× 37 ×

1.8K 116 1
                                    

"Siapa penjaga Nur Suraya Irdina?" Doktor Badrul memandang semua orang yang berada di hadapannya ini.

"Saya doc. Macam mana dengan anak saya?" tanya Datin Zurina.

Doktor Badrul mengeluh kecil. Hafizi semakin berdebar. Haraplah Suraya tidak apa-apa.

"Cik Suraya mengalami darah beku di otaknya. Dan mempunyai sedikit gegaran otak."

"Dia okay ke doc?" tanya Hafizi.

"Dia masih dalam keadaan kritikal. Dan kaki Cik Suraya mengalami lumpuh seumur hidup."

"Ya Allah!" raung Datin Zurina. Lalu, dia terduduk di atas kerusi.

"Saya harap puan bersabar. Saya minta diri dulu."

"Terima kasih doktor." kata Hafizi dengan senyuman kelat.

Doktor Badrul membalas senyuman Hafizi kemudian melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

"Ma." Hafizi memeluk bahu Datin Zurina. Tangannya mengusap belakang badan Datin Zurina.

"Ina?!" Dato Hisyam berlari anak mendapatkan Datin Zurina.

"Abang!"

"Macam mana dengan Suraya, Ina?"

Datin Zurina menangis di pelukan Dato Hisyam. "Suraya kritikal bang. Dia... dia..."

Datin Zurina tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kemudian Dato Hisyam mengalihkan pandangan ke arah Hafizi.

Seakan mengetahui isyarat Dato Hisyam, dia berkata "Suraya mengalami gegaran otak dan ada darah beku dalam otak. Pastu kaki Suraya lumpuh seumur hidup pa."

"Ya Allah anak aku." Dato Hisyam pun mengeluarkan air mata lelakinya. Dia tidak mampu menerima semua ini. Keluarganya cukup bahagia, kenapa diberikan ujian sebegini rupa?

'Aku kena kuat! Aku ketua keluarga, so aku kena kuat!' bisik hatinya.

• • •

Sudah seminggu Suraya tidak sedarkan diri. Dan setiap hari jugalah Hafizi menemani Suraya di hospital.

Badan Hafizi kelihatan makin surut. Dia tiada selera untuk makan jika melihat kembarnya masih berkeadaan begini.

Hafizi memegang tangan Suraya yang sejuk itu. "Suraya, bangunlah. Aku bosan ni."

Bahunya di sentuh oleh seseorang. Wajah dipalingkan.

"Hafizi. Tak nak makan?" tanya Datin Zurina.

"Papa ada belikan makanan untuk Fizi ni." Dato Hisyam mengeluarkan sebungkus nasi goreng kampung. Dihulurkan kepada Hafizi.

"Fizi tak lapar."

Datin Zurina mengeluh. "Makanlah dulu. Kalau Suraya tahu, mesti dia marah Fizi."

Mata dialihkan memandang tubuh kaku yang dipenuhi dengan pelbagai mesin hospital.

"Okaylah. Letak kat meja dulu. Nanti Fizi makan."

Dato Hisyam cuma akur. Dipandang wajah Hafizi di sebelahnya. Bimbang dengan keadaan Hafizi seperti tidak terurus itu.

Tok. Tok. Tok.

"Eh Idah. Marilah masuk."

Zaidah masuk ke dalam bilik wad bersama dengan Nina dan Othman. Mereka berdua papa dan mama kepada Nina. Dan Zaidah merupakan akak kepada Datin Zurina.

Dendam Highschool Prince | CWhere stories live. Discover now