Selepas dua hari berada di hospital, akhirnya Daniel dibenarkan balik ke rumah.
Dia mendapat mc selama satu minggu, jadi dia tak pergi ke sekolah. Tapi, hatinya mahu ke sekolah. Sebab ada someone special yang ada di sekolah itu.
"Ma, Daniel nak sekolah."
Mereka semua yang berada si ruang tamu mula menunjukkan wajah bosan.
Ada ke patut, setiap 10 minit pasti Daniel akan cakap benda yang sama.
Naik rimas Suraya di buatnya.
"Kau ni, tak penat ke asyik cakap benda yang sama saja." Suraya memberikan jelingan maut kepada Daniel.
"Aku ni nak belajar. Tak macam kau, duduk terperap saja dekat rumah. Macam jeruk tua aku tengok kau."
Suraya ketawa sinis. "Huh, nak belajar konon. Kau ingat aku tak tahu ke?"
Daniel mengetap bibir. "Isy! Diamlah kau!"
"Sudah! Jangan bertengkar lagi. Haish, kamu berdua ni. Bila tak jumpa rindu, ni dah jumpa bergaduh pula." Datin Zurina menggeleng kepala.
"Dia yang mulakan dulu." Daniel menunjal kepala Suraya.
Suraya berang lalu dipukul kepala Daniel. Dia juga tidak mahu kalah.
Dato Hisyam tersenyum seorang diri melihat gelagat anak-anaknya. Kini, keluarganya sudah lengkap. Kebahagiaan yang ingin dikecapi telah pun hadir. Dia sungguh gembira.
"Pa. Suraya ni tak sekolah ke? Semak pula dia dekat sini." kata Daniel sambil menjelirkan lidah.
Suraya mengambil bantal lalu dilemparkan kepada Daniel.
"Sekolah. Sekarang ni tengah dalam proses pemindahan. Suraya kan sekolah di UK, so ada proses yang perlu diselesaikan."
Daniel membuat mulut 'o'.
"Kau sekolah dekat mana nanti?"
Suraya memeluk tubuh. "Di Highschool Princess."
"Ouh, dekat je dengan sekolah aku."
• • •
Daniel yang berada di biliknya mulai bosan. Lantas, dia mencapai telefon bimbitnya. Dia menekan galeri di skrin telefon bimbitnya.
Terdapat banyak gambar Amni dalam keadaan candid. Kemudian Daniel tersenyum seorang diri. Sungguh dia rindukan Amni saat ini.
Kemudian, dia menekan pula aplikasi whatsapp dan jarinya mula menaip sesuatu untuk dihantar kepada Amni.
Awak tengah buat apa?
Sent.
Tunggu beberapa minit, Amni membalas kembali.
Tak buat apa pun.
Main dengan Yujiro ni ha.
Rindu Yujiro.
Kalau macam tu, datang lah sini.
Saya pasti Yujiro pun nak jumpa awak.
Tapi saya tak nak jumpa Yujiro.
Saya nak jumpa awak.
Aik, kenapa nak jumpa saya pula?
Sebab saya rindukan awak.
Tiba-tiba Amni tidak membalas. Walaupun masih greytick, tapi dia tahu Amni baca whatsappnya di notification saja.
Awak?
Ha. Ye.
Kenapa tiba-tiba senyap jek?
Errr. Kalau rindu, datanglah sini. Saya tunggu.
Daniel mengukirkan senyuman tatkala tangannya laju saja membalas mesej Amni.
Hari ni tak boleh.
Dah nak senja.
Besoklah.
Lagipun besokkan hari Sabtu, mesti awak cutikan.
Ha. Okay. Set the date.
Daniel tersenyum sebelum kakinya mengatur laju melangkah ke dapur. Perutnya sudah berkeroncong. Perut yang lapar haruslah di isi.
• • •
Amni yang membelai Yujiro melihat skrin telefon bimbitnya sambil tersenyum lebar.
Tidak tahu kenapa, dia berasa sungguh gembira. Dia tidak pernah rasa sebahagia ini. Dan dia takkan musnahkan kebahagiaan yang dia telah kecapi ini.
Tapi sejak dua hari ini, Amni seakan terganggu. Dia seperti memikirkan sesuatu yang berat.
Kemudian, dia meletakkan Yujiro di tempat persembunyiannya.
Kaki Amni di atur kan ke bilik kesihatan untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul.
Tok. Tok. Tok.
"Masuk." laung Cikgu Khairul dari dalam.
Segera Amni menolak daun pintu. Dia menghampiri Cikgu Khairul.
"Cikgu."
Cikgu Khairul mengangkat muka.
"Ha ye. Nak apa Am?" tangannya laju mengemas meja yang agak bersepah itu.
"Saya nak buat satu permintaan boleh?"
Lantas, Cikgu Khairul memandang wajah Amni dengan kerutan di dahi.
"Permintaan apa tu?" jari jemarinya bermain dengan sebatang pen biru.
"Saya nak pindah sekolah ke Highschool Princess."
Cikgu Khairul sedikit terkejut. "Jadi, awak nak bongkarkan rahsia awak?"
Amni menggeleng perlahan.
"Bukan macam tu. Sebolehnya saya tak nak warga sekolah ni tahu rahsia saya. Cuma saya nak pindah dari sekolah ni secara senyap. Bolehkan cikgu?"
Amni berharap sangat permintaannya ini boleh ditunaikan. Dia sungguh penat nak simpan rahsia ini lama lama.
Cikgu Khairul mengangguk kecil. "Okay. Nanti cikgu akan usahakan."
Amni tersenyum lebar. "Terima kasih cikgu!" kata Amni gembira.
Lalu, Amni keluar dari bilik kesihatan dengan senyuman.
"Woi, kau pehal senyum sorang-sorang ni?" tegur Iskandar.
Amni menoleh. "Eh, Is!"
Dahi Iskandar berkerut seribu. Lantas, dia meletakkan tangannya ke dahi Amni.
"Laa, tak demam pun. Ke kau terlebih makan gula ni?"
Amni menepis lembut tangan Iskandar. "Mana adalah. Kau ni, aku nak senyum pun tak boleh."
"Bukan tak boleh. Cuma pelik."
"Arghh. Abaikan tu. Jom pergi makan. Aku belanja." kata Amni dengan bersemangat.
"Jom!!" kata Iskandar terlebih semangat. Gila tak semangat. Orang nak belanja makan ni. Bukan selalukan.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | C
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...