BYP 1💫

272 12 6
                                    

          ADAM ZAFRAN mengusutkan rambut lalu telefon diatas meja dikerling sekejap. Dia merungut seorang diri buat kesekian kalinya. File kerja dibelek perlahan. Berkerut dahinya meneliti setiap baris dan ayat yang ditulis dan dihantar oleh pekerja kepadanya. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Nasiblah dia itu jenis penyabar, kalau tidak sudah dihambur pekerja disitu. Dengan keadaannya yang agak penat hari ini, niatnya untuk memarahi pekerja terbantut. 

"Aduh, kenapa penat sangat hari ni ya..?" Adam bermonolog sendirian. Dahinya diurut perlahan. Dia berdiri lalu membetulkan kembali urat saraf yang rasanya dah berbelit akibat terlalu lama duduk di atas kerusi. Lehernya pula berasa mahu berpisah saja dari badan. Mana tidaknya, hampir dua jam dia menunduk mengadap laptop. 

Tidak berfikir panjang, lantas kunci kereta dan telefon digapai laju lalu turun membawa diri ke bawah. Sempat dia menyapa semua pekerjanya sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam lif.

"Hai bos, awal balik hari ni?" Tegur seseorang dari belakang. Adam memalingkan mukanya lalu wajah si Azim, rakan karibnya atau lebih tepat pekerjanya juga menjengah anak mata.

"Ya, aku nak balik lah. Penat sangat hari ni. Kalau ada apa-apa kau telefon aku okey?" Pesan Adam sebelum pintu keretanya dibuka. Namun, belum sempat dia menutup pintu kereta, si Azim sudah awal-awal lagi menahan.

"Eh, eh bos. Kalau aku nak cuti separuh hari jugak boleh tak, bos? "

"Apa alasan kau?"

"Err..err "

"Tak ada alasan kan? Jadinya kau masuk office sekarang dan buat kerja kau. Dah, aku malas layan kau.." Setelah itu, Adam menutup pintu keretanya dengan kuat. Enjin dihidupkan lalu pacuan empat roda itu pergi meninggalkan Azim yang terpinga-pinga seorang diri.

Azim mendengus kasar. Apa punya bos lah, dengan kawan pun nak berkira !

Adam Zafran menguatkan lagi radio yang sudah sedia kuat dari tadi. Mana tidaknya, lagu kegemarannya diputarkan di stesen radio. Dia menyanyi kecil sebelum stereng kereta itu dipulasnya ke kanan.

Kereta yang mewah itu diparkir di dalam garaj yang telah disediakan. Dia turun daripada kereta lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya. Pintu utama dibuka dan terserlah lah wajah si ibu yang tua berkedut itu duduk diatas kerusi.

Adam Zafran hanya tersenyum kecil. Kakinya laju di atur untuk naik ke bilik.

"Amboi anak ibu, terus meluru masuk begitu je? Tak berborak dengan ibu dulu ke?" Kata Puan Mastura sambil menurunkan sedikit kaca mata bertali nya itu.

"Ibu, Zaf penat sangat hari ni. Please, Zaf nak lelapkan mata sekejap.." Ujar si anak lelaki sambil menguap. Membuktikan bahawa dia memang penat dan mengantuk sejak dari pejabat lagi.

"Zafran.." Ibu memanggil aku. Aduh, yang inilah yang paling aku lemah sekali. Kalau bukan tanya pasal kahwin memang bukan ibu lah. Pertanyaan itu sering saja keluar dari mulut ibu bila aku balik daripada pejabat. Semakin hari semakin bosan aku dengan ayat itu.

"Duduk sini kejap, ibu nak bincang sikit. " Aku turuti kehendaknya lalu briefcase diletakkan diatas meja.

"Kamu dah makan?" Aku menggelengkan kepala. Mana sempat nak makan kalau dah pagi tu aku dah berangkat pergi kerja. Lagipun makanan dekat luar tu semuanya tak sedap. Entah apa yang dimasaknya. Aku memandang ibu menggelengkan kepalanya. Tahu sangatlah dia akan marahkan aku kerana tidak mengambil sarapan pagi. Aku kan anak kesayangannya.

"Ibu rasa kamu kena berumah tangga. Biar bini kamu yang jaga makan minum kamu. " Wajahnya aku pandang kasihan. Alahai ibu aku sorang ni, teringin sangat nak menantu. Bukannya dia nak suruh aku kahwin sangat, dia nak ada orang teman dia kat rumah besar ni macam lah aku tak tahu agenda dia tu.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now