"HAI Adam.." Sapa seseorang dari belakang. Lelaki itu mula tayang wajah menyampah. Dia berbuat tidak endah dengan sapaan seorang wanita yang sudahpun mendekati dirinya.
"Ish kau nak apa hah perempuan?" Marahnya dalam nada yang masih lagi boleh dikategorikan sebagai perlahan tapi tegas. Dia tidak mahu menjadi bualan orang ramai di dalam kedai ini pula.
"You ni semenjak dua menjak ni suka marah marah I. I tak suka tau.." Balas wanita itu gedik. Adam Zafran hanya menadah telinga mendengar suara gedik di tepi telinga. Dia hanya mahu cepat cepat keluar dari kedai serbaneka ini sebelum semuanya jadi haru biru.
"Suka hati aku lah nak marah ke nak maki kau ke. Kau itu siapa je dalam hidup aku." Kata Adam tanpa berlapik.
"You..! Selama ni I tunggu you. I nak baik semula dengan you tapi you buat macam I ini tak ada perasaan. Please Adam, I need you.." Tempik wanita itu kuat bila lelaki itu hanya layan acuh tak acuh saja padanya. Macam patung cendana pun ada. Ish benci betul lah!
"Adam !"
"What? Kau nak apa, Aulia? Cakap pada aku, apa yang kau nak? Nak duit? Haaa nah ambil dan kau boleh blah dari sini!" Adam Zafran melempar duit berwarna biru cerah dua keping lalu meloloskan diri dari situ. Padan muka! Desperate sangat nak attention, itu makan dia!
"Mampos lah kau dengan duit dua ringgit tu, nak beli apa apa pun tak cukup." Kata-nya masih lagi dalam nada mengejek. Laju langkahnya diatur menuju ke arah kereta kegemarannya. Cermin kereta diketuk dari luar memandangkan Naurah mengunci pintu dari dalam. Mujur lah gadis itu dengar kata, kalau tak mahu nya ditarik telinga perempuan tu!
"Ni, barang kau." Plastik berwarna putih itu dilempar ke riba Naurah Khadeja. Mendengus geram gadis itu bila tidurnya mula diganggu oleh makhluk disebelah nya.
"Minyak urut awak beli tak?" Tanya si isteri bila menyedari plastik yang berada di ribanya ringan semacam. Adam Zafran terdiam seketika sebelum menyungging satu sengihan tidak bersalah.
"Dah habis sayang. Kita beli dekat kedai lain eh.."
"Iyalah.." Naurah akur dengan kata-kata Adam.
Adam Zafran menekan minyak keretanya lalu beredar dari situ. Sengaja dia memberi alasan untuk ke kedai lain kerana kelibat Aulia Qaisara masih lagi disitu. Seakan akan menyimpan satu rasa yang panas dalam hati dan Adam pasti itu adalah rasa sakit hati.
Biarkan! Biar wanita itu tahu rasa macam mana sakitnya hati bila mencintai orang yang tidak tahu menghargai. Sakit memang sakit tapi kena hadap juga. Sendiri mula, sendiri tanggung.
"Perut kau sakit lagi ke?" Tanya Adam Zafran bila dia mula dilanda kebosanan. Tangan Naurah yang elok terletak di riba mula dipegang lembut. Tersemat di atas riba Naurah yang gebu itu.
"Tak apa, sakit sikit je. Nanti elok lah tu." Ujar Naurah perlahan sambil menggosok perutnya yang senak dari tadi.
"Balik nanti aku tolong urut perut kau. Bukan senang tau nak tengok aku ni baik dengan orang.." Seloroh Adam Zafran membuatkan Naurah menjeling tajam.
"Iyalah awak..."
AULIA mendengus geram kerana percubaannya untuk memujuk Adam kembali dalam hidupnya kini hancur berkecai. Lihat lah dengan kelakuan Adam Zafran semalam yang bersikap acuh tidak acuh saja padanya. Mana tak sakit hatinya pada waktu itu. Kalau boleh, mahu ditampar saja wajah kacak itu dengan tangannya sendiri tapi bila mengenangkan semula bahawa lelaki itulah yang selalu dia dambakan dari dulu, niatnya ditepis begitu saja. Sesekali dia tidak akan menyakiti hati Adam Zafran yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya suatu ketika dahulu. Kalau lah dia tidak mengikut nafsu untuk menjadi model di negara orang, pasti dia sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu dan kemungkinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Kort verhaal"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...