BARU sahaja aku ingin mematikan enjin kereta, lengan baju aku ditarik perlahan. Tersentak aku jadinya. Wajah yang tampak sedang menahan ketakutan itu aku pandang lama. Dia memandang ke kanan dan ke kiri sebelum menghadap aku semula. Seperti meminta belas kasihan.
"Kau ni dah kenapa?" Aku mula bertanya seraya mengerutkan kening.
"Awak bawa saya ke mana ni? Awak nak jual saya dekat orang siam ke. Saya merayu.." Aku jeda. Rasanya tadi dah cakap nak bawa balik rumah. Lupa lah tu.
Melihat wajahnya yang agak polos itu aku mula mencari akal. Senyuman tipis aku ukir lalu turun dari kereta. Serentak itu, dia pun mula turun mengikuti ku dari belakang.
"Ha ah, aku nak jual kau. Baik kau duduk diam tutup mulut sebelum aku suruh orang siam tu sendiri yang turunkan kau dari kereta ni. Mereka ganas tau.." Aku memberi amaran yang sengaja untuk menakutkan dia. Nampak polos sangat tu.
Pintu utama aku buka dan terpacul lah wajah tua mak Som yang sedang berjalan mendekatiku.
"Zaf anak ibu dah balik? Mana perempuan yang...Ya Allah! "
"Kenapa basah kuyup ni? Kamu buat apa ni Zaf?" Lengan aku ditampar kuat. Aku mempamerkan wajah terkejut seraya menggosok lengan. Amboi ibu ni, suka fikir bukan-bukan tau. Cubit baru tahu.
"Apa ibu ni, nantilah Zaf cerita. Mak Som, tolong tunjuk bilik pada dia dan bagi apa-apa pakaian yang sesuai untuk dia.. "Aku mengarah. Mak Som mengangguk lalu memapah si Naurah. Aku duduk di atas sofa. Wajah aku diraup kasar.
Alah, macam mana nak susun ayat bagitahu ibu ni.
"Zaf...Zaf buat apa ni? "Tanya ibu lagi. Wajahnya yang agak risau aku pandang sekilas. Aku tahu ibu pasti malu sekiranya aku melakukan perbuatan tak senonoh terhadap anak dara orang. Walhal aku bukan lah orang seperti itu.
"Okey ibu, dengar Zaf nak cerita ni. First sekali, Zaf minta maaf sebab dah tipu ibu sebab Zaf sebenarnya tak ada calon menantu pun untuk ibu. Dan perempuan tu..Zaf jumpa dekat perhentian bas. Dia ada masalah sikit dengan keluarga dia.." Kata aku dengan jujur. Aku menyandarkan badan ke sofa. Seraut wajah ibu yang agak kecewa dengan pengakuan aku itu dipandang.
"Ibu, janganlah merajuk okey. Zaf tak bersedia lagi...Kalau Zaf dah ada calon Zaf cepat-cepat bawa dia jumpa ibu boleh?" Aku menggamit tangannya. Memujuk ibu supaya mendengar kata-kata ku.
"Habis, ibu dah masak lauk banyak siapa yang nak makan?" Tanya ibu sedikit sayu. Mungkin berjauh hati dengan aku. Aku tahu aku telah melukakan hati dia tapi ibu patut faham aku yang aku tak ada rezeki lagi nak berjodoh.
"Alah ibu, Zaf kan ada. Zaf habiskan..."
"Ibu nak tengok Zaf habiskan kalau tak siaplah kamu. "Saliva aku telan sedikit payah. Terpaksalah aku menggadai segala six pack aku untuk malam ini. Mesti esok dah buncit perut aku ni.
Tak nak!
Mastura dengan berhati-hati naik ke atas kerana mahu melihat perempuan yang telah dibawa balik oleh anak lelakinya.
Dia mengetuk pintu sebelum memulas tombol pintu. Susuk tubuh Naurah didekati. Gadis itu nampaknya sedang baring sambil mengelamun diatas katil seorang diri. Namun disebabkan dia akan berdepan dengan wanita yang bergelar ibu kepada lelaki yang telah menolongnya, dia bangkit dari perbaringan lalu duduk bersila di atas katil.
"Boleh makcik duduk? "Tanya Mastura lagi. Naurah Khadeja mengangguk perlahan. Mastura mengamati wajah gadis itu dengan dalam lalu menyelitkan rambut Naurah ke telinga.
"Kamu kenapa? Ada masalah apa? "Tanya Mastura lagi. Naurah menceritakan dari awal sampai akhir sebelum tangisannya pecah. Mana mungkin hidup bersama ibu tiri itu indah. Kalau baik itu dikira rezeki atau bonus daripada Allah.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Historia Corta"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...