-3 tahun lepas-
"Woi, Fizi! Sini jap!" laung Suraya yang sedang berada di balkoni rumah milik mama papanya.
Hafizi hanya memandang Suraya sekilas sebelum mengemas semua alat tulis di dalam pencil boxnya.
Dia menuju ke arah Suraya.
"Kau ni tak study ke?"
Memandangkan mereka berdua akan menghadapi peperiksaan PT3 yang akan berlangsung tidak lama lagi membuatkan Hafizi sedikit kecut perut.
Tetapi kembarnya ini sedikit pun tidak rasa takut. Tidak tahulah macam mana mereka berdua boleh jadi kembar.
"Halah. Chill lah. Examkan lama lagi."
"Chill kepala otak kau. Exam lagi tiga bulan je tau." tangan mengetuk kepala Suraya.
Suraya mengaduh kesakitan. Dia memandang kembarnya dengan jelingan maut.
"Kau kena sedar, aku ni akak kau."
Hafizi mencebik. "Ceh, aku lambat 5 saat je dari kau."
"Wey, aku bosan lah. Jom main bola tampar."
"Jom!"
Dengan kelajuan yang luar biasa, dia pergi ke bilik stor dan mengambil bola tampar miliknya.
Dia dan Suraya mempunyai minat yang sama iaitu bermain bola tampar. Mungkin suatu hari nanti dapat menampar pasangan masing-masing jika pasangannya membuat hal.
Mereka berdua sudah mengambil tempat masing-masing. Net yang tergantung di tengah-tengah itu menambahkan lagi keterujaan mereka berdua.
Nasib baik saja halaman di rumahnya itu besar, tidak perlulah hendak pergi ke taman depan itu.
"Aku nak serve ni!" jerit Suraya.
Hafizi pula membuat simbol okay.
Bukkk!
Bunyi tamparan bola oleh Suraya membuatkan Hafizi mula gelabah. Bukan dia tidak tahu, kelajuan bola yang dipukul oleh Suraya itu melebihi hadnya.
Kalau terkena kepalanya itu, boleh jadi gila sebentar sebab ada gegaran otak. Errr, ngeri beb.
Hafizi mengelak. Disebabkan itu, Suraya menjerit keriangan kerana dia mendapat satu mata.
Hafizi berdecit.
"Korang ni! Main tak ajak Nina!"
Suraya berpaling. "Eh, Nina! Mehlah masuk."
Nina mengatur langkah ke arah Suraya.
"Nak main jugak."
"Tak payah. Nanti kang kena kepala, kau menangis." kata Hafizi.
Nina membuat muka merajuk. Mulutnya mula terjuih macam itik betina hilang anak.
"Alah kau ni. Bagi jelah dia main. Bukan selalu dia main dengan kita ni. Alang-alang kita cuti dua minggu ni, Nina duduk sini jelah ye."
Mata Nina seakan bersinar-sinar. Sungguh dia teruja untuk duduk bersama sepupu kesayangannya ini. Duduk di rumah terlalu bosan.
"Yeayyyy!"
"Ni kau datang sini dengan sapa?" Hafizi bercekak pinggang.
"Dengan driver. Tapi saya dah bagitahu mama dengan papa."
"Sebelum maghrib kau balik rumah dulu, kemas apa yang patut. Jangan lupa bagitahu mama papa kau. Nanti kang aku dituduh culik kau pula."
Senyuman Nina makin melebar. "Thanks Fizi!"
• • •
"Suraya! Nina! Hafizi! Meh turun, makan!" laung Datin Zurina dari dapur sedang menyiapkan makanan di atas meja bersama dengan pembantu rumahnya, Bik Senah. Dia sudah menganggap Bik Senah itu sebahagian dalam keluarganya.
"Ya ma! Sekejap!" jerit Hafizi dalam biliknya yang baru selesai mandi.
"Ehehaahaehaha! Janganlah Su! Gelilah." Nina ketawa, dia tidak dapat menahan apabila Suraya menggeletek dirinya dari tadi.
Suraya ligat menggeletek Nina sambil berjalan ke arah tangga. Suraya mencucuk pinggang Nina berkali-kali kemudian dia tergelak melihat muka Nina.
"Hey, apa bendalah korang buat ni." tegur Hafizi sebelum menutup kembali pintu biliknya.
Kepalanya digeleng beberapa kali melihat gelagat kembarnya itu yang tidak habis-habis asyik mengusik Nina.
"Janganlah Suraya!" Nina menepis tangan Suraya kasar. Dan tiba-tiba, dia secara tidak sengaja tertolak Suraya. Membuatkan Suraya hilang imbangan sebelum terjatuh.
"Arghhhhh!" jerit Suraya sebelum dirinya rebah satu persatu di atas anak tangga. Buk! Kedebuk! Kedebak! Buk!
"Surayaa!!" jerit Hafizi cuak. Dia segera mendapatkan kembarnya. Nina pula menutup mulut dan mula menitiskan air mata.
"Apa yang bis- Suraya!!" Datin Zurina terduduk di sebelah Hafizi yang sedang memangku Suraya di atas ribanya. Darah dari kepala Suraya tidak henti dari tadi. Suraya sudah tidak sedarkan diri.
"Ma. Panggil ambulans ma."
Datin Zurina kaku. Akhirnya, empangan di tubir matanya jatuh juga melihat anaknya kaku di pangkuan Hafizi.
"Ma! Panggil ambulans sekarang!" jerit Hafizi apabila mamanya tidak memberi tindak balas. Tubuh Suraya di peluk erat. Berharap kembarnya tidak mengalami kecederaan teruk.
Bik Senah yang berada di situ lantas berlari mendapatkan telefon bimbit milik Datin Zurina. Kemudian, telefon bimbit bertukar tangan. Dia terduduk di sebelah Hafizi sambil menitiskan air matanya.
Dia juga turut berasa sebak kerna dia sudah menganggap Suraya seperti anaknya sendiri. Dia memeluk bahu Hafizi agar lelaki itu dapat bertenang sedikit.
Dengan keadaan yang cemas, Datin Zurina segera menelefon ambulans. Kemudian dia menelefon Dato Hisyam pula.
Nina dengan perlahan melangkah ke arah Hafizi.
"Kau jangan dekat." Hafizi memberi amaran.
Langkah Nina berhenti. Matanya beralih pada tubuh kaku Suraya. Dia menangis teresak-esak.
'Ni semua salah aku!' bentak hatinya.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...