BYP 36 💫

35 2 2
                                    

PADA pagi itu, Naurah Khadeja bertungkus lumus menolong Nek Yam menyiapkan jualan mereka sebelum terlewat. Nasi lemak yang sudah siap dibungkus beralaskan daun pisang itu diletakkan ke dalam bakul dengan berhati-hati. Mereka mengunci pintu rumah dengan rapat sebelum menapak ke tangga untuk ke tapak jualan mereka. 

Sampai saja di sana, Naurah terus membukakan meja dan menyusun nasi lemak dengan rapi. Belum siap dia mengemas, pelanggan sudah ramai yang datang menerpa. 

"Adik, bagi nasi lemak 3.." Kata seorang lelaki lingkungan 40 tahun. Kebiasaannya pada waktu sebegini, memang wajarlah orang ramai datang membeli. Mungkin untuk bekal anak mereka ke sekolah.

"Sekejap ye.." Nasi lemak tersebut digapainya dan diletakkan di dalam plastik yang telah disediakan. 

"Terima kasih saya jual.." Kata Naurah seraya tersenyum manis.

Ligat wanita itu melayan pembeli seorang demi seorang. Nasib baiklah tiada pelanggan yang banyak karenah. Tinggal pilih saja mahu beli apa, Naurah akan membungkuskannya untuk mereka.  

Nek Yam yang berada di sisi dpandang sekilas. Wanita tua itu sibuk menyusun kuih di atas meja. Dengan keadaannya yang sedikit uzur itu menyukarkan pergerakannya kesana dan kemari. 

"Nek Yam, biar Deja saja yang buat. Nek Yam pergi duduk dekat sana. " Kerusi plastik yang sememangnya disediakan di tapak jualan mereka ditunjuk oleh Naurah.

"Takpelah, Nek  Yam rohok lagi ni.." Balas wanita tua itu perlahan. 

"Degil tau Nek Yam ni.." Naurah menggelengkan kepalanya perlahan. Susah juga menasihati orang yang lebih tua ini. 

"Yam, ini sape pulok ni.." Sapa seseorang. Wanita yang agak lanjut usia itu dikerling. Nek Yam tersenyum kecil.

"Cucu ambe lah ni, yang duduk dekat kolumpo tu." Petah Nek Yam berkata. Naurah hanya menghadiahkan senyuman manis kepada wanita tersebut. 

"Dok tahu pulok mu ni ada cucu. Juruh tengok. Nama sape ni..?" 

"Nama saya Naurah Khadeja. Tapi Nek Yam panggil Deja je.." Naurah tersenyum lagi. Tangannya masih ligat menyusun kuih-muih di atas meja. 

"Manis ye orangnya. Dah kahwin ke belum..?" 

Naurah diam. Tersentak dengan pertanyaan tersebut.


MASTURA menahan amarah yang terbuku di dada. Dia mengerling anak lelakinya dengan tatapan yang sangat tajam. Kenyataan yang keluar dari mulut Adam sangat menyakitkan hati. Selama dia hidup setengah abad ini, kenyataan itulah yang sangat merobek hatinya sebagai seorang ibu. Air mata yang ditahan kini jatuh berjurai di pipi. Tergamak Adam memperlakukan sebegitu kepada menantunya. 

Mak Som yang berada di dapur hanya menggeleng kepala. Apa nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang. 

"Ibu dah tak tahu  nak cakap apa dah pada kamu Zaf. Susah sangat ke kamu nak lupakan si Aulia tu sampai sanggup melukakan hati isteri kamu sendiri." Hambur Mastura kecewa. Dia menghela nafas panjang melihat kelakuan Adam. Patutlah selama ini batang hidung Naurah tak nampak, rupanya wanita itu sudah lari meninggalkan mereka. 

Adam yang melutut di kaki ibu itu hanya senyap. Diam tidak berkutik. Dia tahu semua yang terjadi adalah kerana terlalu ikutkan amarah yang bergelojak di dada. Tidak sepatutnya dia menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati isterinya sendiri. Sekarang, Naurah sudah pergi entah kemana dia juga tidak pasti.

"Maafkan Zaf ibu, Zaf tak tahu sampai macam ini jadinya. Zaf akan cari Naurah sampai dapat. Itu janji Zaf pada ibu.." Tangan Mastura digapainya laju. Dia mengucup meminta ampun beribu kali daripada ibunya. Biarlah kali ini, dia cuba untuk mencari keberadaan isterinya meskipun peluang untuk mereka kembali bersama sudahpun tipis. 

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now