni dibawa masuk ke ambulans untuk menuju ke hospital.
Hafizi pula hanya mampu memandangnya dengan sayu. Sungguh banyak dia hadapi hari ini, dan dia pun merasai sedih akan keadaan gadis itu tadi.
"Aku harap dia okay."
• • •
Air mata milik Amni sedikit sebanyak membuatkan Cikgu Khairul panik.
"Janganlah nangis. Nanti orang ingat saya yang buat awak nangis."
Amni lap air matanya. Kemudian dia memandang Cikgu Khairul semula.
"Saya tak sangka yang Daniel lebih menderita daripada saya."
Cikgu Khairul diam. Mungkin dia penat kerana menceritakan segala kisah lampau Daniel kepada Amni.
"Kenapa cikgu tak bagitahu saya yang bukan Daniel penyebab kaki saya tidak boleh berlari, meloncat semua tu!"
"Bukan cikgu tak nak bagitahu cuma Daniel yang tak bagi. Cikgu pun tak tahu kenapa."
Amni diam. Kemudian dia memandang susuk tubuh yang kaku di atas katil hospital.
Dia kembali menangis.
"Bila kau nak sedar Daniel?!"
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...