× 16 ×

2K 133 1
                                    

Krakk.

Amni menoleh ke tombol pintu itu. Bunyi itu seakan ada orang yang cuba membuka pintu dari luar.

Amni semakin panik. Dia menutup shower dan mengambil tuala dengan cepat. Mata meliar mencari tempat untuk bersembunyi.

Nasib baik lah ada tong besar berwarna biru di dalam bilik air itu. Dengan laju, Amni menyorok di belakang tong itu.

Amni melihat pintu itu dengan debaran. Berharap ada seseorang yang dapat menolongnya saat ini.

Dengan tiba-tiba, pintu itu dapat dibuka. Amni melihat dari celah tong besar itu.

Mata Amni membesar. "Jefri?!" kata Amni dalam hati. Makin gelabah dibuatnya. Mampus kalau dia tahu aku ada dekat sini. Macam mana ni?

Amni mencuri pandang lagi ke arah Jefri. Dia melihat Jefri seperti mencari sesuatu. Di geledahnya seluruh bilik air itu.

Kemudian, Jefri melangkah ke tong besar di mana tempat Amni menyorok.

Tap. Tap. Tap.

Amni memejam mata dan menekup mulutnya sendiri berharap Jefri tidak menemuinya di situ. Tetapi bunyi derapan kaki makin menghampirinya.

Ya Allah, please save me!!

Jefri sudah berada di hadapan tong besar itu. Tangannya diangkat untuk menarik keluar tong besar itu ke tepi.

Bukk!!

Mata Amni terbuka luas apabila terdengar bunyi pintu dibuka kasar.

Jefri menoleh ke belakang.

"Jefri!"

Amni tersentak. Aku kenal suara tu. Ohlala... masalah besar datang lagi ke? Mampus aku!

"Puan Timah panggil breakfast sekarang." kata Daniel tercungap-cungap.

"Tak pe, aku boleh breakfast nanti. Aku ada hal nak kena buat ni."

Tangan Amni mula berpeluh. Takut dirinya ditemui di situ.

Daniel makin menghampiri ke arah Jefri. Bahu Jefri dipaut lembut.

"Janganlah macam tu. Puan Timah panggil kau tu ajak breakfast sama-sama. Lagi pun kaukan anak sedara dia."

Jefri memandang geram. 'Ish, plan aku rosak sebab kau!' bentak hati Jefri.

"Yelah yelah!" kata Jefri sebelum melangkah laju keluar dari bilik air itu. 

Amni mula melepaskan keluhan lega. Barulah boleh bernafas sikit. Dengan nafas yang tersekat-sekat, Amni bangun daripada cangkungannya.

Hampir terkeluar jantungnya apabila dia ternampak susuk tubuh yang amat dikenali di hadapannya kini walaupun gerangan itu membelakanginya.

'Kenapa dia tak blah lagi ni?!!' desis hati Amni.

Amni menekup mulutnya sendiri. Kemudian, dengan perlahan-lahan dia berundur ke belakang.

"Arghhh!" Amni terjerit kecil apabila kakinya tergelincir memijak sabun yang digunakannya tadi.

Daniel terus menoleh ke belakang dan mendapati Amni yang hampir mencium lantai itu.

Nasib baik dia sempat menarik tangan Amni daripada terus terjatuh. Tetapi malang tidak berbau, dia pula yang terjatuh ke atas lantai sebab lantai itu agak licin.

Daniel mengerang kesakitan sehingga menutup matanya. Bertambah pula beban yang berada di atas badannya.

Beban?

Daniel membuka mata. Amni juga begitu.

Masing-masing membulatkan mata sebelum Amni mula menjerit. Siapa yang tidak terkejut bila dirinya berada di atas badan seorang lelaki yang bernama Daniel?! Erghhh, nightmare tahu tak!

Daniel segera menekup mulut Amni.

"Shhhh, diamlah. Kalau diorang datang sini macam mana?!" kata Daniel seakan berbisik.

Daniel mula melonggarkan tekupan di mulut Amni.

"Kau beratlah."

Amni yang masih dalam keadaan terkejut itu mula bangun dengan tergesa-gesa.

Daniel juga bangun dari pembaringannya tadi. Di libaskan bajunya yang agak sedikit kotor itu. Kemudian, dia beralih memandang Amni di hadapannya.

Tiba-tiba muka Daniel terasa panas. Mukanya pun turut merah. Tangannya mengurut belakang tengkungnya perlahan. Arh, gayanya Daniel sedang malu.

Daniel segera memusingkan badannya membelakangi Amni.

Amni pelik dengan kelakuan Daniel itu.

"Errr.. Err, ka-kau pakai baju dululah. Nanti pergi dapur, breakfast." kata Daniel sebelum laju melangkah keluar dari bilik air. Sempat juga dia menutup pintu untuk Amni.

Amni menurunkan wajah melihat badannya. Dia menepuk dahi sendiri.

"Aku terlupa yang aku berkemban!" jerit Amni.

• • •

Amni melangkah ke arah Sarah dan menarik kerusi di sebelahnya. Sesekali matanya mengerling memandang Daniel.

Daniel seakan tidak mahu memandang mukanya. Tidak tahu sama ada marah ataupun masih malu.

"Ha Am. Breakfastlah dulu tu. Mak cik buat nasi goreng je untuk semua. Air kopi ada dekat jag tu." tegur Puan Timah.

"Ha okay mak cik." kata Amni sambil tersenyum.

Jefri dan Sufian sudah lama menghilangkan diri. Katanya pergi kedai untuk beli barang.

Seusai saja bersarapan, mata Amni meliar mencari seseorang. Sarah di sebelahnya diendahkan sekejap.

"Wey, kau nampak Daniel?"

"Nampak. Dia dekat depan tu."

"Ouh, okay thanks. Kau tak payah ikut aku. Aku nak jumpa dia kejap."

Sarah mengangguk dengan pelik. Bergaduh ke diorang ni?

Amni melihat Daniel dengan takut. Takut nak menegur jejaka itu. Adakah dia marah?

Amni melangkah ke arah Daniel dengan perlahan. Dia telah menyusun sepuluh jari siap-siap untuk berhadapan dengan Daniel.

Di tenungnya belakang Daniel sebelum membaca bismillah dan memulakan bicaranya.

"Dan-dani!"

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now