"Okay, macam mana cuti seminggu korang? Pergi mana? London ke?" kata Cikgu Zuhai separa perli.
Matanya memerhati setiap wajah pelajarnya.
"Saya pergi umrah cikgu." kata Iskandar.
"Umrah abah kau. Perangai macam hantu nak pergi umrah."
Semua ketawa mendengar kutukan Cikgu Zuhai kepada Iskandar.
Iskandar berdecit. Dia membuat muka masam mengalahkan pelam muda.
"Sudah. Tak payah nak honeymoon sangat. Sekarang ni korang kena focus pada SPM yang akan datang. Jangan fikir korang semua ni masih UPSR! Korang semua dah tua tahu tak. Rumah kata pergi, kubur kata mari!"
Zairul mengangkat tangan untuk mengambil perhatian Cikgu Zuhai.
Cikgu Zuhai memandang Zairul sambil mengangkat kening.
"Err cikgu, yang depan tu betullah untuk kitorang tapi saya rasa yang belakang tu untuk cikgu sendiri."
Cikgu Zuhai mengerutkan dahi.
"Belakang mana?"
"Yang part rumah kata pergi kubur kata mari tu."
Seisi kelas ketawa mendengar jawapan spontan dari Zairul. Amni pula ketawa sambil memukul mejanya sendiri. Seperti biasa Daniel tidak punyai perasaan.
Pukkkk!
Satu marker hitam tepat kena pada muka Zairul. Zairul mengaduh sakit sambil mengusap lembut kepalanya.
"Kau kurang ajar eh." berang Cikgu Zuhai.
"Cikgu yang selalu tak ajar kitorang, macam ni lah jadinya." sekali lagi Zairul dengan selamba badaknya menjawab. Tak sayang nyawa agaknya.
"Zairul! Kau pergi berdiri dekat luar sekarang!" tengking Cikgu Zuhai.
"Haishh... sikit sikit berdiri dekat luar. Cuba lain kali nak denda tu bagi duit ke apa, barulah bersemangat nak kena denda." rungut perlahan Zairul tetapi masih didengari oleh Amni.
Amni hanya ketawa kecil. Tidak boleh ketawa kuat, nanti dia pula yang kena berdiri di luar.
Tanpa membantah, Zairul bangun juga untuk melaksanakan denda itu.
"Cikgu, Is kata dia nak teman saya berdiri di luar."
"Kau siapa? Aku tak kenal kau." laju saja Iskandar menjawab.
Zairul mencebik. "Cis, tak guna punya kawan. Kata kawan sehidup semati, susah senang ada bersama. Puih! Kaki beraklah kau ni."
Iskandar buat-buat tidak dengar. Itu salah kau sendiri, takkan aku pun nak kena tanggung. Padan muka, kah!
• • •
Waktu rehat sudah tiba. Apabila Amni mahu beratur membeli makanan, dia ternampak Daniel yang duduk bersendirian di meja paling hujung sekali.
Dia melangkah menghampiri Daniel.
"Wey, kau tak beli makanan ke?"
Daniel tidak menjawab soalan Amni tetapi dia menghulurkan sebungkus plastik merah.
"Nah, makan." kata Daniel tanpa melihat wajah Amni.
Amni mencapai bungkusan plastik itu.
"Wahh, nasi goreng paprik! Mana kau dapat?" kata Amni teruja. Siapa tidak suka bila ada orang belikan makanan kegemarannya.
"Jangan banyak cakap. Makan jelah." walaupun nada masih kedengaran dingin tapi dia sebenarnya mengambil berat tentang Amni. Itu adalah caranya untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang.
"Thanks." ujar Amni sambil tersenyum. Disuap nasi goreng paprik ke dalam mulutnya beberapa kali.
Setiap kali menyuakan makanan ke dalam mulut, setiap itulah dia mengukirkan senyuman. Sedap sangat ke?
Tanpa dia sedari, Daniel terlalu asyik melihat Amni di depan matanya. Tiba-tiba ada satu mentol muncul di atas kepalanya.
"So, denda aku kau dah hapuskan?"
Amni mengangkat wajah. Mulutnya dilap menggunakan belakang tapak tangan.
"Denda apa?"
"Hamba abdi kau selama 29 hari tu."
Amni baru teringat hal itu.
"Arhhh, okay macam ni. Disebabkan kau dah tolong aku hari tu, aku dengan baik hati melupuskan denda kau. So, sekarang kau dah bebas."
Amni kembali menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"Sekarang giliran kau pula untuk tidak bebas."
Sudu Amni terjatuh. Dia mengangkat wajah perlahan-lahan memandang Daniel. Senyuman yang paling manis diukirkan untuk Daniel.
"Jangan nak senyum macam hantu kak limah. Aku takkan termakan."
Amni mencebik. Tahu tahu saja yang dia ingin memujuk Daniel supaya tidak menyeksa seperti mana dia menyeksa Daniel ketika menjadi hambanya dulu.
"Okay lah. Kau nak aku jadi hamba abdi kau untuk berapa hari? Dua tahun? Dua dekad?" perli Amni.
"Untuk selama-lamanya."
Mata Amni terbuntang luas. Hampir saja dia tercekik akibat mendengar jawapan daripada Daniel tapi alhamdulillah sempat dia mencuri air pelajar yang lalu di hadapannya.
Amni membuat isyarat 'nanti aku beli air baru untuk kau' pada pelajar yang dia curi air sebentar tadi.
"Are you crazy?"
"No. Im not crazy. Terpulang kau nak ikut ke tak syarat aku ni."
Amni menepuk meja perlahan. "Siapa yang akan ikut idea gila kau ni."
"Okay." Daniel terus bangun dan kedua belah tangan di letakkan ke tepi mulut seperti ingin membuat pengumuman penting.
"Guys!" jerit Daniel.
Semua mata tertumpu ke arah Daniel.
"Aku ada benda nak bagitahu ni!" tambah Daniel lagi. Amni masih blur dengan tindakan Daniel yang drastik itu.
"Korang nak tahu tak Am ni sebenarnya per-"
Amni segera menekup mulut Daniel.
"Peropa ganda. Ha! Cita-cita aku nak jadi peropa ganda. Ahhahah." kata Amni dan ditambah dengan gelak yang sengaja dibuat-buat.
Semua orang yang berada di kantin hanya memandang pelik ke arah mereka. Ada yang pergi dari situ dan ada juga kembali enjoy bersama makanan yang dibeli.
Amni menarik nafas lega. Jelingan maut diberikan kepada Daniel.
"Okay, fine! Aku ikut cakap kau."
Amni melepaskan cangkuman di mulut Daniel dan kembali duduk tanpa menghiraukan Daniel yang sudah tersengih macam kerang busuk.
"Game sudah bermula!" kata hati Daniel.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...