Daniel menoleh ke belakang. Dengan serta merta bayangan Amni berkemban itu hadir dalam kotak mindanya.
Dia menggeleng kepala laju agar bayangan itu hilang.
'Kau terlalu bahaya untuk aku, Amni.' kata hati Daniel.
"Kau nak apa?" masih berlakon dengan watak dinginnya itu.
Amni mengambil tempat di sebelah Daniel. Walaupun jantungnya berdetak dengan laju, dia harus memberanikan diri juga untuk berhadapan dengan Daniel.
"Pasal tadi ak-aku... Err... Aku.." Amni teragak-agak.
"Aku apa?!" hentak Daniel.
"Aku mintak maaf!" Amni berkata sambil matanya tertutup rapat, terkejut dengan tindakan Daniel sebentar tadi.
Daniel menoleh ke sebelah. Dahinya dikerutkan. "For what?"
Amni masih menundukkan wajahnya. Tidak berani untuk menatap mata coklat Daniel itu.
Jari jemari Amni dicakup kemas untuk mencari kekuatan.
"Sebab aku dah tipu kau."
"Tahu."
Jawapan ringkas dari Daniel itu membuatkan Amni menoleh.
"Ka-kau dah lama tahu ke?"
Daniel mengangguk. Amni makin menundukkan wajahnya. Terasa diri dia bersalah pula.
"Sejak bila kau tahu?"
"Hurm... sejak kau cerita hal kau dekat Cikgu Khairul." kata Daniel sambil memandang tepat ke arah Amni. Dia tersenyum kecil melihat telatah Amni.
Amni mengangkat wajah dan menoleh ke sebelah. Tatkala mata bertembung dengan mata milik Daniel, dia segera menundukkan wajahnya kembali.
"Dah lama. Kenapa kau tak bagitahu aku?"
"Kalau aku bagitahu pun, kau nak buat apa? Pindah sekolah?"
Amni berdiam diri. Tak tahu nak cakap apa.
"Amni."
Amni menoleh ke sebelah. Tidak pernah Daniel memanggilnya dengan nama Amni dengan lembut. Selalunya dia akan panggil aku dengan panggilan sotong. Dia kenapa hari ni?
"Amni, aku tahu kau berdendam dengan aku." kata Daniel dengan nada sayu.
"Aku tak boleh paksa kau untuk tak bencikan aku. Itu hak kau." katanya lagi.
"Cuma aku nak kau tahu, aku selalu ada di sisi kau. Walaupun kau nak balas dendam sekali pun, aku tak kesah. Asalkan kau berada di sisi aku." kata Daniel sambil mengukirkan satu senyuman manis untuk Amni.
"Ta-tapi kenapa? Kenapa kau tak marah aku? Kenapa kau still bersikap baik dengan aku? Aku ni penipu Daniel. Kau nak berkawan dengan penipu dan pendendam macam aku ke?"
Daniel menarik nafas panjang. Senyuman tawar diukir.
"Aku ni lagi jahat. Aku dah hancurkan impian kau. Aku dah hancurkan kamera kesayangan kau. Aku jahat Amni. Aku jahat."
Suasana kembali sepi. Amni pula tidak mahu bercakap ketika ini. Air mata sedaya upaya ditahan.
"Maafkan aku Daniel sebab tipu kau. And im sorry again, i can't forgive you about my past life."
Amni bangun dan meninggalkan Daniel sendirian.
"Ye Amni. Aku tahu kau tak boleh maafkan aku. Even bukan salah aku."
• • •
Jefri ternampak Amni di depan rumah seorang diri. Lalu dia menghampirinya.
"Eh Am. Kau tak ikut diorang pergi pantai ke?"
Jefri mengambil tempat di sebelah Amni.
Amni menoleh ke sebelah. "Tak. Aku malas. Kau pun tak ikut juga?"
Jefri menggeleng seraya mengukirkan senyuman kecil kepada Amni.
Amni mengangguk kemudian menunduk memandang kasutnya pula. Fikirannya jauh menerawang. Asyik memikirkan hal Daniel sebentar tadi. Sebolehnya dia tidak mahu membenci Daniel, tapi setelah Daniel mengungkit kembali kisah silamnya, dia sakit. Hati dia terlalu sakit.
