BYP 4 💫

89 11 0
                                    


          BUNYI kicauan burung pada pagi itu mengganggu tidur Naurah Khadeja. Tambah lagi dengan bunyi kokokan ayam, makin  segar mata gadis itu untuk bangkit dari perbaringan. Dia memandang tepat ke siling dan setelah itu bilik itu dipandang dengan penuh minat. Dia tidak pernah mengimpikan dapat tidur di bilik mewah seperti sekarang. Berbeza dengan rumahnya yang lama itu.

Syukurlah, dia dapat bertemu dengan orang yang baik seperti Adam, Mastura dan Mak Som. Dapatlah juga dia menumpang kasih sayang yang selama ini dia dambakan setelah kematian umi tercinta.

Lantas satu keluhan berat dilepaskan.

Sedar akan hakikatnya yang menumpang di rumah orang, sepatutnya dia harus berkelakuan baik dan bukannya bangun lewat seperti ini. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Memikirkan tentang masalah yang bakal menimpanya pada hari yang mendatang.

Tidak menunggu lama, terus bilik air dituju. Lebih baik dia membersihkan diri terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik.

        KEBETULAN hari ini merupakan hari minggu, Adam Zafran menghabiskan masanya dengan berjoging di dalam taman. Awal pagi lagi dia sudah keluar dari rumah untuk bersenam. Lagipun udara pada pagi itu sungguh segar dan nyaman. Dia harus membina semula six pack yang rasanya sudah pudar dek makan dengan terlalu banyak semalam.

Adam meneruskan aktiviti paginya dengan melakukan senaman ringan sebelum duduk di atas bangku yang disediakan di taman itu. Sungguh nyaman udara pada waktu pagi. Jarang sangatlah untuk dia bersenam pada waktu pagi, kebiasaannya dia hanya menghabiskan masanya di gim sahaja dek kekangan waktu yang sangat terhad di pejabat.

Figura lelaki yang sedang berjalan dengan tergopoh-gapah itu di kerling sekilas. Lantas bebola matanya diputarkan ke atas.

"Weh, kau tak tunggu aku pun kan? Sampai hati!" Adu Azim yang jauh ketinggalan ke belakang. Tercungap-cungap dia mencari nafas yang hilang kerana terlalu kuat berlari semata-mata ingin mengejar si Adam yang jauh kedepan. Niat mahu berjoging tapi rasanya dia baru  menamatkan latihan marathon saja. Ini semua Adam punya pasal !

Menyesal pula dia menerima pelawaan daripada bos nya untuk pergi joging kalau tahu dia akan dilayan sebegini. Lebih baik dia duduk di rumah dan tidur lagi bagus. 

"Dah kau tu yang lambat. Aku tak suka lah ajak kau pergi joging, serba tak kena kau tahu tak. Baik kau tak payah ikut lagi bagus.." Tempik Adam yang sedari tadi hanya menadah telinga mendengar bebelan Azim yang bingit dari tadi.

"Amboi kau ni, main cakap je. Kau jugak yang nak aku ikut. Lagipun, aku ikut kau pun ada faedah nya tau. Aku menghalang daripada gadis-gadis pandang kau bagai nak tembus. Termasuk makcik-makcik dekat situ haa.." Azim menjuihkan bibirnya ke arah pondok yang berdekatan dengan mereka. Sepertinya ada sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbisik-bisik tentang mereka berdua dan ada juga yang tersengih macam kerang busuk. 

Perasan!

"Kalau perempuan, anak dara ke boleh lah tahan lagi nak try kau. Tapi ni dah makcik  pun suka dekat engkau. Kau pakai ilmu apa pun aku tak tahu.." Ujar Azim sambil menggeleng kepala. Nampaknya hanya dia seorang sahaja yang tak laku sampai sekarang.

Adam tersenyum sendiri. Baru tahu penangan Adam Zafran macam mana. Ini baru jalan-jalan di taman. Kalau di pejabat, mahu perempuan di sana angkat sepanduk untuk menjadikan Adam sebagai kekasih hati mereka.

Sorry lah, Adam Zafran tak layan okey!

"Itulah kau tak tahu. Aku dari dulu memang ramai orang yang nak tapi aku je malas nak layan. Setakat layan biasa-biasa okey lah. Lebih-lebih siapa yang suka kan?"  Pertanyaan Adam mendapat anggukan daripada Azim. Memang masuk bakul angkat sendiri betul. Kalau dibiar lama makin menjadi-jadi si Adam ni. Dasar perasan. 

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now