Amni memandang Daniel di sebelahnya. Kemudian, dia mengukirkan senyuman kecil.
Hari ini, genaplah dua hari sebagai seorang perempuan yang bernama Amni. Dan bukannya Am.
Walaupun agak susah untuk Daniel lepaskan Amni dari Highschool Prince, tapi Amni bertegas mahu keluar dari sekolah itu.
Dengan itu, Amni menggunakan hutang semasa di tasik dahulu yang Daniel sudah janji akan tunaikan.
Akhirnya, Daniel terpaksa mengalah. Ini Nor Amni Shah lah. Tak de siapa yang berani melawan.
"Hai. Sorry lambat."
Amni berpaling lalu mengukirkan senyuman. Satu persatu wajah yang ditunggunya telah pun tiba.
Sufian. Orang yang pertama jadi kawan aku di Highschool Prince. Aku sayang dia. Ouh ouh, sebagai kawan aku okay.
Iskandar dan Zairul. Walaupun first meet diorang buat taik dekat aku (kurung dekat dewan) tapi diorang jugalah selalu lepak dengan aku.
Sarah. Auchhh, my bestfriend! Kaulah kawan aku dunia akhirat. Aku sayang kau!
Nina. Akhirnya, kau terima juga hakikat bahawa Daniel bukan separuh jiwa kau. Kau baik sebenarnya cuma perasaan cinta yang mendalam terhadap Daniel membuatkan kau bertindak melulu.
Kini, mereka semua menjadi kawan baik aku yang pernah aku ada.
Arh, lupa nak bagitahu. Kitorang sekarang lepak dekat belakang padang Highschool Prince. Jangan lupa Yujiro, dia turut ada di situ di atas riba Daniel.
"Hey, Am. Apa cerita dengan sekolah baru kau tu? Okay ke?" tanya Iskandar.
"Highschool Princess?"
"Eh taklah. Highschool Witch." Iskandar memberi jelingan maut.
Amni ketawa kecil. Dia teringat bagaimana reaksi mereka apabila mengetahui jantina aku.
"Apa?! Kau perempuan Am?!" jerit Sufian.
"Tak lawaklah Am." kata Iskandar.
"Kau nak kaki ke tangan?" Zairul memberi ugutan.
Wajah masing-masing bengis. Takut pula Amni melihatnya.
"Kalau korang tak percaya, ni IC original aku." Amni menghulurkan kepada Sufian.
Ic bertukar tangan. Mata mereka terbeliak tatkala melihat nama Amni.
"Binti?!"
Amni segera menekup kedua belah telinganya. Terlalu bingit dengar jeritan mereka bertiga.
"Habis tu selama ni?" Zairul memandang Amni dengan penuh tanda tanya.
"Fake. Sorry." kata Amni sambil menyengih.
"Am." panggil Iskandar.
Amni menoleh sambil mengangkat keningnya.
"KHIN. ZIR!" kata Iskandar dengan marah.
Amni mengeluh. Kalau boleh, dia tidak mahu kehilangan kawannya ini.
"Okay okay. Aku nak minta maaf sebab selama ni aku tipu korang. Aku sanggup buat apa saja asalkan aku dimaafkan."
Sufian memandang Zairul dan Zairul pula pandang Iskandar.
Mereka bertiga mempamerkan senyuman sinis.
"Aku tahu kau takut hantu." Sufian mengukirkan senyuman yang paling aku takut.
"Jadi?" soal Amni.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...