Suasana antara Jefri dan Amni mengalahkan perpustakaan di sekolah. Tidak ada topik untuk dibicarakan. Dia menilik setiap sudut badan Amni. Kemudian, dia tertacap pada peha gebu Amni itu. Amni memang selalu pakai seluar pendek pada siang hari. Panas katanya.
Jefri menelan air liur. Lalu, dia mengangkat perlahan-lahan tangannya dan memegang peha gebu milik Amni.
Amni terkejut kemudian dia bangun dengan serta merta.
"Apa kau buat ni?" tanya Amni sedikit marah.
"Janganlah marah sayang. Meh duduk dekat sini." Jefri menepuk lembut di tempat duduknya.
"Gila!" tengking Amni sebelum ingin melangkah mahu pergi.
Tapi Jefri sempat tarik tangan Amni. Amni meronta untuk dilepaskan.
"Lepaslah!"
Jefri menolak Amni ke dinding. Dia memegang kedua belah tangan Amni dengan kuat. Kekuatan seorang lelaki memang tidak boleh ditewaskan.
Amni memandang wajah Jefri yang berada dekat dengan wajahnya.
"Kau nak apa setan?"
"Wouh, cantiknya bahasa. Ini yang aku suka." kata Jefri lantas mengusap lembut pipi mulus Amni.
Amni memalingkan muka apabila tangan Jefri menyentuh kulit pipinya. Jefri sudah bengang. Dia memegang dagu Amni dan menarik kasar supaya Amni dapat melihat wajahnya ini.
"Aku tahu kau ni perempuan. Aku pegang kulit kau pun aku tahu. Cuba kau fikir, mana ada kulit mulus macam ni untuk seorang lelaki. Betul tak?"
Amni terdiam. Dengan serta merta dia teringat akan kata-kata Daniel tempoh hari.
"Jangan dekat dengan Jefri tu."
"Aku cakap tu boleh tak kau dengar."
"Suka hati kaulah. Aku dah bagi amaran pasal dia. Kalau jadi apa-apa dekat kau, aku tak nak tolong."
Kenapalah aku tak nak dengar kata Daniel. Aku ni lembaplah!
Amni mula menitiskan air mata.
"Alolo, kenapa menangis ni sayang?"
"Lepaskan akulah!"
"Mana boleh. Kau kenalah puaskan aku dulu. Nanti aku tak bagitahu rahsia kau. Win win situationkan."
Jefri mendekatkan mukanya ke wajah Amni.
'Aku tak boleh berdiam diri.' kata hati Amni.
Dengan kudrat yang masih berbaki, dia menghayunkan kaki tepat mengenai perut Jefri. Bertambah pula kaki Amni terkena 'nyawa' Jefri. Tersenak Jefri seketika lantas terbaring di atas lantai sambil memegang 'nyawa' nya itu.
Dengan kesempatan itu, Amni berusaha untuk melarikan diri. Hanya beberapa langkah, dirinya sudah ditangkap semula. Membuatkan dirinya terhuyung-hayang dan jatuh ke atas tanah. Jefri mengunci kedua belah tangan Amni di atas badan Amni.
"Kau pikir kau boleh lari!" tengking Jefri.
Amni meronta-ronta. Air mata sudah jatuh berguguran.
"Lepaskan aku. Please." rayu Amni.
"Hurgh, sekarang baru kau nak merayu. Dah terlambat!"
Leher Amni menjadi sasarannya.
"Daniel!!" jerit Amni. Tindakan Jefri terbantut apabila Amni mula menjerit.
"Kau pikir dia akan dengar ke? Kita berdua jelah yang ada dekat sini." kata Jefri dengan nada sinis.
"Daniel!!" jerit Amni lebih kuat. Tidak tahu kenapa, nama Daniel yang dia boleh fikir saat ni. Berharap jejaka itu dapat menolongnya.
Jefri mengendahkan jeritan Amni lantas dia mahu sambung perbuatan yang tergendala tadi.
Amni memejam mata. Dia tiada kudrat lagi untuk melawan.
KEDEBUKKK!!
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...