"Amni! Sarah!" panggil Sufian dari jauh.
Amni dan Sarah yang duduk di atas pasir segera bangun dan melihat ke arah Sufian.
Terdapat tiga orang lelaki yang sedang berdiri jauh darinya.
"Wey, sebelah Sufian tu siapa?"
Amni mengecilkan mata. "Ouh... tu Daniel lah."
Sarah memukul lengan Amni. "Bukanlah, sebelah kanan Sufian tu."
"Manalah aku tahu. Jomlah, Sufian dah tunggu tu."
Sarah dan Amni pun menghampiri Sufian. Mereka berdua melibas-libaskan seluar yang sedikit kotor akibat bermain pasir tadi.
"Ha Sufian. Ada apa?" kata Amni sambil mengerling orang di sebelah Sufian.
"Ni haa. Aku nak kenalkan. Ni sepupu aku. Nama dia Jefri. Ha Jefri, ni Am. Kawan aku dekat sekolah."
Jefri menghulurkan tangan sambil senyum manis ke arah Amni.
"Jefri."
Amni mengukirkan senyuman kecil ke Jefri dan menyambut huluran tangan Jefri.
"Amni."
Jefri memandang Amni dengan senyuman lebar. Tangannya masih tidak mahu lepas dari memegang tangan Amni.
Daniel memandang pelik ke arah Jefri. Sarah juga begitu.
Amni pula makin tidak selesa apabila Jefri mengusap tangannya dengan lembut.
"Hey Am! Jom pergi sebelah sana jap. Aku ada benda nak cakap." kata Daniel mesra sambil memaut bahu Amni. Dia sempat mengerling tajam ke arah Jefri.
'Aku dapat bau kejahatan di sini ' desis hati Daniel.
Amni tersentak kecil serta merta tangan Jefri yang memegang tangannya di tepis dengan cepat.
Dia memandang Daniel dengan pelik. Apa kena dengan mamat ni? Tak pernah nak cakap mesra macam tu dekat aku.
"Jomlah." Daniel menarik kasar tangan Amni supaya jauh dari Jefri itu. Daniel dapat menangkap senyuman kecil yang meniti di bibir Jefri apabila dia memandang Amni.
'Aku tak sedap hati.' kata hati Daniel.
Sarah pula menghelakan nafas lega apabila Daniel berjaya menjauhkan Jefri dari Amni.
Sarah juga tidak sedap hati dengan kewujudan Jefri bersamanya. Cara dia pandang Amni pun, aku sudah tahu yang dia ada niat tak baik pada Amni.
Amni menggoyangkan kuat bahunya agar tidak dipegang oleh Daniel lagi.
"Kau ni kenapa?" marah Amni.
"Jangan dekat dengan Jefri tu."
Amni memandang Daniel. "Kenapa pula?"
"Aku cakap tu boleh tak kau dengar." kata Daniel dingin. Mata masih tidak lepas memandang Amni yang pendek sedikit darinya. Ketinggian Amni mencecah paras lehernya saja.
Amni menyilangkan tangan. Muka kerek biasa dipamerkan ketika bersama Daniel.
"Kalau aku cakap tak nak?"
Daniel mengeluh. "Suka hati kaulah. Aku dah bagi amaran pasal dia. Kalau jadi apa apa dekat diri kau, aku tak nak tolong."
Lalu, Daniel melangkah meninggalkan Amni sendirian.
• • •
"Woi, bangun! Dah pagi." Amni menolak badan Daniel dengan kakinya. Masih tidak berpuas hati berkaitan dengan hal bilik tidur semalam.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...