BYP 25 💫

43 7 3
                                    

NAURAH diam tidak berkutik di sebelah suami. Wajah Azim yang berada di depannya kini dipandang bagaikan memaksa lelaki itu memberitahu kebenaran padanya. Adam yang sudah mati kata mula menghidupkan otaknya yang beku daripada tadi akibat kecut perut punya pasal.

Tak mungkin dia akan membuka cerita tentang Aulia kepada Naurah seawal ini. Mereka baru saja mahu mengecapi bahagia dan sesekali dia tidak akan pernah memberitahu keberadaan Aulia dalam hatinya.

"Haa..err tak ada apa-apa lah. Azim, jom gerak office nanti lambat nak meeting." Lelaki itu cuba mereka alasan yang padanya sangat lah logik!

"Meeting? Hari ni kita mana ad-"

"Adalah...Kayla baru whatsapp aku ni haa. Jom la dah lewat ni." Adam Zafran sudah mengangkat punggungnya dari duduk bersimpuh. Nasib baik dia sempat memotong percakapan si Azim yang kadang kadang tak membantu kalau tidak tamat lah riwayat nya hari ni.

Wajah isteri yang penuh dengan tanda tanya itu dipandang lama. Terbit rasa kasihan pada wanita itu yang dari tadi duduk menunggu jawapan dari mulutnya.

Azim juga bangkit dari duduk. Dia mengemas apa yang patut yang terlekat di belakang seluarnya. Pandangannya jatuh pada pasangan yang kini sedang menatap mata antara satu sama lain. Terasa dirinya tidak penting disitu, Azim mengambil keputusan untuk keluar.

"Adam, aku tunggu dekat luar." Ujarnya sebelum keluar dari rumah majikannya.

"Cakap lah, siapa dia..?" Mendatar saja suara si isteri menanyakan soalan yang tertangguh tadi. Adam Zafran mengangkat tangannya lalu dilekapkan pada kepala Naurah.

"Tak ada apa-apa lah. Tak penting pun. Aku dah nak masuk pejabat ni. Duduk rumah kunci pintu ni semua. Aku pergi dulu.."

Tangan Adam Zafran digapai dari belakang. Lantas lelaki itu kembali menoleh.

"Saya nak minta izin untuk pergi rumah ibu...saya rindu ibu dengan Mak Som." Pinta Naurah perlahan.

"Tunggu aku balik petang nanti kita pergi sama sama ya?"

Naurah menggeleng kepalanya tidak mahu. Kalau nak tunggu si suami yang mithali ini balik, sudah tentu baru esok mereka akan ke sana. Tambahan pula, duduk dalam rumah sorang-sorang sememangnya perkara yang membosankan setelah habis menguruskan apa yang patut.

"Kenapa degil sangat ni? Duduk rumah tunggu aku balik kan boleh?" Adam masih dalam nada yang biasa. Namun cuba untuk bertegas dengan wanita di depannya.

"Saya bosan...awak kerja petang baru balik. Saya perlu kan peneman. Saya takut.." Kata Naurah sayu.

"Okey aku izinkan..tapi ingat jangan nakal nakal. Jom pergi sekali dengan aku." Ajak Adam sebelum membetulkan baju kemeja nya. Naurah menggeleng tidak mahu.

"Saya boleh ambil teksi, awak kan nak cepat sebab ada meeting. Saya tak nak susahkan awak. Awak pergilah.."

"Err...meeting tu bila bila boleh cancel. Sekarang kau pergi siap siap aku tunggu. I give you 5 minutes. "

Naurah hanya menurut. Laju kakinya naik menapak ke arah pintu bilik yang sudah terkuak luas dari dalam. Dia menggapai tudung sarung berwarna biru cair sebelum menyarung kardigan yang labuh ke tubuh. Bibir yang pucat tidak berdarah itu dia oles dengan gincu berwarna merah jambu. Kalut saja gayanya.

Siap!

Beg galasnya dicapai sebelum dia turun ke bawah. Adam Zafran yang sudah sedia menanti isterinya mula berpaling. Tersenyum sendiri dia bila melihatkan wajah isterinya yang polos itu. Dia merapati jarak. Wajahnya yang tampan mula turun ke bawah seiring dengan ketinggian isterinya.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now